Tuesday, December 23, 2014

BERTEMU DR. ISKANDAR FIRZADA BIN OSMAN KALI KE-43



My Best Doctor
Dr. IskandarFirzada bin Osman
MD (USM), MMed (Family Medicine) (USM),
MAFPM (Mal.), FRACGP (Australia), FAFPM (Mal.),
Fellow in Adolescent Health (Melbourne)
Family Medicine Specialist / Primary Care Physician


Date: 17 December 2014
Day: Wednesday
Time: 3.11 pm
Venue: Klinik Kesihatan Jaya Gading, Kuantan

Routine check-up:

Weight: 75 kg (Naik 2 kg dalam masa sebulan!) Uwaaa!!!
Blood pressure: 126/76 (normal)
Pulse rate: 72/min (regular)
Glucose: 9.3 (random)
Mouth: No oral candidiasis

Temujanji kali ini turut ditemani Kak Da dan Ummie disertai sepasang sahabat komuniti atas keperluan masing-masing.

Dr. Iskandar mengingatkan aku untuk hadir ke klinik bagi membuat ujian CD4/CD8 dan Viral Load (VL),  pada hari Isnin 26 Januari 2015.  Ujian ini perlu dilakukan setahun sekali sebagai pemantauan biasa.

Selesai routine check-up, aku meneruskan consultation dengan bertanyakan beberapa soalan yang diajukan oleh rakan-rakan komuniti.


Soalan 1:

Seorang sahabat komuniti yang kini menjalani rawatan (kaunseling dan observasi umum) di sebuah hospital di negeri lain berhasrat mahu berpindah pusat rawatan ke KK Jaya Gading atas sebab-sebab tertentu. Beliau masih lagi belum dicadangkan memulakan rawatan HAART.

Jawapan:

Sebelum membuat keputusan tersebut, patients perlu mempertimbangkan kemampuan masing-masing untuk memberikan komitmen di tempat baru seperti mematuhi rawatan dan hadir temujanji .

Kesemua hospital kerajaan dan klinik kesihatan kerajaan di Malaysia tidak mengenal sempadan atau borderless. Mana-mana patients boleh mendapatkan rawatan dari mana-mana hospital atau klinik kesihatan kerajaan yang dikehendakinya.




Apa yang penting adalah surat rujukan daripada doktor yang merawat di pusat rawatan semasa. Surat rujukan tersebut perlulah mengandungi kesemua maklumat asas yang berkaitan.


Soalan 2:

Ritsu (bukan nama sebenar) adalah salah seorang sahabat komuniti wanita yang telah 13 tahun hidup sebagai people living with HIV (PLHIV).  Suaminya non-PLHIV.

Ritsu pernah 3 – 4 kali hamil dan menggugurkan kesemua kandungannya kerana khuatir bayinya dijangkiti HIV. Situasi tersebut berlaku akibat naïf kerana kurang maklumat yang tepat tentang HIV dan rawatan. Beliau turut pernah mengalami pelbagai komplikasi seperti:

·        collapsed selama 45 hari dan koma 7 hari pada tahun 2012 dengan bilangan CD4 hanya 13 dan jutaan viral load, akibat tidak menjalani rawatan ketika itu
·        pernah menjalani spinal fluid tap atau diambil air tulang belakang
·        mendakwa mengalami lenguh di bahagian pinggang dan sering lupa selepas menjalani spinal fluid tap
·        mempunyai 8 – 9 bisul di otak (brain abscess), diberi ubat oleh doktor sebelum membuat keputusan untuk pembedahan otak, tetapi kesemua bisul sembuh pada Disember 2012 selepas menjalani CT scan
·        mengalami tekanan darah tinggi

Ritsu kena telah menjalani rawatan HAART dan sihat. Sangat mahukan zuriat sendiri tetapi doktor yang merawatnya memberitahu bahawa tekanan darah tinggi yang dialami olehnya boleh membahayakan bakal bayi yang dikandung. Bayi tersebut juga dikatakan mungkin akan terencat akal akibat pengambilan air tulang belakang sebelum ini.

Dengan segala sejarah yang dinyatakan, adakah Ritsu masih mempunyai peluang untuk melahirkan bayi yang sihat? Jika tidak, apakah saranan penyelesaiannya?




Jawapan:

Yang penting ialah Ritsu perlu menjalani rawatan dan virus undetected. 

Sejarah pengguguran bayi, spinal fluid tap atau bone marrow biopsy, dan brain abscess (bisul di otak) yang pernah dialami oleh Ritsu tidak mengurangkan peluangnya untuk melahirkan bayi yang sihat dan tidak cacat.


Spinal fluid tap
A spinal tap is a procedure performed when a doctor or health care professional needs to evaluate the cerebrospinal fluid (also known as spinal fluid or CSF). Spinal tap is also referred to as a lumbar puncture, or LP.
Sumber: sini


Bone marrow biopsy
A bone marrow biopsy is a procedure that takes a small sample of the marrow inside your bones for testing in a laboratory. This test is used to see if you have an infection, disease, or other problem in your bone marrow. Bone marrow is the spongy tissue found inside your bones
Sumber: sini


Brain abscess
A brain abscess is a collection of pus, immune cells, and other material in the brain, usually from a bacterial or fungal infection.
Sumber: sini


CT scan
A computed tomography (CT) scan is an imaging method that uses x-rays to create pictures of cross-sections of the body.
Sumber: sini


Walau bagaimanapun, tekanan darah tinggi yang dialami oleh Ritsu memang merupakan salah satu sebab beliau tidak digalakkan hamil dan berisiko terdedah kepada pelbagai kemungkinan. Contohnya, Ritsu boleh mengalami sawan sekiranya terus hamil jika tekanan darah tinggi tidak dikawal dengan baik.

Penyelesaiannya, Ritsu dinasihatkan pergi ke mana-mana hospital atau klinik kesihatan kerajaan dan memohon untuk menyertai pre-pregnancy care plan (rancangan penjagaan pra-kehamilan).

Jika di hospital, plan ini dijalankan di pre-pregnancy care clinic (klinik penjagaan pra-kehamilan) oleh doktor pakar obstetrics and gynaecology (O&G) atau sakit puan.

Pre-pregnancy care plan ini membolehkan pihak perawat memantau tahap kesihatan Ritsu untuk hamil dan sepanjang tempoh kehamilan.

Mengapa pre-pregnancy care plan penting untuk wanita yang mahu hamil?

Sebenarnya pre-pregnancy care plan perlu kepada setiap wanita sama ada statusnya PLHIV atau tidak kerana kadang-kadang terdapat wanita yang sebelum hamil tidak menghidap diabetis tetapi perubahan hormon dan diet menyebabkan kandungan glucose meningkat mendadak. 

Atau, wanita diabetics mumgkin hanya memerlukan metformin untuk mengawal kandungan glucose sebelum hamil tetapi semasa hamil, mereka perlu mengambil suntikan insulin sepanjang tempoh kehamilan untuk kawalan yang lebih terperinci.

Begitu juga dengan penghidap tekanan darah tinggi. Semasa hamil, wanita yang mengalami tekanan darah tinggi ada kemungkinan perlu ditukar jenis ubat untuk mengawal tekanan darah tingginya berbanding ubat yang biasa diambil sebelum kehamilan. Pihak perawat akan memberikan ubat yang sesuai dalam tempoh pre-pregnancy care plan tersebut.

Pre-pregnancy care plan turut melibatkan wanita di dalam reproductive age group atau kumpulan usia boleh hamil (sebelum menopaus). Mereka yang mengalami masalah kesihatan perlu disahkan sihat sebelum dibenarkan untuk hamil.


Soalan 3:

Shouji (bukan nama sebenar), salah seorang sahabat komuniti mengalami masalah kekurangan berat badan. Shouji telah memulakan rawatan HAART dan berusia awal 30an. Shouji mahu menambahkan berat badan melalui pengambilan makanan tambahan (supplement) seperti minyak kelapa dara, habbatus sauda’, dan protein.


Walau bagaimanapun, doktor yang merawat Shouji tidak menggalakkannya untuk mengambil high protein supplement kerana ianya boleh membebankan ginjalnya. Benarkah begitu dan apakah cadangan penyelesaiannya?

Jawapan:

Shouji perlu mengenali kemampuan tubuh sendiri yang sedang menjalani rawatan. Contoh, jika turut menghidap diabertis, perlu kurangkan glucose, jika gout, elakkan makanan yang tinggi kandungan asic uric, jika ada masalah ginjal, kurangkan makanan yang tinggi kandungan protein dan sebagainya.

Sebaik-baiknya, Shouji perlu mendapatkan nasihat daripada Pegawai Sains (Pemakanan) di mana-mana hospital atau klinik kesihatan kerajaan. 

Pegawai berkenaan akan mengambil kira pelbagai aspek bagi menentukan kesesuaian makanan yang perlu diambil oleh Shouji untuk menambahkan berat badan. Antaranya termasuklah pengukuran berat badan, dan pengiraan BMI serta kandungan lemak dalam badan.

Sebenarnya, PLHIV boleh mengambil apa saja diet termasuk berprotein tinggi. Shouji mungkin tidak digalakkan untuk mengambil high protein disebabkan oleh masalah ginjal melalui ujian pemantauan darah yang telah dilakukan oleh doktor yang merawat beliau.

Secara asasnya, Shouji perlu mengamalkan senaman dan makanan yang sesuai untuk menambahkan berat badan. Ramai yang tidak tahu bahawa senaman turut boleh meningkatkan berat badan jika diamalkan dengan cara yang betul dan sesuai dengan diet harian.

Shouji boleh mendapatkan surat rujukan daripada doktor yang merawatnya untuk berjumpa dengan Pegawai Sains (Pemakanan).

Contoh Borang Rujukan Runding Cara Pemakanan



Soalan 4:



Apa pendapat doktor tentang isu HIV yang dikatakan semakin lemah yang disiarkan dalam akhbar tersebut?

Jawapan:

Memang ada kemungkinan, tetapi peluang atau cara untuk dijangkiti dan rawatan masih sama. Cuma, proses yang menyebabkan AIDS akan menjadi semakin lambat.

Ciri-ciri AIDS:
·        tanda-tanda dan gejala
·        CD4 kurang daripada 200 atau dikenali sebagai biochemical AIDS

Contoh:

Diabetes yang tidak dikawal dikenali juga sebagai AIDS kerana mereka mudah mendapat jangkitan kuman, sama seperti mereka yang mengalami AIDS yang disebabkan oleh HIV.

Mereka yang mengalami kanser juga mengalami kurang sistem daya pertahanan tubuh, sama seperti mereka yang mengalami AIDS yang disebabkan oleh HIV.

Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) dan Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS) adalah sama situasinya dengan AIDS bagi individu yang lemah dan lumpuh imuniti tubuh akibat diserang pelbagai virus yang jauh lebih mudah tersebar dan sukar dirawat berbanding HIV. 

AIDS bagi PLHIV sekadar istilah biasa untuk merujuk kepada kondusi rawatan yang diperlukan, masih boleh dirawat dan bukan semata-mata bergantung kepada bacaan CD4. 

Semua anggota masyarakat perlu mengubah persepsi tentang maksud sebenar AIDS untuk mengelakkan salah faham.  


Soalan 5:

Ryuzo (bukan nama sebenar) adalah salah seorang sahabat komuniti yang merupakan seorang PLHIV dan juga houseman (telah mendapat tawaran tetapi masih belum dilantik sebagai doktor).

Kini Ryuzo diarahkan bercuti oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Berkemungkinan Ryuzo tidak akan dilantik sebagai doktor disebabkan oleh status kesihatannya dan tidak akan diberikan lesen untuk meneruskan perkhidmatan.

Walau bagaimanapun, Ryuzo telah pun membuat permohonan rayuan kepada pihak KKM.

Tidak adakah cara untuk Ryuzo diterima sebagai doktor oleh pihak KKM?




Jawapan:

Ryuzo merupakan seorang temporary doctor atau houseman. Polisi KKM menyatakan bahawa semua bakal kakitangan perlu menjalani saringan Hepatitis dan HIV sebelum diterima perkhidmatan mereka. Ryuzo pula telah didapati positif HIV.

Di dalam kaedah perjawatan, selagi seseorang itu masih belum disahkan lantikannya walaupun telah ditawarkan tempat untuk berkhidmat, pihak majikan mempunyai hak sama ada untuk menerima seseorang itu atau tidak di dalam perkhidmatan berkaitan. 

Lantikan dan tawaran adalah berbeza.

Situasi sekarang, graduan dalam bidang perubatan adalah melebihi permintaan. Pihak KKM mempunyai lebih banyak pilihan berbanding dahulu dan ada kemungkinan graduan baru yang layak sekalipun hanya akan ditawarkan perkhidmatan berasaskan kontrak.

Bagi doktor-doktor pakar dari luar negara pula, kontrak mereka tidak akan diperbaharui, kecuali yang sedang berkhidmat di Sabah dan Sarawak kerana masih terdapat kekurangan doktor pakar di sana.

Ryuzo boleh merayu tetapi turut dicadangkan memohon jawatan dalam bidang lain yang sesuai dengan kelayakan.


Soalan 6:

Seorang komuniti mengambil rawatan HAART dan salah satu kombinasinya ialah Efavirenz (Stocrin). Bagi sesetengah individu, Stocrin akan mengakibatkan kesan khayal dan disarankan mengambilnya sebelum tidur pada waktu malam.




Kekangannya ialah, komuniti tersebut tidak dapat mengambilnya menjelang waktu tidur normal kerana beliau hanya mula tidur selepas pukul 7 pagi kerana terlibat dalam bidang perniagaan (restoran) yang beroperasi sejak lewat petang sehingga awal pagi.

Akibatnya beliau sering lewat atau abai mematuhi waktu yang betul untuk memakan ubat dan bertanyakan penyelesaiannya kepadaku. Aku menyarankan supaya beliau mengambilnya menjelang waktu tidur (lebih kurang pukul 6 pagi) kerana jadual tidur atau rehatnya tidak sama dengan jadual orang biasa secara tetap. Benarkah begitu?

Jawapan:

Ya, betul.


Beberapa info penting:

1.
Sebelum meneruskan niat berkahwin dan mendapat zuriat, syarat utama PLHIV ialah mesti mendapatkan rawatan. Dengan rawatan, terutamanya apabila viral load undetected, risiko jangkitan kepada pasangan dan zuriat dapat dielakkan.

2.
Sperma lelaki mampu bertahan selama 3 hari (72 jam) dalam rahim wanita (uterus). Dalam tempoh 3 hari selepas air mani dipancutkan, tiada sperma dalam air mani lelaki kerana ianya mengambil masa 3 hari semula untuk dihasilkan. Telur wanita pula hanya mampu bertahan selama 24 jam sahaja. Kerana itu, waktu subur isteri dikira setiap 3 hari selepas kedatangan haid.

3.
Beguk (Epidemic Parotitis) dan demam campak (chicken pox) boleh menyebabkan (tidak semestinya) seseorang lelaki hilang keupayaan untuk menghasilkan sperma. Namun jangkitannya dapat dicegah melalui pemberian vaksin semasa bayi.

4.
Darah yang diperlukan untuk ujian darah bagi mengetahui jumlah CD4/CD8 dan viral load biasanya adalah sebanyak 10 cc sahaja, tetapi jumlah darah dalam tubuh seseorang adalah sebanyak 5 liter.

5.
Tujuan pemberitahuan status kesihatan sebagai PLHIV kepada mana-mana doktor yang merawat sebenarnya adalah bertujuan untuk melindungi patients tersebut sendiri, bukan kerana risaukan jangkitan kepada perawat.

Contohnya, mungkin doktor akan memberikan ubat-ubatan atau antibiotik yang tidak sesuai diberikan kepada seseorang PLHIV dengan kondusi kesihatan tertentu.

Masalah yang timbul ialah pihak perawat dan patients sendiri tidak betul-betul memahami kewajarannya dan tidak bersikap profesional yang mengakibatkan berlakunya pelbagai salah faham dan kebocoran kerahsiaan.  



Itu sahaja perkongsian kali ini. Moga ada manfaat dan panduan kepada semua. Selebihnya kami mengambil sedikit masa untuk saling bertanya khabar dan mengetahui perkembangan semasa kami sekeluarga.




Jazakumullah khair kathira kepada Dr. Iskandar Firzada bin Osman dan semua kakitangan KK Jaya Gading, Kuantan yang memberikan perkhidmatan yang sangat profesional dan cemerlang.


Aku, sekadar hamba,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Laman Web Rasmi PPWM:

Facebook Fanpage PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com