Thursday, December 11, 2014

ADAKAH KITA SEDANG MENGUNDUR KE BELAKANG DALAM SESETENGAH ISU BERKAITAN HIV?






Aku pernah kongsikan dalam salah satu entry blog sebelum ini tentang hak seseorang people living with HIV (PLHIV) yang bakal berkhidmat atau sedang berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sendiri.

Adakah benar bahawa pelajar perubatan yang telah didiagnos sebagai PLHIV tidak akan ditawarkan berkhidmat atau meneruskan perkhidmatan?

Ya. Begitulah dasar terkini KKM, tetapi kepada pelajar perubatan peringkat diploma dan Ijazah Sarjana Muda atau degree asas sahaja.

Jika mereka telah ditawarkan atau sedang berkhidmat dengan KKM, dan ditawarkan melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana atau Master, ianya tidak menjadi isu.

Cuma, Master tersebut mungkin perlu ditukar kepada bidang lain yang tidak terlibat dengan exposure prone procedure (prosedur rawatan yang mendedahkan perawat kepada risiko) demi menjaga kebajikan staf itu sendiri dan untuk mengelakkan salah faham masyarakat.




Semua majikan, termasuk KKM, mempunyai hak untuk memilih pekerja. Contohnya, jika KKM enggan menerima seorang siswazah perubatan disebabkan beliau merupakan seorang PLHIV, maka senario itu kita tidak boleh namakan sebagai diskriminasi.

Tetapi, jika seseorang pengamal perubatan (doktor atau jururawat), contohnya, MEMANG TELAH DILANTIK, atau SEDIA ADA dalam perkhidmatan, kemudian didapati HIV positif semasa dalam perkhidmatan, dan dibuang kerja kerana status kesihatannya itu, barulah tepat jika kita menyatakan KKM melakukan diskriminasi.

KKM hanya boleh re-assign their duties (memberikan tugasan lain) kepada seseorang pengamal perubatan yang dikenal pasti positif HIV ketika berada di dalam perkhidmatan.

Contohnya, jika sebelum ini mereka bertugas di bahagian kecemasan, pengamal perubatan itu akan ditempatkan di bahagian pengurusan atau yang tidak terlalu terlibat dengan patients.

AHP Pie:
Sekali lagi diulangi, bukan kerana berisiko menjangkitkan HIV kepada patients. PLHIV  tidak membahayakan sesiapa bahkan turut mampu menguruskan kes-kes exposure prone procedure apabila viral load mereka kekal rendah, tetapi demi kebajikan mereka sendiri dan mengelakkan salah faham.

Syarat utama prosedur kes-kes begini ialah kakitangan kesihatan terbabit perlu memastikan viral load HIV rendah, viral load Hepatitis-B adalah sifar, dan viral load Hepatitis-C adalah rendah (hepatitis hanya jika berkaitan).

Mematuhi prosedur rawatan, memakai personal protective equipment (PPE), iaitu peralatan perlindungan peribadi seperti mask, gloves, dan sebagainya pula sudah tentu perlu diamalkan oleh setiap perawat.




Bagaimana pula dengan kerahsiaan maklumat PLHIV tersebut ketika meneruskan perkhidmatan di sesebuah hospital?

Hanya Ketua Jabatan yang boleh dan perlu mengetahui status positif HIV seseorang kakitangan di bawah seliaan beliau. Adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk memastikan kerahsiaan perkara tersebut.

Jika Ketua Jabatan mahu memberikan maklumat berkenaan kepada orang lain, kakitangan tersebut perlu dimaklumkan terlebih dahulu.

Sekiranya berlaku kebocoran maklumat sulit tersebut, kakitangan terbabit boleh memberikan amaran untuk diambil tindakan kepada Ketua Jabatan dan kakitangan yang lain.


Isu terkini

SEBALIKNYA, Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) baru-baru ini mendapat aduan daripada sahabat komuniti yang TELAH DILANTIK dan baru memulakan perkhidmatan telah dibocorkan maklumat status kesihatannya di sebuah hospital.

Sebagai staf baru dan muda, PLHIV tersebut merasa sangat tertekan dan aib diri didedahkan, sekalipun beliau sebenarnya telah melepasi semua syarat-syarat asas untuk berkhidmat.

Bukan itu sahaja, menurut maklumat yang diterima, beliau juga telah diarahkan 'bercuti' dan terpaksa pulang ke kampung. Lesen perkhidmatan beliau sebagai doktor mungkin tidak akan diberikan.

Bayangkan tekanan yang beliau sedang hadapi, masa depan dan harapan keluarga yang dipikul terpaksa dilepaskan sedangkan beliau mampu berkhidmat.

Alasan apa yang mahu diberitahu kepada keluarga? Saya HIV positif, saya 'membahayakan' patients saya. Begitu?


Respon PPWM

PPWM tahu bahawa kami tidak ada sebarang kuasa untuk mencampuri dasar KKM, dan KKM ada rasional dan dasar tertentu. Maklumat tersebut pula hanya dari sebelah pihak.

Tetapi jika ianya benar, sebagai sebuah NGO yang menyokong sepenuhnya dan turut membantu dasar KKM menuju sifar, langkah tersebut dilihat agak kontra dan menyedihkan.


Sebagai perbandingan, mari kita baca artikel ini pula:


Larangan Bagi Doktor Yang Disahkan HIV Positif Untuk Melakukan Pembedahan Ditarik Balik.

15 Ogos 2013

Doktor yang menerima rawatan yang berkesan bagi HIV boleh melakukan prosedur pembedahan berbanding larangan yang dinyatakan sebelum ini, dilaporkan oleh kerajaan United Kingdom (UK).

Tindakan ini disahkan oleh Persatuan Perubatan British (British Medical Association (BMA)).

Jabatan Kesihatan telah mendedahkan pada hari ni bahawa pekerja kesihatan yang menerima terapi anti-retroviral (ART / HAART) dan viral load mereka pada peringkat undetectable, boleh melakukan prosedur pembedahan dan pergigian bermula awal tahun 2014.

Satu sistem pendaftaran baru yang dikendalikan oleh Kesihatan Am England akan memantau rawatan dan viral load bagi doktor, doktor gigi, dan jururawat yang dijangkiti HIV setiap tiga bulan sekali untuk memastikan keselamatan pesakit.

Jabatan Kesihatan menekankan bahawa keputusan bagi membenarkan pengamal-pengamal perubatan ini melakukan prosedur-prosedur ini bergantung kepada kes-kes tertentu.

Peraturan baru ini juga membolehkan orang awam untuk membeli kit ujian sendiri untuk digunakan di rumah bermula April 2014 sekiranya ujian tersebut memenuhi piawaian Eropah.

Kit ujian sendiri telah dilarang daripada digunakan pada awal 1990an disebabkan keputusan yang kurang tepat.


Menangani Stigma

Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Kesihatan Pekerjaan BMA, David Snashall menerima perubahan yang telah terbukti, yang mampu memajukan UK setaraf dengan negara-negara barat yang lain.

Beliau berkata: "TIDAK ADA rekod mana-mana pesakit di UK yang pernah dijangkiti HIV daripada pekerja kesihatan, dan perubahan ini boleh mengurangkan lagi risiko dengan memudahkan pekerja kesihatan untuk melakukan ujian bagi diri sendiri."

AHP Pie:
Pembaca mesti faham beza antara teori dengan rekod (statistik). Kita tidak bercakap atas dasar teori.

"Ini adalah perubahan yang positif di mana perubahan ini boleh meningkatkan jumlah yang didiagnos dan membantu menangani stigma yang dihadapi mereka yang hidup dan bekerja dengan HIV di UK."

Mengumumkan tindakan tersebut, Ketua Pegawai Perubatan England, Profesor Dame Sally Davies berkata, isunya adalah sama ada pekerja kesihatan boleh menjangkiti berbanding sama ada mereka telah dijangkiti.

Beliau menekankan bahawa, di bawah sistem yang baru, pesakit akan menghadapi kemungkinan yang lebih tinggi untuk disambar petir berbanding untuk dijangkiti HIV oleh pekerja kesihatan.

Tiada sebarang kes dilaporkan di UK setakat ini berbanding empat kes yang dilaporkan di seluruh dunia, dan tidak satu pun daripada itu melibatkan pekerja kesihatan yang SEDANG MENJALANI RAWATAN.

Dame Sally berkata, "Kita mempunyai PERATURAN YANG KETINGGALAN. Pada ketika ini, kita melarang sepenuhnya pekerja kesihatan yang dalam proses rawatan HIV daripada melakukan banyak prosedur pembedahan."


Membantu Perkhidmatan Kesihatan Negara (National Health Service (NHS))

Dame Sally juga mengatakan  bahawa undang-undang baru ini "tidak memecahkan tradisi, tetapi bergerak selari dengan dasar terhadap jangkitan-jangkitan lain," berikutan perubahan terdahulu yang membenarkan pekerja kesihatan yang dijangkiti hepatitis B dan C untuk kembali bertugas jika mereka bertindak balas dengan baik terhadap rawatan yang diberikan.

"Sekarang, kita meletakkan HIV dalam kotak yang sama," beliau menegaskan.

"Rawatan yang baik, tindak balas yang berkesan, tidak menjangkiti, mampu meneruskan kehidupan seperti biasa, melaksanakan tugas dengan baik, dan membantu NHS."

Beliau menambah bahawa perubahan ini turut MAMPU MENINGKATKAN KESELAMATAN PESAKIT, di mana ia menggalakkan pekerja kesihatan untuk tampil mendapatkan ujian pengesahan dan terus mendapatkan rawatan.

"Ini juga bermaksud bahawa kita berlaku ADIL terhadap pekerja kesihatan kita dan kita TIDAK MEMBAZIRKAN KEWANGAN NEGARA dengan memberikan latihan dan apa yang telah dilalui oleh doktor, doktor gigi, dan jururawat."




Piawaian profesional Majlis Perubatan Am (General Medical Council (GMC)) masih lagi memerlukan doktor dan pelajar perubatan untuk melakukan ujian dan mendapatkan rawatan jika mereka percaya bahawa mereka mampu menjangkiti pesakit melalui virus yang tersebar melalui darah.

Pelajar perubatan masih akan diuji untuk virus jangkitan darah seperti HIV jika mereka berniat untuk menjalankan prosedur yang membuatkan mereka terdedah kepada risiko, sebagaimana pekerja kesihatan yang baru memulakan tugas.


Sumber:




Terjemahan: Shux (Setiausaha Kehormat PPWM)


Berdasarkan info di atas, re-assign duties pun sebenarnya tidak perlu asalkan PLHIV tersebut melepasi syarat kelayakan.

Bandingkan 2 situasi yang diberikan. Adakah kita sedang melangkah ke depan atau mengundur ke belakang dalam kempen "Getting To Zero"?


Fakta bukan cerita atau auta!

Wallahu a'lam.


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:


No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com