JOHOR BAHRU: Komited dengan tanggungjawab sosialnya dalam menangani masalah HIV dan Aids, Majlis Aids Malaysia (MAM), berganding baru dengan Jabatan Kemajuan Malaysia (Jakim) menyelusuri kawasan bandar bagi mendekati golongan penagih selain membantu memulihkan mereka melalui beberapa pendekatan yang disyorkan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Tidak dinafikan faktor disisihkan keluarga dan pengaruh persekitaran, menjadikan bilangan penagih semakin bertambah dari masa ke masa.
Pusat Perlindungan Intan Life Zone, Johor Bahru menjadi salah satu pusat ‘One Drop Centre’ kepada penagih untuk mendapatkan imunisasi bagi program pengurangan kemudaratan iaitu melaksanakan program pertukaran jarum suntikan (NSEP) selain memberikan kondom bagi penagih yang cenderung kepada perlakuan seksual.
Seorang penagih, Abu Samah, 45, (nama samaran), beliau dikesan HIV sejak 2005, mengakui golongan penagih sepertinya sentiasa terpinggir walaupun mereka tidak mengganggu kehidupan orang lain.
“Stigma masyarakat terhadap golongan penagih adalah sesuatu diskriminasi yang membunuh. Namun, bernasib baik kerana menyertai Intan Life Zone, sekurang-kurangnya beliau mendapat layanan sewajarnya dan dapat meneruskan kehidupan.
“Life Zone menggunakan pendekatan psikologi, memberikan motivasi kepada penagih untuk meninggalkan jarum suntikan secara berperingkat selain penagih diberi methadone secara oral iaitu pil gantian untuk mengawal ketagihan, ” katanya.

Abu Samah mula menyertai pusat perlindungan terbabit sejak 2007, pemberian dadah gantian itu tidak akan menimbulkan kesan buruk kerana prosedur pengambilan methadone dikendalikan petugas NGO bertauliah, hanya diambil secara oral di pusat berkenaan saja dan bukan di tempat lain.
Seorang ibu muda yang juga penghidap Aids, Nora, 23, yang baru selesai berpantang, menyedari dirinya menghidap penyakit itu ketika menjalani pemeriksaan mengandung.
“Saya terkejut apabila doktor memberitahu saya positif HIV, saya tidak menyangka pasangan saya pembawa virus. Dengan kandungan luar nikah, saya dikejutkan dengan kematian teman lelaki yang terbunuh akibat kemalangan jalan raya,” katanya.
Pengurus Program Pertubuhan Kebajikan ILZ, Nashrudin Jafrey, berkata walaupun penagih berada dalam kumpulannya tetapi mereka dididik untuk bertanggungjawab dengan persekitaran.
“Penagih dilatih untuk bertanggungjawab membersihkan sendiri tempat tinggal masing-masing. Walaupun, mereka leka dalam dunia masing-masing tetapi mereka tetap berdisiplin dengan mengemaskan ruang tamu, membasuh pinggan mangkuk dan bergotong-royong," katanya.
Sumber: sini