Aku bukanlah bermaksud hendak menakut-nakutkan cuma sekadar perkongsian pengalaman. Kalau berdasarkan video di atas, kelihatan mudah dan ringkas sahaja prosedur Bone Marrow Aspiration (BMA) tu kan? Hakikatnya pengalaman dan nasib kita berbeza-beza. Dah lah sakit, darah aku tumpah merata-rata di lantai.
Mari baca pula pengalaman gadis cekal yang bernama Lia ini.
Kesakitan yang ditanggung semasa penyedutan tisu sum-sum tulang (BMA), kemoterapi dan radioterapi pernah melenyapkan semangat Lia.
Bersyukur kerana memiliki keluarga yang sangat memahami keadaan dirinya, anak bongsu dari tiga adik-beradik perempuan ini mengaku mereka adalah sumber kekuatannya.
Mana tidaknya, sudahlah seluruh tubuhnya sakit, rawatan yang diberikan juga sangat menyakitkan.
Menurut Lia, untuk proses penyedutan tisu tulang sum-sum, jarum yang besar dan panjang digunakan.
“Sakitnya memang tidak tertanggung. Walaupun dibius, saya boleh rasa jarum mencucuk tulang belakang dan menyedut sum-sum tulang.
“Kesan daripada itu, hampir dua minggu saya tidak mampu berdiri. Saya hanya mampu berbaring, itu pun secara mengiring di atas katil."
Sumber: sini