PASANGAN ISTIMEWA/PENGANTIN HIV…
Mohd Shah dan Nik Aslishaz diraikan pada majlis perkahwinan mereka.
Isu mewajibkan ujian HIV/Aids bagi pasangan yang ingin berkahwin (termasuk juga yang ingin berpoligami) kembali dibicarakan. Selepas Johor, kini Perlis pula dalam proses melaksanakan ujian ini. Ada kemungkinan usaha ini diperluaskan ke seluruh negara. Oleh itu, kini pasangan yang ingin berkahwin mempunyai satu lagi sebab untuk bimbang.
Kes jangkitan dan kematian akibat HIV/Aids semakin membimbangkan. Pada 2002 saja, 7,000 kes HIV baru dilaporkan ke Kementerian Kesihatan. Jumlah mereka yang mati akibat HIV/Aids pula 5,500 orang. Menjelang 2010, kematian akibat HIV/Aids akan mencapai kira-kira 6,000 orang setahun.
Angka yang dibentangkan itu memang merunsingkan banyak pihak. Apatah lagi, ia hanya membabitkan kes yang dilaporkan. Dipercayai, banyak lagi kes yang tidak dilaporkan. Peningkatan jangkitan HIV/Aids berlaku setiap tahun. Oleh sebab itu, ujian saringan HIV/Aids ini dilihat sebagai satu usaha untuk mengatasinya masalah HIV/Aids di Malaysia.
Kehangatan perdebatan isu ini memang dapat dirasakan. Ada yang bersetuju dan ada pula yang menentang. Mereka yang bersetuju kerana usaha ini dilihat sebagai satu langkah yang pasti dapat mengawal jangkitan penyakit ini.
Bagaimanapun, ramai juga yang menolak rancangan ini kerana dianggap menyusahkan dan tidak semestinya dapat menyelesaikan masalah.
Lagipun, proses perkahwinan patut dipermudahkan dan ujian ini dilihat sebagai meremehkan urusan yang sudah sedia leceh. Sebenarnya, ujian sebegini tidak perlu jika pasangan yang ingin berkahwin jujur antara satu sama lain.
Dalam perkahwinan, bukan saja soal perasaan, tetapi status kesihatan pasangan juga menjadi keutamaan.
Orang yang jujur akan memberitahu pasangan keadaan dirinya. Lagipun, bukankah perkahwinan itu atas dasar kejujuran dan kepercayaan?
Berterus-terang mengenai status kesihatan sendiri sangat penting. Jika pasangan menyembunyikan status kesihatannya, terutama yang menghidap HIV/Aids, akan timbul masalah apabila ramai anak dengan virus atau penyakit itu dilahirkan.
Hal ini, akan menjejaskan keturunan umat keseluruhannya. Memelihara keturunan adalah satu daripada lima tuntutan maqasid al-syariah. Umat Islam bertanggungjawab untuk memelihara keturunannya.
Dalam Islam, usaha untuk mempertahankan keturunan dituntut. Jika dilihat dari sudut ini, ujian saringan HIV/Aids bagi pasangan bakal bernikah sangat dialu-alukan. Ujian itu juga bertujuan memelihara keturunan umat manusia kini dan akan datang. Usaha itu jika tidak dilakukan akan menimbulkan pelbagai persoalan.
Pertama, bersediakah kita menanggung generasi muda yang sebahagian besarnya pesakit HIV/Aids? Mahukah kita menjadi seperti negara Botswana yang setiap seorang daripada empat rakyatnya dijangkiti HIV? Selain itu, mampukah kita menjaga setiap anak yang kehilangan ibu bapa akibat penyakit ini?
Pastinya, kita tidak mahu perkara ini berlaku. Oleh itu, setiap pasangan tidak perlu takut menjalani ujian ini. Cuma, kos dari segi masa dan wang ringgit untuk menjalani ujian ini perlu dikaji. Perkara ini perlu kerana takut pula ada yang tidak mampu. Pada masa sama proses menjalani ujian yang melecehkan akan menimbulkan sungutan dan kekecewaan.
Pun begitu, adakah ujian ini akan dapat menyelesaikan keseluruhan masalah jangkitan HIV/Aids di Malaysia? Jika melihat kepada statistik pesakit, dengan 50 peratus daripada mereka yang dijangkiti HIV adalah golongan remaja dan belia berusia di bawah 29 tahun, maka jelas bahawa masalah ini memang boleh dikawal. Golongan inilah yang bakal mendirikan rumah tangga nanti.
Begitu pun, masalah ini masih belum selesai sepenuhnya kerana jangkitan di kalangan pasangan yang sudah berkahwin juga tidak kurang pentingnya. Perkara ini timbul kerana selepas berkahwin ada pula pasangan ´bermain kayu tiga´.
Masalah penagihan dadah di kalangan suami atau isteri juga meningkatkan lagi penyebaran HIV/Aids. Perlu diingat bahawa penagihan dadah adalah penyumbang terbesar kepada peningkatan HIV/Aids di Malaysia. Oleh hal yang demikian itu, adakah perlu diwujudkan juga ujian HIV/Aids di kalangan pasangan yang sudah berkahwin? Saranan ini mungkin tidak logik dan kelihatan pelik. Bagaimana saranan ini boleh direalisasikan adalah satu tanggungjawab yang sukar dan mungkin dianggap mengarut.
Keseluruhannya masalah jangkitan HIV/Aids di kalangan pasangan berkahwin (dan terjebak dengan seks bebas) tidak akan wujud jika pasangan sedar bahawa Islam hanya mengiktiraf hubungan suami dengan isteri yang sah.
Dalam kes penagihan dadah di kalangan suami atau isteri pula, jika mereka menghayati matlamat mempertahankan lima prinsip maqasid al-syariah, maka pastinya tiada lagi alasan untuk terjebak dengan penagihan najis dadah.
Oleh sebab itu, usaha untuk mewajibkan ujian HIV/Aids di kalangan pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga perlulah dinilai dengan adil. Jika kebaikan mengatasi keburukan, maka tidak ada salahnya ujian ini diwajibkan.
Bagaimanapun, pokok pangkalnya, kejujuran adalah asas perkahwinan. Pertahankan kejujuran ini kerana pengaruhnya sangat kuat dalam pemeliharaan keturunan umat keseluruhannya.

Sumber: sini