Saturday, March 05, 2011

BEZA ANTARA RAWATAN COMPLEMENTARY, ALTERNATIVE & SUPPLEMENT FOOD UNTUK PEMBAWA HIV!


Berat tajuk ni sebenarnya dan aku bukan pakar. Semua maklumat yang bakal aku kongsikan cuma basic dan berdasar pemahaman peribadi semata-mata.
RAWATAN ALTERNATIVE
Sebahagian daripada pembawa HIV menolak rawatan secara klinikal dan memilih rawatan lain atas sebab-sebab tertentu. Mungkin kerana bimbang mereka menjadi sebahagian daripada statistic KKM, bimbang rahsia kesihatan mereka diketahui majikan, keluarga atau kenalan, takutkan kesan sampingan HAART dan sebagainya.
Rawatan sebegini dinamakan rawatan alternative. Ada banyak pihak yang menawarkan rawatan alternative dengan pelbagai kaedah seperti tradisional, herba, homeopathy, Islamic dan gabungan kesemuanya. Sila google sendiri untuk maklumat lanjut.
Mudah cerita, jika memilih rawatan lain selain hospital ianya adalah alternative.

Banyak pihak di seluruh dunia dikatakan mula menunjukkan minat yang tinggi terhadap rawatan sebegini untuk merawat apa juga jenis penyakit dan kaedahnya semakin maju.  
Biasanya rawatan begini tidak menimbulkan kesan sampingan yang ketara, bersifat sementara dan tetapi tidak dapat dijustifikasikan jika dilakukan tanpa ujian CD4/CD8 dan Viral Load secara berkala.
RAWATAN COMPLEMENTARY
Menggunakan kaedah yang sama tetapi masih mendapatkan rawatan secara klinikal.

Mudah cerita, kaedah gabungan antara rawatan alternative dan klinikal adalah rawatan complementary.
Kelemahannya ialah meningkatkan kos rawatan yang mungkin tidak perlu dan sukar dibezakan keberkesanan sesuatu rawatan sama ada disebabkan oleh rawatan klinikal dan rawatan complementary tersebut.

Sila klik beberapa link yang aku sertakan di ruangan 'Link Pilihan' di sebelah kanan blog ini untuk maklumat lanjut.

SUPPLEMENT FOOD
Disebabkan oleh daya imunisasi badan pembawa virus HIV adalah lemah, memang digalakkan mereka mengambil pelbagai supplement food sendiri jika berkemampuan.
Terdapat berbagai-bagai produk supplement food di pasaran tetapi sebaik-baiknya dapatkanlah nasihat doctor anda terlebih dahulu. Sesetengah produk mendakwa mereka mampu mengubati HIV tetapi dakwaan tersebut sukar dibuktikan.

Walau bagaimanapun dengan doa dan penjagaan kesihatan yang baik, tidak mustahil perkara tersebut boleh berlaku. Setidak-tidaknya daya imunisasi badan dapat dipertingkatkan untuk menentang virus.
Ada beberapa jenis supplement food yang sedang aku gunakan seperti produk 4Life dan Gamat Emas (aku tak bermaksud nak recommend ya, tapi kalau pengeluar nak sponsor apa salahnya. Nanti aku boleh promosi percuma kat blog! Haha…).
Aku juga berminat dengan supplement food yang dikongsi oleh blogger ini http://hiv-free.blogspot.com/ cuma aku memerlukan sedikit masa untuk mengumpul maklumat lanjut yang berkaitan. Kalau dah ada terjual dalam kapsul atau pack kan mudah! (Ada sesiapa yang berpengalaman dan sudi berkongsi maklumat? Aku sangat alu-alukan)
PENDIRIAN AKU
Terpulanglah pada pilihan dan keyakinan masing-masing, cuma secara peribadi aku lebih bersetuju dengan rawatan complementary dan supplement food. Aku lebih yakin jika  sesuatu rawatan dapat dijustifikasikan dengan ujian darah.
Keyakinan sangat penting untuk berfikiran positif. Aku bimbang jika hanya memilih rawatan alternative, suatu hari segala-galanya telah terlewat. Aku mempunyai beberapa maklumat tentang kes seperti itu.
Apa-apa pun aku menghormati pendirian masing-masing namun berhati-hatilah dengan golongan yang suka mengambil kesempatan terhadap kesakitan orang lain. Nampak macam caring dan concern tetapi sebenarnya sibuk berniaga, menjual pelbagai barangan produk kesihatan.    

AHP: Janganlah panic sangat. HIV cuma virus dan sama saja dengan penyakit-penyakit kronik yang lain. Penyakit-penyakit kronik memang terdedah kepada komplikasi dan tiada vaksin kecuali kawalan. Ianya umpama kita terdedah kepada wabak. Manalah kita tahu soal ajal maut kita. Orang sihat pun mati bro...
Yang kecoh sangat sekarang Ini ialah disebabkan stigma dan judgemental.
Seperkara lagi ialah HIV/ AIDS sebenarnya dapat dibendung jika kita mengamalkan budaya hidup sihat. Tapi amalkanlah apa budaya pun, kalau Allah nak uji, tiada siapa dapat menghalang.
Global warming pun dikatakan salah satu punca kepada segala macam jangkitan dan virus baru. Kenaikan 1 celcius suhu dunia mungkin tidak berapa memberi kesan kepada kita tetapi bayangkan apa akan berlaku pada sel dan virus yang seni. Sebab tu banyak penyakit-penyakit pelik sekarang ni.

Masa aku kecil-kecil dulu, selalu benar aku main di kepuk padi di rumahku. Di situ memang tempat tikus beranak pinak. Tak pernah dengar pun penyakit kencing tikus!
Lagipun tengoklah apa yang kita sedut, minum, makan dan telan sekarang ni. Semuanya segera dan bercampur bahan-bahan kimia…