Wednesday, March 16, 2011

BAGAIMANAKAH WANITA HAMIL DAPAT MELINDUNGI DIRI DAN KANDUNGAN MEREKA DARIPADA DIJANGKITI HIV?


Cara yang paling pasti untuk mengelakkan pemindahan dan jangkitan Penyakit Kelamin, adalah dengan tidak melakukan hubungan seksual, atau berada di dalam hubungan monogamous (hanya satu pasangan) dengan pasangan yang telah disahkan secara klinikal tidak dijangkiti penyakit kelamin.

Penyakit Herpes Kelamin boleh berlaku kepada kedua-dua lelaki dan wanita di kawasan kelamin yang dilindungi oleh kondom, juga di kawasan yang tidak dilindungi kondom.

Menggunakan kondom getah dengan cara yang betul,  dan pada setiap sesi hubungan kelamin boleh mengurangkan risiko jangkitan HIV, iaitu virus yang mengakibatkan penyakit AIDS.

Penggunaan kondom getah dengan cara yang betul,  dan pada setiap sesi hubungan kelamin juga boleh mengurangkan risiko dijangkiti penyakit kelamin yang lain seperti gonorrhea, chlamydia, dan trichomoniasis.

Penyakit Kelamin seperti Herpes, Ketuat kelamin dan jangkitan virus human papillomavirus (HPV) boleh berlaku kepada kedua-dua lelaki dan wanita di kawasan kelamin yang dilindungi oleh kondom, juga di kawasan yang tidak dilindungi kondom.

Menggunakan kondom getah dengan cara yang betul dan pada setiap sesi hubungan kelamin hanya boleh mengurangkan risiko jangkitan. Oleh kerana kondom getah mungkin tidak dapat melindungi sepenuhnya kawasan yang  dijangkiti walaupun digunakan dengan cara yang betul, ianya tidak menjamin bahawa jangkitan tidak akan berlaku.

Sekiranya wanita hamil mengesyaki dirinya telah dijangkiti penyakit kelamin, sila berjumpa doktor anda dengan segera sebelum komplikasi buruk berlaku.


Sumber: sini