Wednesday, March 23, 2011

8 LAGI FAKTA ASAS TENTANG HIV DAN AIDS


1.  HIV DIPINDAHKAN MELALUI CECAIR BADAN YANG TELAH DIJANGKITI HIV.
HIV dipindahkan melalui pertukaran mana-mana cecair badan yang telah dijangkiti oleh HIV. Jangkitan boleh berlaku pada mana-mana peringkat jangkitan/penyakit. Virus HIV boleh didapati pada cecair-cecair berikut: darah, air mani (dan cecair sebelum ejakulasi), cecair faraj, dan susu ibu.

2.  HIV SELALUNYA DIJANGKITI MELALUI HUBUNGAN SEKS.
HIV selalunya dijangkiti melalui seks dengan pasangan yang positif HIV. Ini disebabkan oleh cecair yang bercampur dan virus boleh bertukar, terutama sekali apabila terdapat luka pada tisu-tisu faraj, kecederaan atau jangkitan-jangkitan yang didapati melalui seks (STI). Budak perempuan adalah lebih terdedah kepada jangkitan HIV kerana selaput membran faraj mereka lebih nipis dan lebih senang untuk dijangkiti dibandingkan dengan wanita-wanita dewasa.

3.  MEREKA YANG MEMPUNYAI JANGKITAN-JANGKITAN YANG DIDAPATI MELALUI SEKS (STI) MEMPUNYAI RISIKO YANG LEBIH TINGGI UNTUK MENDAPAT JANGKITAN HIV.
Mereka yang mempunyai STI adalah berisiko tinggi untuk dijangkiti HIV dan menjangkiti orang lain. Mereka yang mempunyai STI patut mendapatkan rawatan secepat yang mungkin dan mengelakkan hubungan seks atau mengamalkan seks selamat (seks tanpa penembusan atau seks menggunakan kondom), dan memberitahu pasangan-pasangan mereka.

4.  RISIKO TERHADAP JANGKITAN HIV MELALUI SEKS BOLEH DIKURANGKAN.
Risiko terhadap jangkitan HIV melalui seks boleh dikurangkan sekiranya mereka tidak melakukan seks, sekiranya pasangan mereka yang tidak dijangkiti hanya melakukan seks dengan satu sama lain sahaja dengan cara seks selamat – seks tanpa penembusan atau menggunakan kondom. Hanya ada satu cara sahaja untuk memastikan pencegahan HIV melalui seks ialah dengan tidak melakukan seks langsung.

5.  MEREKA YANG MENYUNTIK DIRI SENDIRI DENGAN DADAH MEMPUNYAI RISIKO YANG TINGGI DIJANGKITI DENGAN HIV.
HIV juga boleh dijangkiti apabila kulit tercedera atau dicucuk menggunakan jarum yang tidak steril picagari, pisau lipat, pisau atau lain-lain alat. Mereka yang menyuntik diri sendiri dengan dadah atau melakukan seks dengan pengguna-pengguna dadah adalah berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan HIV. Lebih-lebih lagi, penggunaan dadah mengganggu pemikiran seseorang itu dan boleh membawa kepada kelakuan seksual yang berisiko, seperti tidak menggunakan kondom.

6.  HUBUNGI PEGAWAI KESIHATAN ATAU PUSAT HIV/AIDS UNTUK MENDAPATKAN KAUNSELING DAN UJIAN.
Sesiapa yang mensyaki yang mereka mungkin telah dijangkiti HIV patut menghubungi pegawai kesihatan atau pusat HIV/AIDS untuk mendapatkan kaunseling dan ujian secara sulit. Ia adalah hak anda. (Artikel 24 daripda Konvensyen Hak-hak Asasi Kanak-kanak).

7.  HIV TIDAK BOLEH DIJANGKITI MELALUI SENTUHAN.
HIV tidak boleh dijangkiti melalui: pelukan, berjabat tangan; hubungan yang biasa setiap hari; menggunakan kolam renang, tempat duduk tandas; berkongsi kain alas katil, peralatan makanan, makanan; nyamuk dan lain-lain gigitan serangga; batuk, bersin.

8.  SEMUA ORANG BERHAK UNTUK MENDAPATKAN BELAS KASIHAN DAN SOKONGAN.
Mendiskriminasi terhadap mereka yang telah dijangkiti HIV atau sesiapa sahaja yang difikirkan mempunyai risiko untuk mendapat jangkitan telah melanggar hak-hak kemanusiaan dan juga membahayakan kesihatan umum. Semua orang yang dijangkiti dengan atau menghadapi kesan HIV dan AIDS berhak mendapatkan belas kasihan dan sokongan (Artikel 2 daripada Konvensyen Hak-hak Asasi Kanak-kanak).


Sumber: sini