Monday, March 07, 2011

TANDA SOKONGAN TERHADAP KANAK-KANAK HIV

PERSATUAN KEBAJIKAN ANAK PESAKIT HIV / AIDS NURUL IMAN MALAYSIA (PERNIM)


Pusat Perlindungan PERNIM ditubuhkan pada 26 Mei 2006.

PERNIM merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berperanan membela nasib anak-anak pesakit HIV/AIDS terutama anak-anak yang terbiar apabila ibu bapa mereka telah meninggal dunia akibat AIDS dan anak-anak yang tiada waris yang mahu bertanggungjawab apabila mengetahui anak yang bakal mereka pelihara merupakan pembawa HIV positif.

PERNIM bertanggungjawab memberikan perlindungan kepada mereka, menguruskan rawatan yang berterusan di hospital dan klinik kerajaan, memberikan pendidikan dan asas keagamaan dan sebagainya.


PERNIM yang diasaskan oleh Pn. Norlina Alawi (gambar) dicetuskan atas dasar kesedaran dan keinsafan terhadap anak-anak mangsa HIV yang tidak berdosa akibat perbuatan silam ibu dan bapa kandung mereka. Kanak-kanak ini memerlukan perlindungan daripada masyarakat.



Tabung Perlindungan PERNIM

Masalah kewangan merupakan masalah utama yang dihadapi oleh Puan Norlina bagi membiayai sebuah keluarga besar yang terdiri dari 40 -50 orang anak (termasuk anak kandung), 2 pembantu dan 3 orang gadis mengandung luar nikah sudah pasti memerlukan perbelanjaan yang besar untuk membiayai tambang bas, pembelian buku latihan, perbelanjaan harian, yuran kelas tambahan, perubatan dan pembelian uniform, sewa rumah, perbelanjaan pejabat
PERNIM, bil telefon, elektrik, air, pengasuh, dan makanan semuanya perlu dijelaskan serta disediakan oleh beliau setiap bulan.
Bagi merealisasikan impian ini Pn Norlina telah berusaha untuk mendirikan bangunan yang sempurna bagi anak-anak ini. Pn Norlina telah melancarkan TABUNG PERLINDUNGAN PERNIM yang mana anggaran keperluan sebanyak RM1.2 juta diperlukan bagi menyediakan prasarana yang lengkap bagi anak-anak ini.

Marilah kita sama-sama membantu
PERNIM
mencapai dana untuk menubuhkan Pusat Jagaan dan Perlindungan yang baru.

Fakta
PERNIM


Alamat : Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM), Lot 46 Jalan 47, Bukit C, Kg Cheras Baru, 56100 Kuala Lumpur
No. Pendaftaran : 0423-04-5
Tel : 03-42950775, 017-8860208
Fax : 03-42951079
E-mel : norlina_pernim@yahoo.com


No Akaun : 2-14013-6000-3173 (RHB Bank)
Nama Akaun : Pusat Perlindungan PERNIM

Cek atau wang pos atas nama PUSAT PERLINDUNGAN PERNIM.
Sila layari http://pusatperlindunganpernim.blogspot.com/ untuk sebarang maklumat lanjut

Sumber: sini