Sebagai perkongsian untuk semua pembawa HIV positif, ahli keluarga mereka dan renungan bersama. against stigma, judgmental, negative thinking, discrimination and malpractice!
Tuesday, March 01, 2011
TIPS MENJAGA ORANG YANG SAKIT
Mereka yang menjaga orang yang sakit adalah orang yang beruntung kerana mereka dipilih oleh Allah SWT untuk menghadapi ujian kesabaran. Begitu juga dengan pesakit itu sendiri. Fizikal dan mental mereka diuji Allah dan mungkin kesakitan yang mereka hadapi ini adalah kafarah, menghapuskan dosa dan meningkatkan darjat di sisi Allah hasil daripada kesabaran terhadap penyakit atau ujian yang ditimpakan.
Sebahagian daripada tips menjaga orang sakit ialah:
1. UBAH MINDSET. Kita harus yakin bahawa semua penyakit bukanlah sebagai musibah ke atas pesakit. Sebagai seorang practicing muslim ,sebaik-baiknya kita banyakkan berdoa moga-moga penyakit yang ditimpakan kepada pesakit adalah kafarah dari Allah SWT.
2. Selain itu ,kita juga perlu percaya dan turut meyakinkan pesakit bahawa SETIAP PENYAKIT PASTI ADA UBAT. Sabda Rasulullah SAW dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Dawud:"Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua"
Ini memberi maksud bahawa usaha mencari penawar kepada sesuatu penyakit perlu diteruskan dan pesakit tidak boleh berputus asa dengan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah SWT terhadapnya.
3. Tanggungjawab menjaga pesakit bukanlah suatu tugas yang mudah. Maka, banyakkan BERDOA agar Allah SWT kembalikan nikmat kesihatan kepada pesakit dan moga-moga Allah kurniakan kita kekuatan dan kesabaran yang berterusan sepanjang menjaga kebajikan mereka.
4. BERSIHKAN HATI, PERKUKUHKAN AMALAN. Hanya dengan mengingati Allah hati ini akan menjadi gembira dan ikhlas dalam memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
5. Sekali sekala, TUKAR ENVIRONMENT demi menceriakan pesakit. Tempatkan mereka di bilik yang mempunyai pengudaraan dan pencahayaan yang baik (eg: buka tingkap, selak langsir). Jika pesakit sukakan pokok-pokok dan bunga, hiasi bilik dengan pokok atau bunga yang menjadi kegemarannya. Anda juga boleh memakaikan mereka dengan pakaian kegemaran atau lain-lain accessories yang boleh membantu meningkatkan mood dan suasana sekeliling yang suram.
5. SENYUM DENGAN IKHLAS. No need to elaborate more; it truly helps. Tidak ada sesiapa mahu melihat rupa kita yang masam mencuka bukan?
6. BUAT LAWAK. Sejujurnya saya berpendapat bahawa untuk membuat lawak kepada pesakit adalah amat sukar apatah lagi jika pesakit tengah down, marah, stress dan lain-lain. (AHP: Aku berpendapat perkataan 'buat lawak' lebih sesuai ditukar kepada 'menyenangkan hati pesakit' seperti menjaga amanahnya supaya kita mendirikan solat, menutup aurat, hidup harmoni, menjaga sopan santun dsbnya)
7. Cari dan SELONGKAR BARANGAN LAMA (eg: gambar, peralatan) dan tunjukkan kepada pesakit. Remind them all the good memories and cherish them .
8. SENTUHAN. Sentuh dan belailah pesakit dengan penuh kasih sayang. Di kala ini emosi mereka mungkin amat lemah, maka sokongan dan perhatian anda amat-amat diperlukan. Sungguh, sentuhan dan belaian anda mampu untuk menenang dan memberi semangat kepada para pesakit, inshaAllah. Just don’t be shy to do it.
Sumber dengan sedikit suntingan: sini