Ucapan Perasmian oleh ADUN Changkat Jong |
Pada hari Khamis, 4 Disember 2014 yang lalu, aku
dijemput sebagai wakil Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) menghadiri Karnival
Red Ribbon 2014 sempena Sambutan Hari AIDS Sedunia dan Hari Bersama Pelanggan
Kesihatan Teluk Intan, Perak.
Ianya diadakan di Dataran Menara Condong, bermula jam
8.00 pagi – 2.00 petang. Perasmian oleh Datuk Mohd Azhar bin Jamaluddin, YB
ADUN Changkat Jong. Program adalah anjuran bersama Klinik Kesihatan Teluk Intan, Panel
Penasihat Klinik Kesihatan Teluk Intan, dan Pertubuhan Komuniti Intan dengan
kerjasama Gerakan Belia 4B Teluk Intan.
Lokasinya yang sangat menarik dan peluang berkongsi pengalaman hidup sebagai people living with HIV (PLHIV) secara terbuka memang sukar aku lepaskan.
Lokasinya yang sangat menarik dan peluang berkongsi pengalaman hidup sebagai people living with HIV (PLHIV) secara terbuka memang sukar aku lepaskan.
AHLI JAWATANKUASA INDUK PROGRAM
|
|
PENAUNG:
|
Dr. Ruzita binti Mustafa
(Pegawai Kesihatan Daerah Hilir Perak)
|
PENASIHAT:
|
Dr. Azira binti Baharudin
(Pakar Perubatan Keluarga UD54)
|
PENGARAH:
|
Dr. Sarah binti Zulkarnain
|
SETIAUSAHA:
|
Dr. Jazilah Lubis binti Muhyiddin
|
BENDAHARI:
|
Dr. Azyatie binti Kastari
|
AJK:
|
|
Jemputan:
|
Encik Safariza bin Shaharudin
|
Pameran & Pemeriksaan Kesihatan:
|
Cik Azimi binti Mohamad Shuhaili
|
Persiapan Tempat & Audiovisual:
|
Encik Zulkiswa bin Komar
|
Cenderahati:
|
Puan Maimuna binti Ahmad
|
Jamuan:
|
Puan Khalijah binti Abd Rahim
|
Pendaftaran:
|
Puan Norhasni binti Adnan
|
Protokol:
|
Puan Nor Aisyah binti Ghazalee
|
Tentatif program adalah seperti berikut:
7.45 pagi
|
Pendaftaran peserta
|
8.15 pagi
|
Senamrobik
|
8.40 pagi
|
Sarapan
|
9.00 pagi
|
Ceramah: HIV/AIDS dan Situasi Semasa
|
9.45 pagi
|
Cabutan Bertuah
|
10.00 pagi
|
Forum HIV/AIDS: Apakah Reaksi Anda?
|
10.45 pagi
|
Cabutan Bertuah
|
11.00 pagi
|
Perkongsian Kisah Hidup: Presiden
Pertubuhan Positive Warriors Malaysia
|
11.45 pagi
|
Nyanyian Lagu Negaraku
Bacaan Doa
Bacaan Ikrar
Ucapan Aluan Dr. Ruzita binti Mustafa
(Pegawai Kesihatan Daerah Hilir Perak)
Ucapan Perasmian Datuk Mohd Azhar bin Jamaluddin
(YB ADUN Changkat Jong)
Cabutan Bertuah
Penyampaian Cenderahati
Persembahan
|
12.45 tengah hari
|
Pameran Kesihatan
Pemeriksaan Kesihatan
|
1.00 petang
|
Jamuan makan tengah hari
Bersurai
|
Barisan penceramahnya ialah:
1.
|
Dr. Azira binti Baharuddin
(Pakar Perubatan Keluarga KK Teluk Intan)
|
2.
|
Cik Jennifer Alexander
(Ketua Jabatan Psikologi Kaunseling Hospital Seri
Manjung)
|
3.
|
Sahibul Fadilah Ustaz Harith Fadzilah bin Haji Abd
Halim
(TImbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, JAIPk)
|
4.
|
Puan Suraban binti Hamid
(Wakil Pertubuhan Komuniti Intan)
|
5.
|
Encik Mohamad @ Pie bin Wahid (AHP)
(Presiden Pertubuhan Positive Warriors Malaysia)
|
Alhamdulillah, sepanjang berurusan dengan Dr.
Sarah selaku Pengarah Program dan sepanjang program dijalankan, aku mendapat layanan yang sangat baik dan profesional
daripada pihak penganjur.
Melalui pemerhatianku, pelaksanaan program telah diatur dengan sangat baik untuk manfaat masyarakat bagi memenuhi matlamat kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu “Getting To Zero”. Kita berharap semoga program-program sebegini sentiasa berterusan dan turut dianjurkan oleh klinik-klinik kesihatan yang lain di seluruh negara.
Melalui pemerhatianku, pelaksanaan program telah diatur dengan sangat baik untuk manfaat masyarakat bagi memenuhi matlamat kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu “Getting To Zero”. Kita berharap semoga program-program sebegini sentiasa berterusan dan turut dianjurkan oleh klinik-klinik kesihatan yang lain di seluruh negara.
Kehadiranku di sana adalah pada sebelah petang sehari
sebelum program yang turut ditemani oleh Kak Da dan Ummie. Mereka berdua
sengaja aku bawa sebagai salah satu bukti kepada masyarakat bahawa betapa
pentingnya sokongan keluarga terhadap PLHIV
dan menentang salah faham terhadap PLHIV.
Aku yakin, mereka juga sedikit sebanyak boleh dijadikan contoh kepada
masyarakat, khususnya affected people.
Jarak yang jauh (Temerloh – Teluk Intan) dan demi mengambil
peluang untuk bertemu bebarapa ahli komuniti dan supporters di sana sejak kami tiba telah kami cuba manfaatkan
sebaik mungkin.
Beberapa ahli PPWM juga turut hadir memberikan sokongan walaupun ada yang datang dari Kuala Lumpur. Selain itu, aku berasa sangat beruntung berpeluang berjumpa dan berkongsi pengalaman bersama supporters dan volunteers berpengalaman dari Pertubuhan Komuniti Intan.
Beberapa ahli PPWM juga turut hadir memberikan sokongan walaupun ada yang datang dari Kuala Lumpur. Selain itu, aku berasa sangat beruntung berpeluang berjumpa dan berkongsi pengalaman bersama supporters dan volunteers berpengalaman dari Pertubuhan Komuniti Intan.
Bual bicara bersama Dr. Jazilah Lubis |
Persembahan pentomen Pertubuhan Komuniti Intan
|
Sebahagian daripada para peserta yang hadir
|
Wakil Gerakan Belia 4B menerima penghargaan daripada pihak penganjur |
Kak Da dan Ummie bersama supporters yang turut hadir memberikan sokongan |
Bersama sahabat supporters dan volunteers Pertubuhan Komuniti Intan |
Sesi perkongsian pengalamanku dalam bentuk bual bicara
dengan Dr. Jazilah telah cuba aku laksanakan sebaik mungkin demi menghargai
kepercayaan dan susah payah pihak penganjur. Aku berharap ianya dapat memberikan
sedikit impak untuk membuka mata masyarakat berkaitan isu-isu HIV.
Paling menarik
yang aku temui dalam program kali ini ialah pihak penganjur sangat jelas dengan
salah satu objektif mereka iaitu untuk menghapuskan prejudis, diskriminasi, dan
stigma. Sejujurnya aku rasa sangat kagum. ALHAMDULILLAH DAN TAHNIAH!
Bersama para VIP dan pihak penganjur |
Akhir kata, jazakumullah khier kepada pihak penganjur,
penaja, dan hadirin yang telah hadir memberikan sokongan atas tanda
keprihatinan. Secara peribadi, aku memohon jutaan ampun dan maaf atas segala
kelemahan diri.
Bersama Dr. Sarah dan suami |
Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat
penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected
dan affected people. Kita berperanan
memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan.
Wallahu’alam.
"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia
(PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara
terbuka."
Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Info Berkaitan:
Facebook
Fanpage
PPWM:
Laman Web Rasmi PPWM:
No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive
Warriors Malaysia
Para pembaca boleh berkongsi pengalaman
melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan
menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai,
sila hubungi admins yang berikut:
Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com