Ambil segenggam tanah liat, buat bentuk bulat. Ambil lagi segenggam tanah liat, buat pula bentuk empat segi. Kali ini ambil segenggam tanah liat, buat pula model rumah. Macam-macam bentuk dapat dibuat oleh tanah liat.
Stem sel ini juga dianalogikan seperti tanah liat. Waktu dalam kandungan ibu, stem sel inilah yang membentuk sel mata, sel tulang, sel gigi, sel buah pinggang, sel jantung, sel darah dan berjuta lagi jenis sel dalam badan.
Bayi dalam kandungan sangat kaya dengan stem sel kerana stem ini sangat-sangat diperlukan untuk berubah menjadi sel badan yang lain.
Untuk manusia dewasa, stem sel yang terkandung di dalam badan semakin berkurang dan terkumpul di dalam tulang sum sum (bone marrow).
Sumber: cyberclinics