Tuesday, March 22, 2011

BERTEMU DR. ISKANDAR FIRZADA BIN OSMAN (2)

Dr. Iskandar Firzada bin Osman

Seperti yang aku maklumkan di sini, 15 Mac 2011 adalah tarikh appointmentku dengan Dr. Iskandar. Aku perlu menjalani ujian CD4/CD8 Viral Load untuk kali pertama pada pukul 8 pagi.

2,3 hari menjelang tarikh appointment, aku sebenarnya agak gelisah dan tidurku terganggu. Aku tidak selesa berurusan berkaitan masalah kesihatanku sebagai pembawa HIV positif.
 
Selain itu aku bimbang tentang kemungkinan result ujian darah isteri-isteriku jika doctor mencadangkan mereka menjalani ujian HIV kali kedua. Walaupun ujian kali pertama mereka adalah negative tetapi risikonya tetap ada. Maklumlah sebelum aku didiagnosed  positive, tak banyak pantang larang semasa melakukan hubungan intim.

Berbanding semasa baru-baru didiagnos HIV positive tempohari, sebenarnya aku lebih memahami maklumat mengenai HIV. Bermakna kurang kerisauan dan kurang soalan tentang itu. Aku rasa Dr. Iskandar pun tahu kerana beliau mungkin membaca blog ini.

Yang aku risaukan ialah berkaitan HAART kerana belum berpengalaman menempuhinya tetapi aku yakin masih belum memerlukan treatment tersebut. Ini berdasarkan fizikalku yang masih ‘sihat’. Aku menjangkakan, paling cepatpun treatment tersebut akan dimulakan selepas mendapat keputusan ujian darah kali ini.  Jadi soalan berkaitan HAART aku simpan untuk sesi seterusnya.

Dalam perjalanan aku sekeluarga merancang soalan-soalan yang akan kami tanya semasa bertemu doctor nanti.  

Tidak lama selepas mendaftarkan diri, Dr. Iskandar menjemputku masuk untuk untuk prosedur pengambilan darah. Aku mengajak isteri-isteriku turut serta kerana bagi aku ianya penting sebagai sesi kaunseling keluarga.

Selesai prosedur pengambilan darah, doctor lebih focus terhadap kawalan gulaku sebagai pesakit diabetes. Beliau menegur berat badanku yang bertambah lebih 1.5 kg dalam jangkamasa tak sampai 3 bulan. Haha…

Menurut beliau, berat ideal dengan ketinggianku 1.70 meter ialah sekitar 52-65 kg.  Berat sekarang 81.7 kg. Purata bacaan gulaku (2 jam selepas makan tengah hari) selama 3 hari berturut-turut ialah 9 mmol. Sebenarnya aku segan nak bagitahu doctor bahawa aku memang sukar mengawal diet.

Apabila tiba sesi kaunseling, tak banyak perkara yang kami tanyakan. Antaranya:

1.         Apa pendapat beliau jika aku mengambil madu asli sebagai salah satu daripada usahaku membantu imunisasi badan sedangkan aku pengidap diabetes.
Doktor berkata tidak menjadi masalah jika aku dapat mengawal
paras gulaku dengan lebih sempurna. Buat masa sekarang beliau menasihati aku supaya bersungguh-sungguh mengawal gula dan berat badan.

2.         Adakah apabila aku menjalani rawatan HAART nanti, aku masih boleh berpuasa kerana aturan masa pengambilan ubat mestilah dalam tempoh 12 jam? Aku dengar jika tidak diambil mengikut masa yang ditetapkan akan menjadikan virus tersebut resistant terhadap ubat.
            Beliau berkata tidak menjadi masalah untuk berpuasa asalkan ianya diambil semasa ‘hujung sahur’ dan ‘awal berbuka’. Kira automatically aku dapat pahala sunat berbuka awal dan bersahur lewat. Haha… pandai juga Dr. Iskandar melawak!

3.         Adakah anak-anakku perlu menjalani ujian HIV?
            Beliau mencadangkan lebih baik membuat ujian thalassemia. Ujian tersebut memang sentiasa dijalankan di klinik beliau untuk remaja yang berumur 16 tahun ke atas.
Beliau turut memberikan penerangan ringkas mengenai penyakit thalasemia kepada kami dan aku bersetuju anak-anak menjalani ujian tersebut. (Insya-Allah aku akan kongsikan maklumat mengenai penyakit ini suatu ketika nanti) Rupa-rupanya bahaya juga penyakit ni.
Keputusannya, anak sulungku tak mempunyai apa-apa masalah tetapi sampel darah anak bongsuku perlu dilakukan ujian lanjut kerana bacaan HCW darahnya adalah kurang dari 17 ps. Normal 27 ps ke atas.
Doctor berpendapat ianya mungkin kerana budaya pemakanan yang tidak seimbang. (Memangpun, selera makannya sangat tinggi, tak minat sayur dan suka sangat makan ayam!) Harap-harap tak ada apa-apa masalah semasa menerima keputusan ujian lanjutnya nanti.

4.         Apa penjelasan sebenar tentang PEP (Post Exposure Prophylaxis) treatment untuk pesakit yang baru terdedah dengan HIV?
            Soalan tidak jadiku tanya kerana aku merasakan “sayang semuanya sudah terlambat…”

5.         Bila anggaran masa aku terdedah kepada jangkitan virus HIV?
            Soalan ini pun tidak jadiku tanya apabila aku teringatkan nasihat doctor pada sesi kaunseling kali pertama supaya melupakan sahaja perkara yang sudah berlalu, focus terhadap rawatan.

6.         Adakah isteri-isteriku perlu menjalani ujian HIV kali kedua kali ini?
            Doctor mencadangkan supaya dilakukan semasa appointment berikutnya iaitu anggaran 3 bulan daripada tarikh kami berjumpa beliau.

7.         Apakah kesan pengambilan antibiotic jika diambil secara berterusan?
            Beliau berkata ianya tidak menjadi masalah jika diambil secara teratur dan dengan sukatan yang betul.

8.         Akhir sekali aku memaklumkan bahawa majikanku memerlukan Laporan Perubatan. Kepada pembawa-pembawa HIV yang bimbang jika mengalami situasi yang sama, usah risau tentang isu tersebut. Bincanglah dengan doctor, tahulah mereka menyelesaikannya.




Sebelum pulang Dr. Iskandar membekalkan 'buah tangan' iaitu dos metformin untuk rawatan diabetes mellitus ku dinaikkan daripada setengah biji pagi petang kepada sebiji pagi petang, antibiotic co-trimoxazole untuk mengawal sebarang jangkitan sebiji selepas makan setiap malam dan ubat kawalan kolestrol simvatatin sebiji sebelum tidur. Uwaa…!!!

Tepatlah jangkaanku bahawa aku masih belum diberikan rawatan HAART pada sesi kali ini. Kalau tidak makin bertambahlah bekalan ubatku.

Itu sajalah peristiwa yang kami alami dalam sesi rawatan kali ini. Selepas itu kami mengambil kesempatan mencuba ujian saringan optometry di KK yang sama. Sebenarnya aku sengaja nak menyakat student optometry yang comel-comel yang menjalani praktikal. Buat-buat sibuk bertanya itu ini. Nak saring apa kalau dah sedia pakai spek!


AHP: Jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Dr. Iskandar Firzada bin Osman dan semua kaki tangan KK berkaitan yang membantu. Semoga Allah membalas jasabaik kalian.