Pertama kali bersua dengan Jenny, tiada apa yang janggal mengenai dirinya. Sama seperti wanita biasa lain, Jenny kelihatan ceria saja pagi itu sehinggalah dirinya diperkenalkan sebagai seorang yang hidup dengan HIV. Bukan setahun dua, tetapi sudah enam tahun dirinya disahkan positif HIV. Ternyata gambaran negatif mengenai mereka yang hidup dengan HIV dan Aids selama ini kurang tepat seperti digambarkan dalam kebanyakan drama mahupun filem yang dimomokkan kepada masyarakat.
Keadaan Jenny membuktikan keberkesanan rawatan HIV dan Aids hari ini berbanding dua dekad lalu. Pembangunan ubat-ubatan untuk HIV dan Aids membolehkan mereka hidup normal seperti orang lain, malah berpeluang hidup lebih lama berbanding anggaran hayat 10 tahun sebelum ini. Malangnya stigma dan diskriminasi masyarakat terhadap HIV dan Aids membuatkan insan seperti Jenny lebih takutkan pandangan masyarakat daripada kematian itu sendiri.
“Sebaik suami meninggal akibat Aids, saya pula disahkan HIV. Anak perempuan saya dirampas ibu mentua. Mereka memberitahu anak, saya akan mati seperti juga ayahnya. Saya cukup tertekan sehingga jatuh sakit. Ketika itu saya tidak mempunyai pengetahuan mengenai HIV dan hanya fikir akan mati. Mujurlah keluarga saya tidak begitu dan memberikan sokongan sepenuhnya terutama abang saya. Mereka menjaga saya dengan sebaiknya,” katanya.
Jenny tidak menyalahkan masyarakat yang memandang serong kepada dirinya mahupun mereka yang senasib dengannya. Beliau sedar tidak semua orang faham mengenai HIV dan Aids. Bagaimanapun, beliau merayu agar diberi peluang untuk hidup seperti orang lain terutama demi anak perempuannya yang kini sudah kembali ke pangkuannya.
“Selepas tiga tahun hidup terpisah, kami disatukan semula. Tahun lalu, saya berterus-terang dengan anak mengenai apa yang sedang berlaku kepada saya. Saya gembira kerana dia menerima dan menjaga saya dengan sebaiknya. Atas alasan inilah, saya mahu terus hidup. Sayangnya diskriminasi tetap berlaku dan saya tidak mahu anak menjadi mangsa kerana itulah saya tidak mahu anda mengambil gambar saya,” katanya.
Jenny ditemui pada sidang akhbar mengumumkan hasil tinjauan antarabangsa bagi rawatan Aids seumur hidup (Altis), baru-baru ini. Tinjauan oleh Persatuan Antarabangsa Pakar Perubatan Penjagaan Aids (IAPAC) dengan tajaan Merck, Sharp & Dohme itu diumumkan Presiden Persatuan Perubatan HIV Malaysia, Dr Christopher Lee.
Tinjauan membabitkan 2,968 lelaki dan wanita yang hidup dengan HIV dan Aids di seluruh dunia itu bermatlamat meninjau keberkesanan rawatan HIV dan Aids, tahap pengetahuan atau kesedaran di kalangan mereka yang hidup dengan virus itu serta kesan rawatan ke atas kehidupan mereka.
Kajian ini membabitkan responden dari 17 negara seperti Afrika Selatan, Jepun, Korea, Malaysia, New Zealand, Singapura, Perancis, Jerman, Itali, Russia, Sepanyol, United Kingdom, Argentina, Brazil, Caribbean, Mexico dan Amerika Syarikat. Di Malaysia, membabitkan 100 peserta iaitu 70 lelaki dan 30 wanita yang sesetengahnya hidup dengan HIV selama 15 tahun.
“Perkara yang perlu ditekankan daripada tinjauan ini mendapati diskriminasi dan stigma masih berleluasa. Ini menyebabkan mereka yang positif HIV lebih takut untuk hidup! Sekitar tahun 1980-an dan 1990-an, fokus rawatan adalah untuk membolehkan mereka meninggal dunia dengan tenang. Ia berbeza dengan rawatan hari ini yang memfokuskan bagaimana mereka akan menjalani hidup kini.
“Justeru, bantulah mereka untuk meneruskan hidup kerana ubat-ubatan hari ini sudah membantu mereka. Ubat memerlukan kos, tetapi tidak untuk memahami mereka. Mengapa kita perlu menghakimi mereka?” katanya.
Perkara kedua yang perlu dipandang serius adalah dari segi perubatan iaitu untuk menyediakan lebih banyak kaunseling kepada mereka yang hidup dengan HIV dan Aids. Doktor perlu memastikan mereka terbabit dalam proses rawatan kerana berdasarkan tinjauan itu, mereka berharap untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rawatan dijalani. Di samping itu, badan bukan kerajaan (NGO) juga perlu berperanan membantu meningkatkan kesedaran orang ramai, doktor dan mereka yang hidup dengan HIV.

Kajian Altis juga mendapati diskriminasi adalah punca utama mereka yang hidup dengan virus itu terpinggir.
Sumber: sini
INFO TINJAUAN ALTIS:
94 peratus mereka yang hidup dengan HIV dan Aids ingin mengetahui lebih lagi mengenai HIV dan Aids.
Hanya 22 peratus memahami maksud sebenar beban virus yang tidak dapat dikesan.
77 peratus tidak mengalami kesan sampingan akibat ubat dimakan.
83 peratus merasakan faedah rawatan HIV dan Aids .
58 peratus sangat bimbang orang lain mengetahui mengenai keadaan mereka.

INFO TINJAUAN ALTIS DI MALAYSIA:
72 peratus takut dengan diskriminasi yang memberikan kesan dari segi sosial, kesan ke atas hubungan dengan pasangan, kehilangan pekerjaan dan reputasi.
32 peratus mengalami kesukaran untuk berterus-terang dengan ibu bapa.
67 peratus lebih suka memilih adik beradik untuk mendedahkan keadaan mereka.
47 peratus memilih untuk berterus terang dengan ibu bapa.
42 peratus memilih untuk berterus terang dengan rakan.
RAWATAN:
60 peratus menukar rawatan akibat kesan sampingan atau kegagalan rawatan.
34 peratus tidak meneruskan rawatan
26 peratus tidak pernah menerima rawatan kerana berpengalaman mengalami kesan sampingan.
5 peratus bimbang dengan kos perubatan.
69 peratus bimbang dengan dos ubat yang terlalu banyak.