Reverse psychology.
Setiap kali berjumpa ulama dan pendakwah yang
aku hormati, spontan aku pasti mencium tangan mereka sewaktu bersalaman.
Ianya tidak bergantung sama ada nama mereka
besar atau tidak. Ianya atas sebab-sebab tertentu dan memang begitu cara aku
dididik menghormati seorang guru.
Secara jujur, aku tidak memberi respon begitu
kepada semua ulama dan pendakwah. Tambahan lagi dalam usia senja begini, agak
janggal untuk mencium tangan individu yang hampir sebaya.
Sekalipun people
living with HIV (PLHIV) dan pembawaanku nampak biasa (ala-ala tidak sedar
diri sudah tua), aku bukanlah terlalu buta dalam soal agama.
Aku dididik dengan tegas dalam soal agama. Individu
yang rapat tahu siapa aku yang sebenarnya. Sedikit sebanyak tempias atau nilai
Islam insyaAllah ada dalam diriku.
Ustaz Azhar Idrus (UAI) adalah salah seorang
pendakwah yang ada kekuatan tertentu yang menyebabkan aku rela melakukannya
secara spontan.
Tindakanku bukan kerana fanatik, tetapi aku
memang menghormati beliau atas segala usaha dakwah yang telah dilakukan.
Bukan semua orang sukakan UAI. Realiti perbezaan fikrah pemikiran manusia dan itulah resam
perjuangan.
Antara alasan segelintir pihak yang tidak
menyukai UAI kerana mereka berpendapat UAI berbahasa kasar semasa
menyampaikan ceramah dan cenderung kepada pandangan politik tertentu. Itu terpulang kepada pandangan masing-masing.
Tetapi bagi aku, pelik juga jika kita sebagai muslim tetapi tergamak memisahkan agama dan politik. Islam itu syumul (sempurna), dan Malaysia adalah negara demokrasi. Yang memudaratkan ialah faktor sikap individu dan taksub melulu.
Secara peribadi, aku sentiasa cuba bersikap terbuka dengan kepelbagaian perbezaan pandangan. Bergaul dengan bermacam-macam golongan. Aku pentingkan effort dan ilmu yang UAI sampaikan. Sebagai dewasa, aku cukup matang membuat penilaian. Jadi, bagiku, ianya bukanlah isu.
Kesan hasil usaha dakwah UAI tiada tandingan
jika dibandingkan dengan 'kelemahan' yang digembar-gemburkan.
Baru-baru ini aku terserempak dengan UAI
dalam perjalanan pulang selepas menghadiri satu majlis di sekitar Kuala Lumpur.
Kami bersalaman, aku mencium tangan UAI, bertanya khabar, dan memeluk bahu UAI
ketika bergambar sebagai kenang-kenangan.
Satu perkara yang aku terfikir ketika itu
ialah apa agaknya respon UAI jika UAI tahu bahawa aku adalah seorang PLHIV? Hahaha...
Tetapi, sebagai seorang yang berilmu, aku
yakin UAI sangat memahami kerana sentiasa menyantuni pelbagai golongan, UAI
tidak akan bersikap negatif.
Negatif sekali pun, ada aku kisah? PLHIV tidak membahayakan non-PLHIV, tetapi non-PLHIV yang mungkin membahayakan PLHIV melalui hubungan kasual.
Point aku ialah itulah bukti bahawa
siapa pun kita, sama ada kita pendakwah, ulama', imam, ustaz, suri rumah,
kerani, Tan Sri, Datuk, Datin, CEO, guru, pengarah, artis dan sebagainya,
setiap hari anda mungkin sentiasa bergaul dengan PLHIV tanpa disedari. Kita sahaja yang tidak menyedarinya.
PLHIV yang menjalani rawatan, meneruskan
kehidupan seperti biasa dalam masyarakat, dan sentiasa berjasa kepada agama,
bangsa dan negara, jauh lebih ramai berbanding dengan PLHIV di jalanan seperti yang sering digambarkan.
PLHIV mungkin individu yang sentiasa
membantu anda dan merupakan orang-orang yang anda kagumi atau hormati.
Mungkin individu yang merawat anda, pengarah
yang meluluskan permohonan-permohonan tertentu anda, chef di restoran kegemaran
anda, peguam yang membela anda, imam yang mengimamkan solat jamaah di kariah
anda, ustaz kepada anak-anak anda, pengurus jenazah ibu anda, dan pilot penerbangan anda mungkin adalah PLHIV. PLHIV sentiasa ada di mana-mana sahaja dalam masyarakat.
Peliknya, sehingga 2014 masih ramai yang stigma, diskriminasi,
dan judgemental terhadap PLHIV. Masih salah faham tentang cara
jangkitan.
Jika cara jangkitan HIV semudah yang
dimomokkan dan sangat merbahaya seperti yang dibayangkan, aku yakin sudah lama
pupus manusia di dunia ini kerana PLHIV
sentiasa ada di mana-mana dalam masyarakat.
Paling cepat pupus adalah doktor, jururawat,
dan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sendiri kerana mereka
merawat sesiapa sahaja termasuk PLHIV
yang belum didiagnos atas sebab-sebab penyakit lain.
Tidak terkecuali UAI yang memang sentiasa
dikelilingi masyarakat. Setahu aku, UAI diminati oleh ramai PLHIV.
Ramai PLHIV yang menghadiri
ceramah UAI, bersalaman, dan bergambar. Akan berjangkitkah HIV dengan cara
tersebut?
Berdasarkan gambar yang disertakan sebagai
contoh, aku percaya sedikit pun UAI tidak menyangka bahawa aku adalah PLHIV!
So, you got
my points, right?
Ini fakta bukan auta!
P/S: Kepada para peminat UAI yang mungkin
terbaca sharing ini, jangan risau.
UAI tidak dijangkiti HIV dengan cara ini. Hahaha...
Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat
penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected
dan affected people. Kita berperanan
memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan.
Wallahu’alam.
"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia
(PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara
terbuka."
Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Info Berkaitan:
Facebook
Fanpage
PPWM:
Laman Web Rasmi PPWM:
No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive
Warriors Malaysia
Para pembaca boleh berkongsi pengalaman
melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan
menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai,
sila hubungi admins yang berikut: