Thursday, March 31, 2011

BEZA ANTARA DERITA KITA DAN DERITA MEREKA. (JAUHI DISKRIMINASI DAN STIGMA BERGANDA TERHADAP PEMBAWA HIV)


KUALA LUMPUR, 2 Jun 2007 – Pengguna-pengguna dadah yang menyuntik merupakan penyumbang yang tertinggi kepada penyebaran HIV dan AIDS di Malaysia. Dan di negara ini, seperti lain-lain masyarakat di seluruh dunia, mereka juga terpaksa menghadapi stigma berganda.

Disisihkan oleh masyarakat sebagai penagih atau penjenayah, pengguna-pengguna dadah dan anak-anak mereka sekali lagi dipinggirkan disebabkan oleh HIV, seringkali oleh keluarga mereka sendiri. Dengan hanya beberapa pilihan yang terhad, mereka ditinggalkan untuk menghadapi penyakit mereka seorang diri.

Shah, seorang bekas penagih dadah kini menerajui usaha-usaha untuk mencapai  penagih-penagih dadah, percaya bahawa ini merupakan masa untuk mengubahnya. Shah kini bekerja di IKHLAS, iaitu sebuah pusat persinggahan komuniti yang melaksanakan program temuseru untuk pengguna-pengguna dadah yang tidak mempunyai tempat tinggal di Kuala Lumpur.

Shah bimbang sekiranya masyarakat menyisihkan penagih-penagih yang telah dijangkiti HIV, lebih berat kesannya kepada kanak-kanak.

“Saya rasa kanak-kanak yang akan lebih menderita di dalam kedua-dua persamaan di antara HIV dan dadah,” katanya. “Mereka lihat ibu dan bapa mereka menderita dan kemudiannya meninggal dunia. Adalah penting bagi kita untuk memberi sokongan kepada kanak-kanak dengan memberi sokongan kepada ibu dan bapa mereka, agar kanak-kanak tersebut boleh membesar dengan kehadiran ibu dan bapa mereka dan juga agar mereka mendapat kehidupan yang normal.”

SEBUAH KELUARGA YANG MENGHADAPI HIV

Pengalaman yang dilalui oleh Suhaimi – seorang bapa tunggal di Malaysia yang kini hidup dengan HIV – membuktikan kata-kata Shah.

Baru-baru ini, Suhaimi telah mengepam tayar basikal manakala Rosyam, 12, anak lelakinya mengetatkan tayar basikal tersebut dengan menggunakan sepana. Selepas memicit tayar tersebut untuk memastikan tekanan udara yang mencukupi, Suhaimi menganggukkan kepalanya kepada Rosyam untuk mencuba menunggangnya. Rosyam mengangkat basikal tersebut, kemudian duduk di atas tempat duduk dan mula mengayuhnya di dalam bulatan, diperhatikan oleh adik tiri perempuannya dan dua orang adik tiri lelakinya.

Mereka semua merupakan ahli-ahli keluarga yang telah bersatu disebabkan oleh HIV dan sedang menghadapi tragedi yang baru sahaja melanda. Isteri Suhaimi yang HIV positif, Ina, telah meninggal dunia disebabkan oleh kanser awal tahun ini, meninggalkan Suhaimi sebagai satu-satunya penjaga kepada anak lelakinya dan tiga orang anak Ina, termasuklah seorang yang kini hidup dengan HIV.

“Saya bapa kepada mereka. Saya juga ibu kepada mereka,” kata Suhaimi. “Bukan senang untuk melakukan kerja ini. Pada waktu pagi, saya perlu sediakan sarapan mereka, kemudian saya perlu pergi kerja. Saya amat risau terutama sekali terhadap anak perempuan saya.”

TABIAT PENAGIHAN DADAH YANG MEMUSNAHKAN

Ina merupakan isteri kedua kepada Suhaimi; mereka bertemu pada tahun 2004. Dia mendapat tahu tentang status HIV positifnya hanya setelah kematian isteri pertamanya pada tahun 2002.

Pada masa yang sama, Suhaimi juga telah mula menagih heroin. Dia berkemungkinan besar telah dijangkiti virus AIDS melalui perkongsian jarum suntikan. Lama sebelum isteri pertamanya meninggal dunia, tabiat penagihan dadahnya telah memusnahkan keluarganya.

“Ketika saya mengambil dadah, kami memang sebuah keluarga tetapi ia tidak lengkap,” dia kembali mengingati. “Kasih sayang itu tidak ada. Saya tidak melaksanakan tanggungjawab saya untuk memenuhi keperluan-keperluan asas anak saya. Boleh tak anda bayangkan, anak lelaki saya sedang duduk di hadapan saya dan di hadapan anak saya, saya sedang menyuntik dadah?”

PERSEKITARAN YANG POSITIF UNTUK KANAK-KANAK

Suhaimi berharap agar pengalamannya yang menghadapi kesusahan dan kepayahan ini dapat membantu orang-orang lain yang berada di dalam situasi yang sama. Dia kini bekerja untuk “Positive Living”, satu jaringan untuk mereka yang hidup dengan HIV dan AIDS di Malaysia.

Di situlah dia bertemu dengan Ina, seorang ibu tunggal yang sedang menghadapi penyakitnya. Ina telah dibuang oleh saudara-maranya dan dia tidak mempunyai tempat untuk tinggal.

Suhaimi berkata bahawa Ina sangat berharap agar anak-anaknya dapat membesar di dalam persekitaran keluarga yang positif. Namun tanpa kehadirannya, keinginan Ina akan dipenuhi oleh Suhaimi.

“Saya sendiri tidak mengharapkan perkara-perkara yang besar untuk anak-anak saya,” katanya. “Keinginan saya adalah agar mereka dapat menjadi orang yang berguna. Jangan jadi macam saya. Saya mahu berikan mereka pendidikan yang bagus, agar mereka tidak mensia-siakan kehidupan mereka seperti saya. Tidak semestinya anda mesti kaya. Perkara yang paling penting adalah mempunyai keluarga yang bahagia.”

Nama-nama di atas telah diubah untuk melindungi identiti-identiti mereka yang telah dipaparkan di dalam artikel ini.


Sumber: sini