Friday, March 04, 2011

SELAGI DINAMAKAN MANUSIA… (NO SMOKING)

Situasi 1.
Suatu petang, aku hang out bersama anak sulongku di sebuah restoran mamak berhampiran hospital. Small talk, men’s talk termasuk soal pembelajarannya. Tidak lama kemudian masuk seorang lelaki India yang cukup aku kenal. Lelaki tersebutlah antara doctor yang merawatku semasa di wad tempohari.
Aku cuma memerhatikan lagak beliau kerana beliau tidak mengenaliku. Dengan tenang beliau duduk, cukup santai sambil ditemani segelas teh tarik. Barangkali beliau baru pulang dari kerja dan sangat kepenatan.  Tidak lama kemudian, beliau mengeluarkan sekotak rokok jenama Sempoerna A (menthol) dan menikmatinya dengan cukup ‘bergaya’.
Pantas memoriku berlari ke satu peristiwa. Sambil merenung  X-ray film, doctor tersebut bertanya dalam pelat India,
“Encik merokok?”
”Pernah merokok, ” jawabku ringkas.
“Setakat ini paru-paru encik tak ada apa-apa masalah. Jangan merokok ya, bahaya untuk kesihatan”  
“Terima kasih,” ucapku sebagai tanda menghargai nasihat yang berguna.
Rokok pertama, aku masih memahami. Rokok kedua, aku dan anakku mula tersengih dan bila menyalakan rokok yang ketiga kami mula ketawa besar. Amboi…, 3 batang rokok sekaligus, mesti dah teruk menahan gian!

Situasi 2.
Aku berbual-bual kosong dengan seorang doctor, pemilik klinik swasta yang juga merupakan kenalan sementara menunggu pekerjanya membuka klinik kira-kira 10 tahun yang lalu.
Sambil berbual, doctor tersebut mengeluarkan sebatang rokok apabila melihat aku sedang merokok. (Sebenarnya aku dalam keadaan serba salah ketika itu kerana beliau datang berbual ketika aku sedang merokok). Beliau menyalakannya dan menyedutnya  dalam-dalam dengan penuh perasaan. Gaya doctor tersebut merokok kelihatan agak ‘ganas’ dan ‘agresif’
Barangkali kerana beliau perasan aku memandangnya dengan sedikit hairan, doctor tersebut tiba-tiba berkata,
“System badan kita mampu menerimanya. Asap dan debu memang kita sedut sepanjang masa sama ada kita sedar atau tidak termasuk bakteria.”
Aku pun apa lagi, lagilah galak merokok dengan selesanya. Hahaha…  

Begitulah lumrah kehidupan. Doctor cuma manusia biasa seperti orang lain. Kita bukannya maksum seperti nabi.

Ada juga doctor yang kaki minum, homosexual atau bisexual, mengamalkan seks bebas, pengedar ubat batuk, methadone, pil-pil khayal, mencabul, menggugurkan bayi secara haram dan sebagainya.  
Jadi, siapalah kita untuk menghukum pembawa virus HIV atas kesilapan lampau. Sejarah tak mungkin dapat diubah. Perjalanan dan tekanan hidup kita berbeza-beza.
Kebanyakan mereka tidak berpelajaran tinggi dan kalau berpelajaran tinggi pun tidak semestinya mahir di bidang perubatan. Hebat di bidang perubatan pun tidak semestinya bebas HIV atau takkan mati-mati! Sesungguhnya Allah Maha menentukan segala-galanya.
Penyakit tidak semestinya satu kifarah dalam semua keadaan. Kalau kifarah, apakah dosanya bayi-bayi yang dijangkiti? Apa yang pasti ianya memang satu ujian sebagai tanda Allah sayangkan kita. Bukalah hati, bukalah minda.
Usah dihukum mereka atas kesilapan lampau tetapi bimbinglah mereka memperbaiki diri dan mendapatkan rawatan wajar.

AHP : Aku berpendapat, merokok memang haram. Semua orang tahu, rokok sekarang bukan lagi semata-mata sekadar tembakau tetapi gudang segala masalah. Ada agenda yahudi di sebaliknya. Jika tetap nak merokok, terpulanglah. Aku tak campur. Aku dah penat hidup bodoh kerana rokok.