Saturday, March 19, 2011

KENAPA UJIAN CD4 DIJALANKAN?


Biasanya hasil ujian CD4 dilakukan untuk menentukan jumlah sel CD4 yang ada dalam satu milimeter kubik darah (biasanya ditulis mm3).

Jumlah CD4 yang normal biasanya berkisar antara 500 hingga 1,600. Jumlah CD4 umumnya menurun secara perlahan-lahan. Namun dalam beberapa kes seperti kanser dan HIV, jumlah CD4 dapat menurun dengan pantas.

Oleh kerana jumlah CD4 sering berubah-ubah, lebih baik dilihat peratusan sel CD4. Peratusan ini adalah perbandingan dengan limfosit keseluruhannya. Jika hasil ujian melaporkan CD4% = 34%, ini bermaksud 34% dari limfosit di dalam tubuh adalah sel CD4. Peratusan ini lebih stabil dibandingkan jumlah sel CD4 secara keseluruhannya. Angka normal CD4 adalah di antara 30 hingga 60%.

Setiap laboratorium atau makmal mempunyai kisaran yang berbeza. Belum ada pedoman untuk keputusan rawatan berdasarkan CD4%, kecuali untuk kanak-kanak berusia di bawah empat tahun.

Jumlah CD4 mutlak di bawah 200 menunjukkan kerosakan yang serius pada sistem kekebalan tubuh. Biasanya, ini adalah tanda penyakit AIDS pada orang yang dijangkiti HIV. Sebuah penelitian baru menunjukkan bahawa CD4% lebih baik meramalkan perkembangan penyakit HIV dibandingkan CD4 secara keseluruhannya.

Kadang kala seseorang itu disarankan juga untuk melakukan ujian CD8. Namun sama sekali tidak jelas bagaimana hasil ujian CD8 dapat ditafsirkan. Oleh kerana itu, tidak digalakkan membelanjakan banyak wang untuk membuat ujian CD8.


Sumber: sini