Thursday, March 03, 2011

RAWATAN HIV


JENIS RAWATAN

Rawatan Anti-Retrovirus (HAART)
Kombinasi ubat anti-retrovirus apabila digunakan dapat menekan pembiakan virus HIV di bawah paras 50 copies/ml (iaitu di bawah paras yang boleh dikesan oleh ujian HIV).

Kombinasi yang disyorkan oleh Kementerian adalah:
2 jenis Nucleoside Reversed Transcriptase Inhibitor (NRTI) + 1 Protease Inhibitor (PI) atau Non- Nucleoside Reversed Transcriptase Inhibitor (NNRTI)

Rawatan akan disyorkan kepada pesakit yang:
    
 -Mempunyai tanda-tanda AIDS
 -Paras CD4 kurang daripada 350 sel/ml
 -Viral load melebihi 30,000 copies/ ml
 -Patuh kepada jadual rawatan.

Rawatan profilaktik
Rawatan Profilaktik akan diberi untuk mencegah jangkitan-jangkitan oportunistik seperti Pneumocystis Carini Pnemonia (PCP)

      Lain-lain Perkhidmatan
Rujukan sokongan (Kesihatan dan bukan kesihatan)

Semasa dalam rawatan susulan, pesakit juga akan dirujuk kepada agensi kerajaan atau bukan kerajaan yang berkenaan untuk mendapatkan perkhidmatan sokongan.


Sumber: KKM