Pada 9 – 10 September 2014 yang lalu, aku hadir ke
Kota Bharu mewakili Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) untuk
berkongsi pengalaman dengan para pelajar perubatan di Hospital Universiti Sains
Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, dan para Imam seluruh jajahan Kelantan.
Kehadiranku untuk berkongsi pengalaman tentang isu Stigma
dan Diskriminasi sebagai People Living
With HIV (PLHIV) atas jemputan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan
kerjasama Majlis AIDS Malaysia (MAC),
yang turut diserikan dengan beberapa orang selebriti sokongan RRYC berserta dengan para profesional
yang lain dalam bidang HIV / AIDS di Malaysia.
Sebenarnya, ketika itu, aku dinasihatkan supaya berehat
di rumah oleh doktor disebabkan mengalami kepenatan dan tekanan tertentu yang
agak teruk. Tetapi, aku cuba menggagahkan diri untuk hadir sebagai tanda
sokongan kepada pihak penganjur, demi peluang untuk cuba menyebarkan info
setepat mungkin tentang HIV / AIDS kepada masyarakat dan demi komuniti.
Lillahi Taala. Tiada sedikit pun atas kepentingan
peribadi. Bahkan hadir ke sana lebih memenatkan berbanding menjalankan
tugas rutin dalam bidang kerjaya. Kehadiranku sebenarnya turut membawa nama
baik majikan dan jabatanku atas budi bicara dan keprihatinan mereka.
Selain peluang bertemu komuniti sendiri, ada 2 golongan
yang sentiasa menarik minat aku untuk berkongsi pengalaman iaitu para pelajar institut
pengajian tinggi (IPT), terutama para pelajar perubatan, dan para imam. Apabila
kedua-dua kumpulan sasaran ini berada di depan mata, ianya umpama bulan jatuh
ke riba.
Secara ringkasnya, 2 slot yang aku perlu terlibat
sepenuhnya selain pelbagai aktiviti lain yang diaturkan oleh penganjur:
1. Sharing
tentang stigma, diskriminasi, dan judgemental
kepada medical students di HUSM,
Kubang Kerian.
Antara yang menyentuh hati ialah beberapa orang students berbangsa Cina datang
mengucapkan terima kasih dan menyampaikan penghargaan kerana mereka kata, sejak
sebelum bertemu secara peribadi denganku, blog ini telah lama dijadikan rujukan
untuk mereka lebih memahami kehidupan seorang PLHIV berdepan stigma, diskriminasi, judgemental, dan meneruskan kehidupan.
2. Sharing
bersama imam-imam setiap jajahan negeri Kelantan. MasyaAllah, Allahuakbar!
Mereka antara peserta bengkel terbaik setakat ini yang
aku jumpa. Aku tidak sangka bahawa mereka sendiri sangat terbuka dan aktif
berkongsi pandangan, bertanya pelbagai perkara tentang isu HIV dengan penuh
minat. Pelbagai perkara mereka share dan tanya.
Jika sekadar melihat kepada jubah, serban, dan
janggut, aku rasa diri terlalu kerdil berbanding ilmu dan jasa mereka kepada
masyarakat. Umur mereka pula ada yang layak dipanggil ayah. Mereka bukan sebarangan pejuang
dalam bidang dakwah.
Ternyata, orang-orang yang betul-betul faham konsep
ilmu dan iman sangat hebat sehinggakan slotku yang bermula hampir pukul 9 malam dan sepatutnya tamat pada pukul
11 malam bagaikan tidak terasa.
Semoga kehadiranku ke sana ada manfaatnya kepada
masyarakat dan agama. Selebihnya kita biarkan gambar berbicara. Akhir kata, mohon
maaf atas segala kekurangan diri kepada semua pihak. Alhamdulillah, tahniah, dan jazakumullah khair
kepada pihak JAKIM, MAC, HUSM, SAHABAT dan sesiapa sahaja yang berurusan dan membantu komuniti
dan perjuangan PPWM menyantuni masyarakat.
Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat
penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected
dan affected people. Kita berperanan
memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan.
Wallaahu’alam.
"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia
(PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara
terbuka."
Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie
Info Berkaitan:
Facebook
Fanpage
PPWM:
Laman Web Rasmi PPWM:
No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive
Warriors Malaysia
Para pembaca boleh berkongsi pengalaman
melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan
menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai,
sila hubungi admins yang berikut:
Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com