Apabila membicarakan tentang dadah, kita janganlah berpura-pura dan tidak mengakui hakikat sebenarnya di negara kita ini pengguna dadah lebih ramai dari penagih dadah.Walaupun tiada petunjuk angka yang tepat, namun keadaan ini sebenarnya telah lama bergelumang di sekeliling kita sejak zaman dahulu lagi.
Petunjuk angka yang dikeluarkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) hanya melibatkan jumlah yang dikategorikan sebagai penagih dadah sahaja. Penagih dadah diistilahkan sebagai pengguna dadah yang sudah sampai ke tahap gian dan jika tidak dapat dadah dalam sehari, akan meranalah badan mereka seperti menggigil dan tidak ketentuan arah. Mereka ini sudah seperti mayat hidup sehinggakan 28 pusat serenti di seluruh negara masih tidak cukup untuk menempatkan penagih ini.
Pengguna dadah pula adalah mereka yang mengambil dadah untuk tujuan berseronok, menghilangkan kebosanan, kerunsingan dan bersosial bersama rakan-rakan. Golongan ini tidak sampai ke tahap menagih dan gian tetapi sekadar untuk bersosial. Jika ada bekalan mereka mengambil dadah, jika tiada, tidak menjadi masalah kepada mereka kerana belum sampai ke tahap menagih.
Golongan pengguna dadah ini samalah juga dengan mereka yang minum arak. Ramai yang meminum arak untuk tujuan sosial dan bersuka-suka sahaja. Hanya segelintir daripada mereka itu telah menjadi penagih arak.
Golongan pengguna dadah inilah yang ramai di dalam masyarakat kita hari ini. Penampilan gaya dan fizikal mereka tidaklah seperti yang selalu digambarkan oleh media dan pameran anti dadah tentang gelagat penagih dadah. Jika penagih mudah sahaja kita kenali dengan penampilan pakaian yang tidak terurus, gaya lalok dan tutur kata yang melalut. Golongan pengguna dadah pula gaya penampilan sama seperti orang biasa yang sukar untuk dikenalpasti mereka ini sebenarnya mengguna dadah.
Pengguna dadah meliputi semua golongan masyarakat. Daripada penuntut sekolah, pelajar IPTA/IPTS, pekerja swasta, kakitangan kerajaan, petani, guru, golongan profesional, ahli perniagaan, polis, tentera malah ahli politik pun ada. Sudah tentu golongan seperti ini tidak termasuk di dalam rekod AADK yang baru-baru ini mengeluarkan laporan terdapat 283,000 penagih di seluruh negara.
Golongan seperti ini sememangnya mengetahui dadah itu membahayakan diri. Kebanyakan mereka mengambil dadah hanyalah untuk bersuka-suka dan bersosial dengan rakan-rakan. Golongan seperti inilah yang sebenarnya perlu dibimbangkan kerana potensi untuk terjerumus ke kategori penagih begitu besar dan mudah sekali.
Memang sukar untuk mengesan pengguna dadah ini kerana mereka mengambilnya bukan setiap hari. Bagi orang muda mungkin semasa bersuka ria di hujung minggu. Bagi golongan pertengahan umur dan tua pula mungkin semasa berkumpul bersama-sama rakan-rakan yang sealiran dengan mereka. Sukar untuk mengenali golongan seperti ini. Mungkin rakan sekerja kita di meja sebelah, mungkin suami atau isteri kita, malah anak kita sendiri tergolong dalam kelompok pengguna dadah.
Sasaran pihak yang berkuasa dan bertanggung jawab membasmi dadah di negara ini haruslah juga menggempur golongan pengguna dadah selain daripada pebagih tegar. Pengguna dadah yang bukan kategori penagih dadah ini juga adalah penyumbang hasil dan keuntungan yang besar sebenarnya kepada pengedar dadah.
Jika di Kuala Lumpur, tempat pengedaran dadah kepada golongan pengguna dadah terhormat ini bukannya di lorong-lorong kawasan Chow Kit, tetapi di kawasan berhampiran bangunan-bangunan pejabat di sekitar segi tiga emas Kuala Lumpur seperti Wisma Central Jalan Ampang, Wisma Cosway, Plaza See Hoy Chan malah di coffee house Hotel Concorde. Adakah penagih dadah akan pergi ke tempat-tempat seperti ini untuk membeli bekalan mereka . Ini menunjkkan golongan yang mempunyai kerjaya juga mengambil dadah tetapi masih belum tergolong sebagai penagih lagi.
Kebanyakan golongan pengguna dadah terhormat ini mengambil dadah jenis ganja dan dadah sintetik. Langkah dan strategi baru perlulah diperhebatkan untuk membasmi gejala penyalahgunaan dadah di dalam masyarakat.
Seringkali serbuan dilakukan oleh pihak yang berkuasa terhadap pusat hiburan seperti pub, disko dan karaoke. Walaupun berjaya, namun hanya segelintir sahaja yang dapat ditangkap.
Namun begitu bukan mudah untuk memberkas golongan pengguna dadah ini jika hendak dibandingkan dengan golongan penagih dadah. Sebab utamanya mereka bukannya mengambil dadah setiap hari.
Saya berikan contoh golongan profesional dan berjaya di dalam karier mereka yang menggunakan dadah jenis ganja. Mereka ini ada yang berpengaruh, terkenal malah "public figure". Kebanyakannya mengambil ganja sejak mereka menuntut di universiti lagi. Golongan ini dalam lingkungan umur 40 hingga 50 tahun. Mereka sanggup mengadakan "tabung khas" sesama mereka untuk menyewa kondominium mewah sebagai tempat "lepak" untuk berkumpul bersama-sama untuk menghisap ganja. Memang sukar untuk pihak berkuasa hendak menjejaki golongan seperti ini.
Hubungan dan rangkaian pembekal dadah mereka juga tidak kurang hebatnya. Ke mana sahaja mereka berada di Malaysia ini, ada sahaja pembekal yang akan membekalkan ganja "door to door service", sehinggakan ke pintu bilik hotel jika mereka bertugas di luar kawasan.
Pengguna dadah seperti ini memang licik dan sukar untuk dikenali. Tanpa mengetahui peribadi mereka, sukar untuk kita mengenalpasti mereka ini menyalahgunakan dadah. Walaupun mereka tidak di kategorikan sebagai penagih dadah kerana mengambil dadah apabila perlu sahaja, golongan seperti inilah yang akan berterusan merosakkan masyarakat kita.
Justeru itu, bukan kerja mudah sebenarnya untuk membenteras dadah 100 peratus. Penyalahgunaan dadah ini adalah penyakit sosial yang sama tua dengan pelacuran di dunia ini. Seluruh dunia menghadapi masalah dadah. Agak mustahil jika kerajaan hendak mengisytiharkan Malaysia bebas dadah menjelang tahun 2015 seperti hasrat AADK. Sebabnya selagi ada ladang ganja, bunga poppi dan makmal dadah, selagi itulah ada pembekalnya. Selagi ada penggunanya, selagi itulah ada penjualnya.
Selagi adanya golongan pengguna dadah terhormat dan profesional yang melebihi daripada kumlah penagih dadah di negara kita, selagi itulah dadah tidak dapat dibenteras. Mungkin ada ahli mesyuarat di Majlis Tindakan Membenteras Dadah Peringkat Daerah atau Negeri pun pengguna dadah kerana dadah tidak mengenal usia, bangsa dan kerjaya seseorang itu.

AHP: Penyalahguna dadah sebegini memang jauh lebih ramai, bukan sahaja di Malaysia tetapi di mana-mana sahaja.