Friday, September 05, 2014

PENGURANGAN KEMUDARATAN


Perkongsian yang dipetik daripada laman web rasmi PPWM.
Sila share.




Apa itu harm reduction (pengurangan kemudaratan)?

Pengurangan kemudaratan merujuk kepada polisi, program, dan pengamalan yang bertujuan untuk mengurangkan kemudaratan yang berkait rapat dengan penggunaan dadah yang psikoaktif oleh individu yang tidak mampu atau tidak ingin berhenti menggunakannya. Aspek khusus yang mendefinisikannya adalah fokus yang menekankan kepada pencegahan kepada kemudaratan daripada pencegahan penggunaan dadah serta memberi fokus kepada pengguna dadah sebagai seorang individu. (IHRA Briefing, halaman 1)

Apa itu NSEP?

NSEP merupakan akronim Needle Syringe Exchange Program atau Program Pertukaran Jarum Suntikan. Ia mengurangkan risiko jangkitan HIV dan jangkitan penyakit berjangkit lain yang berkaitan dengan perkongsian jarum di kalangan pengguna dadah suntikan.




Pendekatan Malaysia berkaitan NSEP

Malaysia mengambil pendekatan Drop In Centre (Pusat Singgah Masuk) dan pekerja temuseru (outreach worker). Pusat Singgah Masuk menyediakan perkhidmatan:

1.  Pertukaran jarum
2.  Kaunseling
3.  Rawatan ringan
4.  Makanan dan Minuman
5.  Tempat Rehat

Pekerja Temuseru merupakan bekas pengguna dadah suntikan yang dilatih untuk menjalankan NSEP. Mereka akan ke “port” dan melakukan kerja-kerja NSEP mengikut garis panduan yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.




Purata umur klien yang mengunjungi DIC

Untuk NSEP, ada garis panduan yang menyatakan bahawa injected drug user (IDU) atau pengguna dadah suntikan di bawah umur 18 tahun tidak boleh mengunjungi Drugs Intervention Community (DIC). Mereka harus merujuk kepada agensi lain seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Umur klien adalah di antara 25 – 50 tahun.




Ada berapa Tapak Temuseru di Malaysia dan di manakah lokasinya?

Terdapat 17 Tapak Temuseru (Outreach Sites) di seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak. Kesemua Tapak Temuseru ini diselenggara oleh Badan Gabungan Negeri di bawah Malaysian AIDS Council (MAC). Lokasi adalah seperti berikut:

1.  Kedah (Cahaya Harapan)

(a)  Alor Setar
(b) Sungai Petani

2. Penang (AIDS Action Research Group)

(a) Gelugor
(b) Seberang Prai

3. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

(a) Chow Kit (IKHLAS)
(b) Jalan Pudu (KAWAN)

4. Selangor (Insaf Murni)

(a) Kajang

5. Melaka (Kelab Rakan Melaka)

(a) Alor Gajah

6. Kelantan (SAHABAT)

(a) Kota Bharu
(b) Pasir Mas

7. Terengganu (CAKNA)

(a) Kuala Terengganu

8. Pahang (Drug Intervention Community)

(a) Kuantan
(b) Jengka
(c) Bera
(d) Bentong

9. Johor (Intan Life Zone)

(a) Johor Bharu
(b) Kluang
(c) Mersing




Apa itu Methadone Maintenance Therapy (MMT)?

MMT merupakan terapi dadah gantian yang menggunakan methadone sebagai medium mengurangkan aktiviti menyuntik dadah.

Sejauh mana MMT berjaya mengurangkan kemudaratan?

1.  Pengguna tidak rasa high bila menggunakannya.
2.  Mengurangkan jenayah yang berkaitan dengan dadah.
3.  Mengurangkan gian untuk menyuntik.
4.  Memberikan peluang kepada IDU untuk pulih dan kembali bekerja.

Adakah menyalahi undang-undang jika kita memiliki atau membawa lebih daripada 3 paket kondom?

Tidak ada peruntukan undang-undang mengenai kondom. Walau bagaimanapun, kondom boleh digunakan sebagai bukti berdasarkan keadaan (circumstantial evidence) jika ditangkap dengan tuduhan mencari pelanggan untuk tujuan seks (soliciting sex).

Adakah NSEP menyumbang kepada peningkatan bilangan penagih dadah di Malaysia?

Tidak ada bukti menyokong kenyataan ini. Malah dalam banyak kajian yang dilakukan, NSEP sebenarnya mengurangkan kadar penagih dadah suntikan kerana wujudnya khidmat rujukan.

Sumber: Apa yang Anda Perlu Tahu MengenaiHIV/AIDS, Zamzuri Abdul Malik


Semoga nota ringkas ini dapat difahami pembaca.


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallaahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Republished by: Shux


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com