Beberapa orang pembaca wanita menghantar emel untuk meminta pandanganku. Mereka dalam dilemma sama ada mahu meneruskan hubungan bersama teman lelaki atau tunang yang telah didiagnos sebagai pembawa virus HIV.
Secara jujurnya aku tidak begitu setuju jika mereka mahu meneruskan hasrat untuk mendirikan rumahtangga dengan pembawa HIV tetapi tidak adil aku bersikap memihak.
Ada yang positif dengan pandanganku dan ada yang kontra. Maklumlah perkara tersebut soal hati dan emosi. Tak mengapa, aku faham. Biasalah tu…Terpulanglah kepada pilihan masing-masing.
Aku pun tidak pernah menganggap pendapatku sahaja yang betul. Lagipun aku bukan Tuhan, bukan kaunselor. Lain orang, lain pendiriannya tetapi kalau sampai menganggap aku bersikap kejam, rasanya tak berapa tepat. Jangan lupa, aku pun seorang pembawa virus HIV.
Ada yang positif dengan pandanganku dan ada yang kontra. Maklumlah perkara tersebut soal hati dan emosi. Tak mengapa, aku faham. Biasalah tu…Terpulanglah kepada pilihan masing-masing.
Aku pun tidak pernah menganggap pendapatku sahaja yang betul. Lagipun aku bukan Tuhan, bukan kaunselor. Lain orang, lain pendiriannya tetapi kalau sampai menganggap aku bersikap kejam, rasanya tak berapa tepat. Jangan lupa, aku pun seorang pembawa virus HIV.
Cabaran untuk berkahwin dengan pembawa HIV bukanlah mudah, lebih baik berfikir dengan mendalam sebelum mengambil keputusan. Bukan aku tak memahami tetapi aku perlu jujur memberikan pandangan.
Sebagai pembawa HIV sepatutnya kami perlulah berkorban dan berdikari. Janganlah merayu pasangan dan terlalu mengikut kata hati.
Sebagai pembawa HIV sepatutnya kami perlulah berkorban dan berdikari. Janganlah merayu pasangan dan terlalu mengikut kata hati.
Sebagai renungan, aku copy dan paste kan di sini salah satu jawapanku terhadap persoalan mereka untuk renungan bersama. Maaf, aku tak dapat berkongsi soalan. Private & Confidential. Itu amanah mereka.
Assalamualaikum,
Terima kasih berkunjung ke blog saya dan atas doa serta sokongan. Semoga blog ini ada manafaatnya kepada kita semua.
Sebenarnya saya baru sahaja memberi pandangan terhadap isu yang hampir sama kepada seorang lagi pengunjung blog ini.
Memang berat tekanan saudari tetapi Allah Maha Mengetahui atas segala-galanya. Sudah tentu ada hikmah-Nya. Tahniah kerana sangat prihatin dan berhati mulia.
Perlu diingatkan, saya cuma mampu memberi pandangan. Keputusan muktamad dan hak mutlak membuat keputusan di tangan saudari. Saya juga yakin saudari mempunyai banyak maklumat dan sumber berkaitan HIV kerana saudari seorang professional di bidang perubatan.
Cuma barangkali saudari mahukan pandangan mengikut perspektif pembawa virus sendiri. Walaupun sebagai HIV postif, setiap individu berbeza rasional dan prinsip diri.
Bila berkait soal cinta, ianya penuh emosi tetapi saya terpaksa bercakap atas fakta. Jika saudari mahu meneruskan hajat hidup bersama tunang, buat solat istikharah dulu. Seelok-eloknya buat banyak kali.
Berkahwin dengan seorang HIV postif bukanlah mudah tetapi bukan bermakna tidak boleh. Jika saudari telah nekad, biarlah betul-betul ikhlas dan sanggup dilambung ombak. Ramai pasangan yg berbahagia dan tetapi lebih ramai yang menderita akibat mengambil
keputusan mengikut perasaan. Nak teruskan saya sokong, tak nak teruskan pun saya faham.
keputusan mengikut perasaan. Nak teruskan saya sokong, tak nak teruskan pun saya faham.
Kenapa? Sebab cabarannya bukan sedikit. Sebagai HIV positif saya tidak berhak mengheret orang lain (terutama insan yang saya cinta) dalam masalah saya. Saya perlu berkorban, terima hakikat dan berdikari menempuh ujian Allah ini. Kesedaran mesti daripada dalam diri pesakit sendiri.
Saya pernah ceritakan bahawa, ketika mula-mula didiagnos sebagai HIV positif, saya memberi peluang kepada isteri-isteri saya berfikir sama ada mahu meneruskan hidup bersama saya atau sebaliknya. Bunyinya sangat kejam dan melampau tetapi itu hak mereka yang perlu saya jelaskan.
Berbeza jika saudari dan pasangan telah berkahwin, pandangan saya tentu agak berbeza. Sebagai contoh saya sendiri, sudah berkahwin selama hampir 21 tahun. Masing-masing telah teruji dgn pelbagai cabaran, dapat menerima kekuatan dan kelemahan masing-masing. Untuk mencapai tahap matang dalam sesuatu hubungan memerlukan masa yang lama dan tidak mudah.
Ujian bukan sekadar dalam bentuk stigma, judgemental dan tentangan keluarga tetapi risiko kesihatan saudari dan bayi suatu ketika nanti. Walaupun boleh mengambil mengamalkan sex selamat, adakah kita pasti ianya betul-betul selamat? –sila rujuk entries lama saya berkaitan isu ini. Apatah lagi kepada pasangan muda yang sangat aktif dan masih di peringkat penerokaan terhadap aktiviti seks.
Perlu diingatkan juga, pihak Jabatan Agama akan meminta pasangan membuat ujian saringan HIV sebelum berkahwin. (Namun begitu, pasangan masih boleh berkahwin selepas mendapat kaunseling).
Tekanan kewangan juga sangat tinggi. Sebagai pembawa HIV, imunisasi badan adalah rendah. Saya sendiri berbelanja antara 5-6 ratus setiap bulan untuk membeli supplement food (walaupun tidak semestinya beli), tidak termasuk kos ulang alik dan tekanan mendapatkan rawatan.
Jika sekarang kita rasa mampu menghadapi segala-galanya tetapi situasinya sangat berbeza di alam reality. Banyak lagi tekanan yang tidak terucap dengan kata-kata.
Kasih dan sayang terhadap pasangan bukan sahaja dalam bentuk meneruskan hajat untuk berkahwin tetapi juga dalam bentuk sokongan moral sebagai sahabat. Cinta tidak semestinya bersatu. Pedih memang pedih tetapi saudari ada hak dan kami perlu faham kepentingan org lain. Hidup mesti diteruskan.
Saya cadangkan saudari buat perbandingan sebelum membuat kputusan muktamad. Senaraikan perkara-perkara positif/ negatif jika hajat berkahwin diteruskan dan positif/negatif jika dibatalkan.
Contoh:
JIKA PERKAHWINAN DITERUSKAN.
Kesan positif
-Tidak rasa bersalah.
-Membuktikan kesucian cinta.
-Pengorbanan
-Kebajikan tunang
-etc
Kesan negatif
-Halangan keluarga,
-Emosi beliau yang mungkin tidak stabil.
-Tekanan memaklumkan maklumat kepada Pihak Jabatan Agama.
-Risiko kesihatan bakal suami.
-Risiko jangkitan terhadap kesihatan diri.
-Risiko tidak berpeluang memiliki anak.
-Anak-anak terdedah jangkitan.
-Beban kewangan.
-Berdepan dengan pelbagai tekanan.
-Tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya untuk membina masa depan.
-etc
Seterusnya saudari buat pula senarai perbandingan JIKA TIDAK MENERUSKAN HAJAT BERKAHWIN. Dari situ, saudari dapat membuat pilihan yang terbaik.
Saya doakan saudari dapat membuat pilihan yang tepat. Kekeliruan cuma sebelum kita membuat sesuatu keputusan. Selepas kita mengambil keputusan dan nekad, segala-galanya akan jadi lebih jelas.
Maafkan saya kerana tidak boleh mencadangkan pilihan. Buatlah keputusan sendiri. Saya hanya mampu mendoakan.
Cuba renungkan, meneruskan hasrat bukan bermakna yang terbaik tetapi membatalkan bukan bermakna kejam dan yang terburuk.
Cuba renungkan, meneruskan hasrat bukan bermakna yang terbaik tetapi membatalkan bukan bermakna kejam dan yang terburuk.
Wallahu a'lam.
AHP:
Memang dalam Islam, segala kedaifan bakal calon (lelaki dan perempuan) mesti diberitahu dan dinyatakan. Selepas diumumkan, terpulang kepada pasangan sama ada bersetuju untuk meneruskan berumah tangga atau tidak.
Sekadar renungan tambahan, fikirkan maksud firman Allah ini:
"Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan..."(al-Baqarah: 195)
"Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan..."(al-Baqarah: 195)
Apa-apa pun, soal jodoh adalah ketentuan Allah.
p/s- Kebanyakan golongan wanita, apabila mengadu di emel seolah-olah langit nak runtuh bila-bila masa. Mengkagum pula kerana tidak lama kemudian mereka sangat tabah. Pasangan mereka yang ditimpa masalah buat derk... sampai ke sudah! Sentiasa mahu dirayu dan dikasihani. Patutnya lelakilah yang jadi leader. .. (maaf ya)
p/s- Kebanyakan golongan wanita, apabila mengadu di emel seolah-olah langit nak runtuh bila-bila masa. Mengkagum pula kerana tidak lama kemudian mereka sangat tabah. Pasangan mereka yang ditimpa masalah buat derk... sampai ke sudah! Sentiasa mahu dirayu dan dikasihani. Patutnya lelakilah yang jadi leader. .. (maaf ya)