Aku yakin cerita adik kita ini banyak pengajarannya kepada kita semua. Jadi aku kongsikan emel beliau sebagai renungan dan muhasabah diri bersama.
Assalamualaikum...
Saya anak sulung daripada 6 orang adik beradik. Saya tak tahu kepada siapa perlu saya cerita dan rujuk. Ayah saya seorang penagih dadah, baru keluar dari Pusat Pemulihan Akhlak. Sekarang ayah saya dibuang daerah dan dihantar ke tempat lain dan bekerja di sana serta dalam permerhatian polis selama 2 tahun.
Bulan lepas saya dapat tahu ayah saya sakit. Saya tak sanggup tengok keadaan ayah saya. Kurus mendadak, cengkung.. Ayah saya dapat tahu dia menghidap HIV selepas kena denggi. Gusi dan hidung berdarah. Ayah saya juga ada penyakit kencing manis dan asma.
Dua daripada adik beradik saya tahu ayah saya ada HIV. Saya tak sanggup tengok bila adik saya menangis dan lebih menyedihkan saya bila mak saya bagitahu mak dan ayah saya bersama selang sehari sebelum berjumpa doktor dan ayah disahkn HIV. (Mak dan adik-adik lain ada di sana melawat ayah selama 2 minggu)
Ya Allah, berat sungguh dugaan saya. Dari kecil ayah saya keluar masuk penjara. Mak saya besarkan adik-adik saya. Sengsara mak saya hanya Allah yang tahu tetapi alhamdulillah walaupun ayah saya macam tu, dia tak pernah abaikan pembelajaran adik-adik saya. Saya tak sanggup kehilangan mak saya. Adik-adik saya masih kecil.
Mak saya belum pergi cek darah lagi. Mak saya takut dan tak boleh terima. Apa perlu saya buat? Saya ada baca tentang test kit untuk HIV. Saya ada search dan jumpa di "privacy medical", kena beli online. Selain beli online ada dijual di tempat lain? Tak ada alternatif lain ke untuk sembuhkan penyakit macam ni? Saya tak tahu nak buat macamama. Saya sedih bila jadi begini kepada keluarga saya.
Saya baru dapat tahu semalam daripada adik saya, kaki mak saya bengkak dan ada kudis. Saya boleh terima kalau ayah saya dapat penyakit tu tapi tidak untuk mak saya. Tolong bantu saya beri pandangan dan pendapat. Terima kasih.
Wassalam.
Waalaikumussalam wrh wbk.
Selamat berpuasa dan semoga memperolehi keberkatan yang berkekalan.
Semoga segala doa & amalan diterima, insya-Allah...
Tahniah kerana menjadi anak yang sangat prihatin.
Bersabarlah dengan segala ujian Allah.
Allah tak pernah zalim kepada kita.
Selamat berpuasa dan semoga memperolehi keberkatan yang berkekalan.
Semoga segala doa & amalan diterima, insya-Allah...
Tahniah kerana menjadi anak yang sangat prihatin.
Bersabarlah dengan segala ujian Allah.
Allah tak pernah zalim kepada kita.
Perkara yang telah terjadi tetap terjadi.
Sekarang masa untuk adik sekeluarga fokus ke depan, belajar daripada pengalaman dan saling sokong menyokong.
Adik perlu bertenang dan kumpul seberapa banyak maklumat tentang HIV mulai sekarang. Kena bijak saring maklumat, fahami cara pencegahan dengan tepat dan sebarkan kepada seluruh anggota keluarga.
Tiap penyakit ada ubatnya kecuali tua dan mati. HIV sama sahaja dengan penyakit-penyakit kronik lain. Tak sembuh (contoh penyakit darah tinggi) tetapi ianya boleh dirawat. Pembawa HIV mampu hidup seperti biasa jika bersikap positif, patuh kepada jadual rawatan dan ubat-ubatan berkaitan.
Jangan panic atau kongsi masalah dengan orang sebarangan kerana ini akan menambahkan tekanan seperti stigma, judgmental dan diskriminasi.
Sangat penting ibu adik menjalani ujian HIV di mana-mana sahaja klinik kesihatan atau hospital. Jangan takut, ianya tidak menyakitkan dan keputusan boleh diperolehi dengan segera.
Menafikan hakikat bermakna ibu adik berisiko terlewat utk menerima rawatan. Bincang elok-elok dengan ibu. Pujuk ibu bahawa adik sekeluarga perlukan ibu untuk jaga ahli keluarga.
Jangan lakukan ujian sendiri tanpa pengalaman kerana HIV perlukan rawatan kaunseling dan pharmacology.
Tidak semestinya ibu adik akan dijangkiti cuma ianya dianggap berisiko. Saya juga percaya sebenarnya ayah adik telah lama dijangkiti HIV jadi lebih baik tahu awal daripada tertanya-tanya dan terlewat kelak.
Jika ibu adik dijangkiti, (na’uzubillah) adik dan beradik yang lain mungkin perlu menjalani ujian saringan yang sama. (atas nasihat doctor)
Seperti yang saya katakan tadi, andaikan ibu adik turut mengidap HIV, ayah dan ibu dan adik masih boleh dirawat. Jangan risau. Kita cuma usaha. Nyawa kita urusan Allah. Semua orang pun akan mati sama ada sihat atau sakit, tua atau muda.
Sekadar mengingatkan, jangan benci atau marah kepada ayah atas perkara yang telahpun berlaku. Sejarah tak boleh diubah.
Teruskan berhubung jika perlu. Terima kasih.