Sebagai perkongsian untuk semua pembawa HIV positif, ahli keluarga mereka dan renungan bersama. against stigma, judgmental, negative thinking, discrimination and malpractice!
Thursday, March 03, 2011
UJIAN-UJIAN MAKMAL UNTUK PESAKIT HIV
UJIAN-UJIAN MAKMAL
Ujian antibodi HIV
Ujian paling asas untuk mengesan kehadiran antibodi yang menjadi petunjuk kepada jangkitan HIV.
Ujian CD4
Dilakukan bagi mengetahui tahap jangkitan HIV dan bila rawatan anti-retrovirus (HAART) boleh dimulakan. Ia mengukur jumlah sel CD4 sihat dalam darah. Individu yang sihat mempunyai bilangan CD4 antara 600-1200 sel/mm3 darah. Jika bilangan CD4 menurun sehingga 200 sel/mm3 rawatan anti-retrovirus (HAART) akan dimulakan.
Ujian “Viral Load”
Untuk mengukur jumlah virus dalam darah. Paras yang tinggi menunjukkan tahap pembiakan virus yang tinggi.
Sumber: KKM