Monday, August 22, 2011

KISAH BENAR: DARAH HIV MAMPU MENGHALAU DRACULA DI MAKMAL HOSPITAL


Abaikan tajuknya entry tu. Aku sengaja buat gimik murahan untuk buktikan bukan setakat pihak akhbar arus perdana sahaja mampu buat tajuk sensasi untuk lariskan berita. (Jangan marah orang-orang media, usik mengusik tanda mesra…)

Selain doktor dan jururawat, masyarakat umumnya tidak begitu menyedari bahawa ramai lagi kakitangan KKM yang turut menyumbang dan memainkan peranan besar dan membantu para pesakit.

Antaranya ialah para pekerja makmal, jabatan x-ray, farmasi, atendan dan sebagainya. Mereka adalah golongan yang sering kita abaikan kerana peranan mereka di belakang tabir.

Kali ini aku kongsikan pula pandangan dan maklumat penting daripada salah seorang petugas KKM mengenai prosedur yang perlu dilakukan semasa ‘mendiagnos’ pesakit melalui ujian darah. (maaf, aku sendiri akui tidak pasti nama jawatan dan jabatan yang tepat untuk tugas-tugas seperti beliau)

Perkongsian ini ambil melalui ruangan komen dalam entry bertajuk “PENDAPAT BAKAL DOKTOR CEMERLANG, INSYA-ALLAH...”


Memandangkan perkongsian tersebut sangat berguna, aku kongsikan kembali pandangan beliau di sini supaya lebih ramai yang dapat membacanya.


Mohon maaf kepada beliau kerana aku terpaksa melakukan sedikit suntingan (yang sangat minima) untuk disesuaikan menjadi sebuah entry. Komen asal beliau masih dapat dirujuk di ruangan komen dalam entry yang aku maksudkan.


Semoga Allah melimpahkan mereka yang ikhlas membantu ini dengan limpahan rahmat dan redhaNya yang berlipat kali ganda. Mari baca:

Kami ada peraturan dalam mendiagnosis pesakit. Contohnya setiap pagi sebelum memulakan tugas kami akan menjalan prosedur untuk memeriksa mesin-mesin yang kami gunakan.

Setiap ujian makmal kami ada QA dan QC iaitu Quality Assurance dan juga Quality Management yang mana kami akan memastikan ujian yang betul dilakukan bagi mendapatkan keputusan yang betul dan juga menggunakan sampel yang betul.

Saya sangat suka bekerja di blood bank, Alhamdulilah banyak ilmu yang saya timba daripada pekerja-pekerja senior yang bekerja di blood bank.

Untuk pengetahuan semua, segala hal di blood bank memang dikendalikan oleh kami. Adakah doktor memantau? Mungkin Doktor Pakar Hematologi tetapi selalunya kamilah yang bekerja di blood bank.

Tentang isu mendapat HIV dari pemindahan darah, memang kadangkala kami kesan ramai yang menderma darah untuk mengetahui status HIV mereka. Kalau mereka dikesan positif senang kira tetapi kalau dalam window period tentulah tidak.

Mula-mula penderma datang untuk menderma darah. Pada peringkat ini, yang mengendalikan kes adalah doktor dan juga nurse yang bertugas.

Bagaimana pengendalian kes derma darah dilakukan?

Sewaktu hendak menderma darah, penderma akan mengisi borang khas. Dalam borang tersebut banyak kriteria yang menyatakan kita tidak membenarkan individu yang berisiko menderma darah seperti mereka yang melakukan hubungan seks luar nikah,  mereka yang melancong ke negara berisiko dan sebagainya.

Selepas mereka memenuhi kriteria untuk menderma darah, barulah
mereka dibenarkan menderma darah dan seterusnya darah mereka akan di hantar ke Pusat Derma Darah.

Di Pusat Derma Darah lah, darah penderma akan disaring. Satu tiub untuk ujian antibodi (HIV, hepatitis dan sebagainya berkaitan penyakit berjangkit). Satu tiub lagi adalah untuk ujian ABO grouping dan rhesus (jenis darah).

Apabila selesai, darah mereka akan disimpan. Jika semua ujian saringan lulus, barulah darah akan dihantar ke hospital. Ini bemakna darah yang dihantar ke hospital memang telah disaring dan bebas dari penyakit berjangkit (Insya-Allah).

Di hospital juga blood bank mereka sendiri. Di sini kami akan menerima request dari doktor dan kami akan menjalankan beberapa ujian seperti ujian-ujian ABO/Rh, penyaringan antibodi dan termasuklah ujian keserasian darah antara penderma dan penerima.

Ujian-ujian ini sangat penting bagi memastikan darah penderma sesuai untuk penerima.

Antara banyak-banyak kerja makmal, saya paling berminat di blood bank. Berani saya katakan blood bank merupakan makmal yang memang sangat menjaga kualiti dan juga betul-betul berdedikasi kerana kami bermain dengan nyawa pesakit berbanding makmal mikrobiologi ataupun biokimia.

Dengan sedikit kesilapan sahaja, kami boleh menyebabkan ibu yang tumpah darah terdedah kepada pelbagai risiko termasuk meninggal dunia. Pengendalian dan prosedur kawalan darah memang sangat rumit kerana kita ada hampir 4000 jenis darah.

Jika tersalah bagi darah, pesakit boleh hemolisis kerana darah sangat sensitif bertindak balas.

Untuk setiap sampel yang akan didagnosis kami selalunya akan simpan untuk rujukan. Setiap sampel yang rosak akan ditolak dan dipulangkan kembali. Sampel yang salah akan diisi ke dalam cointainer khas. Salah tiub juga akan ditolak. Hanya sampel yang lulus sahaja akan dijalankan ujian diagnosis.

Bagaimanapun saya ingin tegaskan di sini setiap benda akan berlaku kesilapan terutamanya di bahagian makmal walaupun kami telah sedaya upaya melakukan prosedur-prosedur untuk meminimunkan kesilapan.

Kelemahan berpunca daripada faktor manusia, faktor mesin dan faktor sampel kadang-kadang kita tidak boleh dielakkan.  

Bagaimana pengendalian kes ujian air kencing dilakukan?

Untuk kes ujian air kencing, selalunya bukan digunakan untuk mengesan kesan ubat atau allergic. Ujian air kencing selalunya dilakukan dalam makmal mikrobiologi dan juga makmal biokimia.

Merujuk kepada ujian mikrobiologi di mana pesakit menambah air paip supaya air kencing nampak banyak, ingin saya ingatkan jangan sesekali pesakit berbuat begitu kerana tindakan tersebut menyebabkan sesuatu penyakit sukar untuk di diagnosis.

Apabila pesakit menambahkan air paip, pesakit mungkin telah mencampurkan bakteria dalam air paip dan bakteria di dalam air kencing mereka. Ini  menjadikannya sukar didagnosis secara tepat kerana pertumbuhan bakteria yang terlalu banyak menyebabkan kami tidak dapat mengesan bakteria mana yang penyebabkan seseorang itu sakit.

Untuk ujian air kencing bagi tujuan mengenalpasti bakteria di bahagian kelamin.

Begini caranya. Terutamanya wanita, mula-mula basuh bahagian kemaluan, kemudian lapkan dengan tuala bersih. Kemudian kencing dan tadahkan air kencing yang ‘tengah’  sebelum dialihkan dan seterusnya buang air kencing yang akhir ke dalam mangkuk tandas.

Perhatian: Jangan kencing semua sekali ke dalam urine container.

Bagi ujian penyakit kelamin selalunya kami jarang menggunakan ujian air kencing. Penyakit Sexually Transmitted Diseases (STD) biasanya didiagnosis melalui ujian menggunakan sampel darah.

Wallahu a’lam segalanya kelemahan dari saya.


AHP: Terima kasih dan syabas kepada beliau atas kesudian berkongsi maklumat yang sangat telus dan penting ini. Perkongsian begini menjadikan blog AHP lebih ‘mahal’ nilai maklumatnya.