Saturday, January 03, 2015

BANJIR VS HIV




Rumah kami dan pusat komuniti yang dilanda banjir


Sebelum bencana banjir besar 2014 melanda negara, khususnya di sebelah Pantai Timur Semenanjung, ramai yang tidak pernah mengalaminya mengambil mudah isu ini. 

Mereka menganggap isu tersebut tiada kaitan dengan mereka dan mereka tidak perlu ambil tahu. Jika tahu, mereka tidak alert dan sensitif. Mereka yakin mereka dan keluarga mereka pasti selamat.

Begitulah lumrah sikap manusia. "Itu di negara lain, bukan di negara kita. Itu di negeri lain, bukan di negeri kita. Itu di daerah lain, bukan di daerah kita. Itu di kampung / taman perumahan lain, bukan di tempat  kita. Itu keluarga lain, bukan keluarga kita. Itu di rumah lain, bukan di rumah kita. Itu di bilik lain, bukan di bilik kita. Itu orang lain, bukan kita!"

Sebahagiannya pula masih sempat mempersenda dan memperlekehkan musibah yang dialami oleh orang lain. Hanya segelintir yang ambil peduli dan sudi memainkan peranan membantu.

Apabila Allah utuskan tenteranya yang amat lembut (air), sebagai bukti kekuasaan-Nya memusnahkan harta benda dan nyawa, malah mampu melumpuhkan ekonomi sesebuah negara, ramai yang melatah, terpinga-pinga, dan berantakan. Mereka mula saling menyalahkan. 

Apabila banjir, baru mereka tahu selepas diri mereka atau ahli keluarga mereka sendiri (affected people) mengalaminya, hanya tinggal sehelai sepinggang, cedera, mati lemas, kebuluran, hilang pendapatan, dan terpaksa dirawat. 

Agak lucu apabila ada yang air banjir hanya mencecah pagar rumah tetapi seolah-olah lebih trauma berbanding mangsa yang  musnah seluruh harta benda dan hanya tinggal sehelai sepinggang.

Itu belum termasuk bencana alam lain seperti kemarau dan gempa bumi. Begitu juga ujian penyakit-penyakit kronik lain, ujian kecenderungan seksualiti, naluri dan sebagainya.

Selagi tidak mengalaminya sendiri, mudah sahaja kita berkata-kata kan? 

Begitu juga dengan isu HIV. Lebih malang,  akibat kedangkalan akal dan minda, HIV hanya dikaitkan dengan isu pendosa dan pengakhir segala harapan / kehidupan. 

Sedangkan ramai mangsa HIV adalah insan-insan yang diuji  dengan berbagai sebab. PLHIV tidak membahayakan non-PLHIV dan dengan rawatan PLHIV mampu meneruskan kehidupan seperti biasa termasuk berkahwin dan mengelakkan jangkitan kepada pasangan serta zuriat.

Jarang yang melihat di situ terdapatnya peluang dakwah dan ibadah. Sudahnya fitnah, penganiayaan  dan salah faham bertebaran sehingga bukan PLHIV (affected people) pun turut menjadi mangsa.

Perlu difahami betul-betul bahawa majoriti PLHIV adalah beragama Islam, bumiputera (khususnya Melayu), dan  generasi muda. Perlu diberi peluang, disantuni dan dirawat.

Pembunuh sebenar PLHIV dan affected people adalah stigma, diskriminasi dan judgemental. Bukannya virus yang lemah tersebut.

Ingatlah, setiap ujian Allah mustahil sia-sia dan zalim. Ada sesuatu yang boleh dipelajari untuk semua. 

Semoga dengan pengajaran daripada ujian banjir ini dapat mengubah cara kita melihat kehidupan.

Berbanding menuding jari, lebih baik kita saling memainkan peranan. Tidak perlu menjadi "hero" dalam semua perkara tetapi cukuplah menjadi insan yang punya rasa empati.

Fikir-fikirkan.

Di kesempatan ini, PPWM mengucapkan JAZAKUMULLAH KHIER & TAHNIAH kepada  Kementerian Kesihatan Malaysia, agensi, jabatan kerajaan, NGOs dan insan-insan prihatin yang bertungkus lumus dan banyak berjasa  membantu mangsa banjir dan komuniti. Anda semua memang terbaik. SALUTE!!

Wallahu a'lam. 


Aku, sekadar hamba,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP

Facebook: Ahp Pie

Info Berkaitan:

Laman Web Rasmi PPWM:
http://www.positivewarriors.org/
Facebook Fanpage PPWM:
https://www.facebook.com/ppwmfanpage

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com