Saturday, March 19, 2011

BAGAIMANA MENGIRA NISBAH CD4 KEPADA CD8 (CD4/CD8 RATIO)?


Untuk mengira CD4 ratio, bahagi sahaja jumlah CD4 dengan CD8. CD4 adalah molekul yang terdapat pada T helper cell (salah satu jenis sel yang mempertahankan badan).
Dengan mengira CD4, ini bermakna kita juga mengira jumlah T helper sel secara terus. CD8 adalah molekul yang terdapat pada T killer cell (juga salah satu jenis sel yang mempertahankan badan).
Bacaan normal CD4:CD8 adalah 0.9-1.9 . Kalau digenapkan nilainya 2, bermakna ada dua CD4 cell untuk setiap satu CD8 sel. Bacaan ini sekadar menilai tahap pertahanan badan seseorang dengan menilai jumlah “askar” iaitu CD4 (T helper) dan CD8 (T killer). 
Pesakit HIV lazimnya ratio ini jatuh dengan mendadak, kes yang disebutkan mempunyai nilai 0.02, ini bermakna hanya ada dua CD4 sel untuk setiap 100 CD8 sel (perlu kefahaman matematik untuk faham).
Nilai ini sudah jauh terpesong daripada nilai normal dan sudah tentu penyakit-penyakit yang tidak diundang akan tiba kerana pertahanan badan telah lumpuh sedikit demi sedikit.

Sumber: cyberclinics