Rupa-rupanya entry aku yang ini mendapat beberapa bantahan dan teguran melalui emel daripada kalangan rakan-rakan pembawa HIV sendiri. Maaf ya jika ada yang tersinggung. Ada betulnya segala teguran tersebut. Jutaan terima kasih aku ucapkan. Memang aku mengalu-alukan teguran.
Tapi kawan-kawan pembawa HIV sendiri pun janganlah sensitif sangat. Jangan marah-marah, kita ni dahlah sakit, kalau marah nanti kurang macho!
Tak... aku tak bantah kalau nak kahwin. Kahwinlah. Kan aku dah cakap, kalau sanggup dilambung ombak, yakin dan nekad dengan keputusan, kahwinlah. Fahami betul-betul penyakit HIV, ambil langkah-langkah keselamatan dan jangan menyesal di kemudian hari. Jangan mula-mula sahaja semangat lebih, lepas itu asyik termenung menyalahkan nasib.
Kan aku cakap, kahwin aku sokong, tak jadi kahwin aku faham. Apa situasi pun, aku tetap menyokong dan memahami suka duka pembawa HIV.
Selain itu, besar bezanya antara mahu berkahwin sesama pembawa HIV dengan mahu berkahwin tetapi salah seorang masih bebas HIV.
Pendapat aku juga terkecuali kepada pasangan yang HIV yang telah pun berkahwin atau setelah berkahwin barulah salah seorang daripada mereka didiagnos HIV positif.
Pendapat aku juga terkecuali kepada pasangan yang HIV yang telah pun berkahwin atau setelah berkahwin barulah salah seorang daripada mereka didiagnos HIV positif.
Kalau sesama pasangan pembawa HIV masih boleh timbul macam-macam tekanan dan masalah akibat gangguan kesihatan, apatah lagi jika berkahwin dengan pasangan yang bebas HIV.
Pasangan biasa yang baru berkahwin mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri antara satu sama lain, inikan pula dengan kita yang dikatakan membawa penyakit maut. Kadang-kadang kita sendiri tak tertahan dengan macam-macam tekanan, inikan pula orang lain.
Aku ni nampak sahaja macam 'kuat' tetapi ada masanya down juga. Kadang-kadang terasa nak meraung pun ada! haha...
Kebimbangan aku ialah bukan sahaja terhadap risiko jangkitan kepada pasangan dan zuriat serta macam-macam tekanan, tetapi juga kepada kebajikan para pembawa virus HIV.
Ikutkan cinta, ke lautan api pun sanggup. Hari-hari telan duri pun ok! Bayangkan, mentang-mentanglah kita sakit, segala kesalahan dan mala petaka akan diletakkan di bahu kita. Kalau terjadi apa-apa kepada pasangan dan anak-anak, kita sajalah yang dikatakan punca. Kalau bukan pasangan yang menyalahkan kita, mungkin ahli keluarga, diskriminasi masyarakat dan sebagainya.
Aku risau tentang trauma psikologi terhadap pembawa HIV andai kata akhirnya mereka ditinggalkan selepas berumahtangga akibat virus ini. Adakah kita mampu? Bukankah lebih malang dan menderitanya?
Aku pernah saksikan isteri pembawa HIV menghalang beliau berjumpa anak mereka hingga ke hujung nyawa. Dahlah sakit, kemudian disakiti pula oleh orang yang dulunya kononnya sanggup sehidup semati. Sanggup? Jangan cakap besar, bro…
Ok, clear? Itu pun kalau nak kahwin juga, kahwinlah. Aku doakan semoga berbahagia. Aku sekadar mengingatkan...
PEACE!
AHP: Barangkali benar bahawa cinta itu memang buta.