Masih ingatkah tentang nasib lebih 30 orang anak Melayu HIV positif yang tinggal di sebuah gereja kerana disisihkan masyarakat tempoh hari?
Setelah melalui pelbagai dugaan dan cabaran, Ustaz Abdullah, Yayasan Al-Ijabah serta para sahabat berjaya mengeluarkan seorang demi seorang pesakit ini dari gereja tersebut.
Dan dengan usaha dan doa yang tidak putus-putus daripada semua pihak yang terlibat, mereka berjaya mendapatkan sedikit bantuan kewangan permulaan daripada orang persendirian dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Untuk itu sebuah banglo lama telah disewa bagi menempatkan para pesakit ini, lebih membanggakan lagi, sebuah hospital swasta d Shah Alam turut bersetuju mendermakan katil-katil untuk kegunaan penghuni di situ.
Namun perjalanan masih jauh, dana masih diperlukan untuk ubat-ubatan mereka, untuk kos pengurusan rumah itu sendiri seperti makan minum, bil air dan api, pekerja dan banyak lagi.
Walaupun ramai yang memandang rendah usaha Ustaz Abdullah dan kami semua atas alasan ‘pesakit ini sendiri yang tempah maut’, namun kami redha dan pasrah dengan semua itu.
Yang penting, kami tidak sanggup lihat para pesakit ini, yang sama agama dengan kita, menghabiskan sisa-sisa hidup mereka di gereja.
Syabas Ustaz Abdullah dan Yayasan Al-Ijabah, terima kasih juga kepada semua kerana sudi mendoakan agar usaha menyelamatkan pesakit HIV dari gereja ini mencapai matlamatnya.
Hanya Allah saja yang mampu membalas jasa dan budi baik kalian.
Sumber: sini
AHP: Sejuk hati aku tengok gambar dia orang solat berjemaah. Kita? Hehehe...