Friday, March 18, 2011

TAKUT MATI? OOO... TAKUT YA? MATI ITU PASTI!



Please click for larger view


Sulaiman bin Mahran, seorang ulama' tabi'in, meriwayatkan:

Ada seseorang sedang duduk bersama Nabi Sulaiman a.s. Tiba-tiba ada tetamu masuk, lalu pandangannya terpaku kepada teman Nabi Sulaiman a.s ketika itu. Ketika tetamunya itu keluar, dia bertanya,

"Wahai Nabi Allah, siapakah orang yang datang menemuimu sebentar tadi?"

Baginda menjawab, "Dia adalah malaikat maut."

Dia berkata, "Wahai Nabi Allah, aku lihat dia memerhatikanku, jangan-jangan dia hendak mencabut nyawaku. Aku mohon agar tuan sudi memerintahkan angin untuk membawaku ke pulau seberang lautan yang paling jauh."

Lalu Allah mewahyukan kepada Nabi Sulaiman untuk melakukannya, lalu baginda memerintahkan angin dan angin pun membawa orang itu ke tempat yang dia kehendaki. Belum lama dia tiba di tempat yang dihajati, malaikat maut pun sampai dan langsung mencabut nyawanya.

Kemudian, malaikat maut kembali menemui Sulaiman. Nabi Sulaiman bertanya, "Aku perhatikan tadi kamu ada di sini, memerhatikan temanku itu.”

Malaikat menjawab, " Ya, aku berasa hairan terhadapnya. Mengapa dia masih bersamamu di sini? Sedangkan aku diperintahkan mencabut nyawanya di negeri yang jauh dari sini.

Ketika aku akan keluar dari tempatmu ini, lalu diperintahkan kepadaku,
'Cabutlah nyawanya, kerana ia sudah berada di tempat di mana aku diperintahkan untuk mencabut nyawanya, lalu aku cabut nyawanya."

Benarlah firman Allah yang bermaksud:
"Katakanlah sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu." (surah Al-Jumu'ah 62: 8)


Sumber: sini


AHP: Tua, muda, sihat, sakit, susah, senang, berkuasa, hamba dan selagi dinamakan makhluk semuanya PASTI mati. Siapa dulu? Manalah kita tahu! Kadang-kadang yang sihat dan sedang ketawa berdekah-dekah tu ‘jalan’ dulu...