Saturday, March 26, 2011

DADAH & HIV/AIDS


Meskipun terdapat usaha Kerajaan untuk mencapai Malaysia bebas dadah menjelang tahun 2015, kejadian penyalahgunaan dadah di Malaysia, terutamanya di kalangan bahagian masyarakat yang terpinggir dari segi sosioekonomi dan di kalangan pelajar dan golongan muda, terus meningkat.

Mengikut laporan Agensi Dadah Kebangsaan 2006, 300,241 warga Malaysia telah dikesan sebagai pengguna dadah di antara tahun 1988 hingga bulan Disember 2006. Bagi setiap pengguna dadah yang dikenal pasti, mungkin terdapat 3-4 pengguna yang dapat mengelakkan diri daripada pengesanan dan penangkapan.

Di antara bulan Januari dan bulan Disember 2006, 22,811 pengguna dadah telah dikesan dengan kadar kes 1,900 sebulan. Majoriti penguna dadah adalah di golongan orang muda di bawah umur 29 tahun (71.04%). Pilihan jenis dadah oleh pengguna di Malaysia ialah heroin dan morfin (60.73%).

Terdapat suatu hubungan antara penyalahgunaan dadah suntikan dengan HIV/AIDS. Kira-kira 73% kes HIV di Malaysia adalah dalam kalangan masyarakat pengguna dadah suntikan.

Penyalahgunaan dadah memudaratkan individu berkenaan dan keluarga mereka dan memberi kesan langsung terhadap keharmonian sosial, undang-undang dan ketenteraman serta produktiviti ekonomi negara.

Sumber: sini