Saturday, March 19, 2011

MENGAPA SEL CD4 SANGAT PENTING DAN BERKAIT RAPAT DENGAN HIV?


Ketika kuman HIV menjangkiti manusia, sel yang paling sering dijangkiti kuman adalah sel CD4. Kod genetik HIV menjadi sebahagian daripada sel itu. Semasa sel CD4 menggandakan diri (laksana mesin fotostat) untuk melawan jangkitan kuman sesuatu sel, sel HIV juga akan menggandakan diri (laksana mesin fotostat) .

Ketika seseorang itu dijangkiti kuman HIV, jumlah sel CD4 juga semakin menurun. Ini adalah petanda bahawa sistem kekebalan tubuh seseorang yang dijangkiti HIV semakin lemah dan rosak. Semakin rendah jumlah CD4, semakin seseorang itu akan mengidap sesuatu penyakit kronik.

Terdapat jutaan keluarga sel CD4. Setiap keluarga dirancang khusus untuk melawan kuman tertentu. sewaktu kuman HIV mula mengurangkan jumlah sel CD4, beberapa keluarga tersebut akan termusnah. Jika ini terjadi, seseorang itu akan kehilangan kemampuan untuk melawan kuman yang seharusnya dihadapi oleh keluarga tersebut.


Sumber: sini