Thursday, March 17, 2011

SUKA DAN DUKA HIV POSITIF (2)

Aku kongsikan pula berita sedihnya.

Seorang pembaca blog ini (seorang pelajar) menghubungiku meminta pandangan kerana seorang rakan beliau (seorang pembawa HIV) memerlukan bantuan kewangan dan rawatan.

(Terlebih dahulu aku ucapkan tahniah kepada pelajar terbabit yang sangat prihatin dan cuba membantu. Semoga hidup anda diberkati-Nya)

Sebelah mata rakannya itu telah buta dan sebelah lagi makin kabur. Tinggal bersama keluarga tetapi sentiasa dimaki hamun dengan sumpah seranah yang tidak tercapai dek akalku. Bila tertekan rakan beliau itu sering meluahkan hasrat membunuh diri. Telah diberikan rawatan HAART di samping methadone.

Pembaca tersebut menjadi teman setia mendengar segala luahannya dan kadangkala mengeluarkan wang poketnya sendiri untuk membantu sekadar yang termampu.

Kata beliau, pembawa HIV tersebut asalnya seorang penagih pil kuda dan alcohol. Cuba bayangkan apa yang penagih muda pil kuda lakukan? Sudah tentu double trouble!

Dadah stimulation menjadikan seseorang penagih bagaikan sangat bertenaga dan mampu berjaga selama berhari-hari. Imaginasi, halunisasi dan rangsangan dadah menyebabkan mereka sangat terdedah dengan seks bebas.

Bayangkan berapa ramai lagi individu yang mungkin telah terdedah kepada jangkitan jika beliau mengamalkan seks bebas. Golongan ini biasanya enggan mengakui mereka berisiko tinggi dijangkiti HIV. Jangan lupa bahawa anggaran purata rakyat Malaysia yang dijangkiti HIV lebih daripada 10 orang setiap hari.

Mudah cerita dadah syntactic lebih membahayakan berbanding dadah berasaskan ‘herba’ yang conventional. Apabila ‘otak kering’, maka ‘hati kering’ jadinya... (minta-minta pembaca faham maksud aku)

Apabila dadah jenis ini digabungkan dengan alcohol, mereka boleh memberikan reaksi yang tidak terjangka apabila terputus bekalan. Rakan beliau ini dikatakan pernah mengugut mahu membunuh ibu sendiri dan membakar rumah ketika ‘sihatnya’ untuk mendapatkan wang bagi memenuhi ketagihan.

Tapi itu bukan isu. Itu kempen anti penyalahgunaan dadah yang aku selitkan.

Yang menjadi isu ialah kerana aku ragu-ragu terhadap kejujuran cerita pembawa HIV itu sendiri. Aku bimbang pembaca tersebut dimanipulasi dengan cerita-cerita sedih rakan beliau.

Antaranya ialah aku yakin pembawa HIV tersebut belum bebas sepenuhnya daripada masalah penagihan kerana masih bergantung kepada methadone.

Aku juga yakin tidak timbul isu rawatan jika pembawa HIV tersebut telah mendapat rawatan HAART kerana doctor dan kaunselor akan memantau segala keperluan rawatan beliau serta mencadangkan jenis-jenis bantuan yang diperlukan.

Rupa-rupanya baru aku tahu pembawa HIV tersebut telah menunjukkan tanda-tanda AIDS. Beliau sebenarnya akur dengan kesilapan diri dan mula merapatkan diri kepada Allah tetapi sebagai pembawa virus yang sama aku faham tekanan yang dialaminya.

Sudahlah sakit, risau dan tertekan pula dengan macam-macam perkara. Bila asyik dipersalahkan, diungkit, dihina dan dicerca, setabah mana pun individu tersebut sesekali akan emosional juga.

Masih mahu meyalahkan dan menuding jari? Memanglah beliau pernah buat salah tetapi sejarah bukan boleh diubah. Takkan nak dibiarkan pembawa HIV tersebut mati tanpa pembelaan saudara seagama. Kalau pihak gereja yang ambil alih nanti tahu pula nak bising dan kononnya sibuk pasal akidah.

Sebenarnya bila begini tidak banyak yang mampu aku cadangkan. Aku tidak berada pada  situasi sebenar dan bersandarkan cerita sebelah pihak.

Apa yang mampu aku cadangkan cuma supaya beliau menghubungi badan-badan NGO tertentu yang lebih berpengalaman dan professional untuk meminta khidmat sokongan, bantuan  atau rumah perlindungan.  

Selain itu aku sekadar mendoakan semoga rakan beliau tidak berputus asa mendapatkan rawatan dan gunakan kesempatan yang ada ini untuk meningkatkan amal ibadah dan memohon ampun kepada ibu bapa.

Pesananku kepada semua pembawa HIV termasuk diri sendiri:

Usah terlalu takut tentang kematian kerana kematian adalah pasti. Lebih baik kita takutkan bekalan yang perlu dibawa ke sana daripada mengandai-andaikan cara kematian kita.

Hina dan mulia cara kematian kita ketentuan Allah. Kita adalah antara golongan yang istimewa kerana dipilih Allah untuk diberi peringatan awal memperbaiki diri menjelang perjalanan abadi.

Jika anda mempunyai beberapa bad habits, berhenti dan bertaubat daripada mengulanginya.

TOLONGLAH, JANGAN MENYEBARKAN VIRUS INI KEPADA MANGSA LAIN.



AHP: Ingat ya, ubat cuma ‘alat’, yang menyembuhkan Allah. Kalau tak percaya,  pengusaha kilang ubat HAART tu pun, kalau dia ada HIV, dia pun pasti mati!


KUIZ MINGGU INI
Tiada bekalan, tiada dadah maka tiadalah penagihan. Buktinya Singapore dan Israel. Mereka mampu meminimumkannya.

Agak-agaknya berapa orang yang bersetuju  kalau aku katakan bahawa, antara cara yang  PALING BERKESAN mengatasi masalah bekalan DADAH ialah menghapuskan RASUAH?

Jawab dalam hati dahlah...