TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI SEORANG PEMBAWA HIV
Dengan mengekalkan tahap kesihatan optima seseorang pembawa HIV boleh hidup sihat lebih lama berbanding mereka yang tidak menjaga kesihatan diri. Anda boleh mencapai tahap kesihatan optima melalui:
1. Amalan hidup yang sihat seperti tidur yang cukup, tidak merokok, bersenam, makan makanan sihat dan seimbang serta menjaga kebersihan diri.
2. Segera mendapatkan rawatan sekiranya menghadapi masalah kesihatan.
3. Berfikiran positif bagi mengelakkan tekanan fizikal, emosi dan mental untuk meneruskan kehidupan.
4. Sentiasa patuh dan amalkan ajaran agama setiap masa.
5. Sekiranya menerima rawatan, anda hendaklah memenuhi regim rawatan yang diberikan dan mendapatkan rawatan susulan yang telah ditetapkan.
Sumber: KKM