Friday, March 18, 2011

ADAKAH HIV BOLEH DIJANGKITI MELALUI AIR LIUR?


Tidak seperti kepercayaan umum, HIV sebenarnya tidak boleh dijangkiti melalui air liur. Justeru itu, adalah tidak apa berkongsi straw, sudu atau gelas minuman dengan penghidap HIV. Selain itu, virus HIV juga tidak boleh hidup lama di luar badan manusia.

Tambahan pula, khabar-khabar angin yang menceritakan kononnya ada manusia jahat yang meletakkan jarum suntikan yang dicemari HIV di kerusi, gagang telefon, pemegang pintu dan sebagainya itu adalah khabar palsu (hoax) yang disebarkan untuk mencetuskan panik.

Telah diterima umum dengan jelas, bahawa HIV tidak boleh disebarkan melalui sentuhan harian biasa. Malah ahli keluarga yang banyak berkongsi peralatan peribadi dengan penghidap HIV, contohnya pinggan mangkuk, pisau pencukur, mahupun berus gigi, tidak dijangkiti.

Jangkitan HIV diperolehi melalui hubungan seksual, pendedahan terhadap produk darah yang tidak disaring, penggunaan dadah, serta dalam kalangan pekerja kesihatan melalui peralatan tajam yang tercemar.

Anak kecil pula dijangkiti HIV melalui uterus/rahim ibu, ketika proses kelahiran. Manakala jangkitan melalui jalan-jalan selain di atas adalah sangat jarang.

Di dalam air liur penghidap hiv, virus hiv sukar untuk diasingkan dan berada dalam kuantiti yang teramat rendah.

Mungkin atas sebab itulah, pekerja pergigian (doktor gigi dsb) mempunyai risiko yang sangat rendah untuk dijangkiti HIV ketika menjalankan tugas.

Di Amerika Syarikat, tidak banyak laporan kes yang didokumentasi membabitkan penyebaran HIV daripada pesakit kepada pekerja pergigian, cuma 7 kes sahaja melalui kecederaan pada ruang mulut.

Dalam sebuah kajian, 1309 pekerja pergigian yang tidak mempunyai faktor jangkitan HIV yang lain, tetapi pernah merawat ramai pesakit yang menghidap AIDS atau berkemungkinan mempunyai jangkitan HIV, hanya seorang doktor gigi yang diuji HIV positif.

Dalam sebuah kajian jangkamasa panjang melibatkan pekerja kesihatan yang banyak bergaul dengan pesakit HIV, tidak ada seorangpun daripada 63 individu yang terdedah dengan air liur pesakit HIV positif setiap hari,  ada tanda-tanda dijangkiti HIV.

Malahan individu yang digigit oleh pesakit HIV juga didapati mempunyai risiko yang rendah – hanya empat kes yang didapati, yang mana tidak disahkan secara epidemiologi melalui RNA Subtyping.

Daripada lapan kanak-kanak bebas HIV yang digigit rakan sepermainan yang HIV positif, serta daripada 38 pekerja kesihatan yang digigit pesakit AIDS, tidak ada seorang pun yang dijangkiti meskipun diperiksa berulang kali dalam tempoh yang panjang.

Tambahan pula, dua jururawat yang melakukan pernafasan mulut-ke-mulut terhadap seorang pesakit AIDS, tidak dijangkiti HIV setelah diperiksa dalam tempoh yang panjang.

kesimpulannya, walaupun terdapat spekulasi mengenai jangkitan HIV melalui air liur yang mungkin berlaku, bukti-bukti yang ada tidak menyokong dakwaan ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai HIV dan penyebarannya, anda boleh melayari laman web berbahasa Inggeris milik Pusat Kawalan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat, di sini:



Sumber: sini

13 comments:

  1. "Tambahan pula, khabar-khabar angin yang menceritakan kononnya ada manusia jahat yang meletakkan jarum suntikan yang dicemari HIV di kerusi, gagang telefon, pemegang pintu dan sebagainya itu adalah khabar palsu (hoax) yang disebarkan untuk mencetuskan panik."
    saya pernah terbaca ttg ini few years back. tapi yg saya baca tu dia sepah2kan jarum suntikan tu di tepi2 pantai & kerusi2 di panggung wayang.

    ReplyDelete
  2. Nak tanye kuantiti darah yg boleh meneyebabkan jangkitan ialah berape ye..adakah setitik sudah memadai ubtuk jangkita..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. soalan mcm ni pun ada..

      kalau sebanyak 0.000005 ml virus tetap ada sebab virus itu amat seni

      Delete
    2. jawapan mcm ni pun ada...

      Delete
  3. salam..nk tanya..bolehka hiv berjangkit melalaui aktiviti melancap atau menhisap..contohnya..jika perempuan itu positif hiv..dan melakukan aktiviti spt melancap n mhisap..dengan seseorang lelaki yg xda hiv...adakah lelaki itu berisiko untuk menhidapi hiv????terima kasih

    ReplyDelete
  4. salam..nk tanya..bolehka hiv berjangkit melalaui aktiviti melancap atau menhisap..contohnya..jika perempuan itu positif hiv..dan melakukan aktiviti spt melancap n mhisap..dengan seseorang lelaki yg xda hiv...adakah lelaki itu berisiko untuk menhidapi hiv????terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau rasa awak berisiko sila buat ujian darah.
      Jgn lengah lagi , cepat tau.

      Delete
  5. Salam... Kalau air liur pesakit HIV terkena luka orang lain bagaimana?

    ReplyDelete
  6. Salam... Kalau air liur pesakit HIV terkena luka orang lain bagaimana?

    ReplyDelete
  7. Salam nak tnye selepas melakukan seks bebas dengan memakai kondom lpastu kita basuh kemaluan kita dgn sabun adakah tidak akan di jangkiti hiv...mohon penjelasan???

    ReplyDelete
  8. Salam nk tnye skit.. sy ada mnjga ODHA sewaktu sy mngemas njis beliau.. tercalit sdikit njis tersebut di lengan. njis itu sdah bertukar warna hitam... tetap sewaktu twrclit njis tu dh pun terdedah udara..dn sy lap pkai tisu basah sera merta... adakah bole brjgkit... dan luka bagaimana ye bole mnyebabkn jgkitan... st lg... sy bsoh bj beliau pkai tangan.. tp sy ada pkai glove... mengikut ktrgn.. cecair ODHA kumannye akan mati jika terdedah udara... dn tidak ble hidup atas air... cm yg sy nk tau.. ms sy membsoh.. bhgian kaki sy terdedah.. ada kmgkinan tak berlaku jgkitan jk ada kudis sdgkn kt sdia maklum kumn pd cecaur tu sdah mati.. sy risau dh keliru.. tolong huraikn..tme kase

    ReplyDelete
  9. Belum pernah terjumpa fakta terkena najis odha jangkit hiv... dalam soalan awk tu dah ada jwpn.

    ReplyDelete

Sila berikan pandangan positif anda dan semoga segala perkongsian maklumat akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.