Wednesday, March 16, 2011

IT'S NEVER JUST HIV


Kalau pembaca masih ingat, dalam sebuah entry aku pernah mengatakan bahawa antara objektif kewujudan blog ini adalah untuk mencapai sekurang-kurangnya 1000 entries berkaitan HIV/ AIDS. Selepas mencapai target tersebut, terpulang kepada keadaan.
Selepas itu, seboleh-bolehnya aku mahu focus membantu para pembawa HIV melalui emel dan berkongsi  pengalamanku menghadapi virus ini. Harapan aku blog ini menjadi Self Access Centre bagi mereka yang mahukan maklumat berkaitan dalam bahasa Melayu.  
Rupa-rupanya penat juga nak capai target tu ya.  Jadi aku sangat mengalu-alukan segala perkongsian maklumat daripada pembaca professional dan pembawa HIV senior yang lain. Segala maklumat dan perkongsian tersebut boleh dihantar ke alamat emel blog ini.
Insya-Allah maklumat yang sesuai akan aku kongsikan dengan pembaca yang lain tetapi seboleh-bolehnya dalam bahasa Melayulah. Aku tak berapa larat nak translate kerana memerlukan masa yang agak lama untuk menaip. Bahasa Inggerisku memang berterabur.
Menguasai maklumat adalah antara perkara terpenting kepada kami pembawa HIV untuk berdepan dengan virus tersebut.
Atau paling tidakpun, kongsikan sedikit maklumat atau teguran seperti seorang pembaca yang menamakan dirinya ‘rebelscum’. Memang pendapatnya agak vocal tetapi aku tak kisah. Aku utamakan fakta bukannya emosi dan memang sesekali kita perlukan pendapat yang contra.
Jika terdapat kesalahan fakta, tolong tegur dan betulkan serta merta di bahagian komen entry terbabit. Aku tak mahu menjadi golongan yang sesat dan menyesatkan.
Kepada para pembaca yang menghargai atas usaha yang tidak seberapaku membantu para pembawa HIV ini, doakan semoga ianya mendapat ganjaran Allah. Aku tidak ada apa-apa kepentingan di sini.
Kepada mereka yang saling menyokong, berkongsi cerita dan suka duka melalui handphone, SMS dan  e-mail, terima kasih yang tidak terhingga kerana memberikan kepercayaan kepadaku.  Maafkan aku jika pandanganku sesekali kelihatan terlalu direct to the point. Jazakumullah khier…

AHP: Aku sebenarnya nak kongsi pengalaman kami sekeluarga bertemu Dr. Iskandar Firzada kali kedua baru-baru ini tetapi belum bersedia kerana tak larat nak menaip panjang-panjang.