Menurut laporan, pada 30 Jun lalu, kira-kira 200,000 homoseksual dari seluruh Eropah menghadiri perhimpunan di Madrid bagi menunjuk perasaan, menuntut hak sebagai gay dan lesbian.
Tindakan sebegini memberi kesan bahaya kepada umat Islam sedunia, terutama mereka yang berada di peringkat remaja dan kanak-kanak. Kejadian sebegini sebenarnya merupakan kehendak hawa nafsu seks buas yang telah diharamkan oleh Allah SAW.
Menurut islam, amalan seks sejenis ini dikeji dan di hina oleh Allah melalui firmanNya;
“Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan Yang keji, Yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? * Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.” (Surah Al-‘Araf : 80 – 81)
Dari firman Allah ini, Allah menggambarkan, tindakan homoseksual merupakan amalan “fawahisy” atau amalan yang keji. Menurut Imam Al-Qurtubi, makna fahsya’ adalah setiap kejahatan yang dilakukan, pelakunya akan dikenakan hukum hudud. (Tafsir Al-Qurtubi : 2/210)
Begitujuga, Rasulullah SAW menyatakan golongan yang mendapat kemarahan dan kemurkaan Allah adalah antaranya golongan homoseksual.
Daripada Abu Hurairah RA, bersabda Nabi SAW;
“Empat golongan berada dalam kemurkaan Allah di pagi dan petang, iaitu lelaki yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, mereka yang melakukan setubuh dengan binatang dan mereka yang melakukan setubuh sesama lelaki (homoseksual)” (Kanz Al-Ummal : 12/31 : hadis no : 43982.)
HUKUMAN MEREKA YANG MELAKUKAN AMALAN SEKS SEJENIS
Melihat kepada perbincangan fiqh, didapati bahawa fuqaha’ ada membahaskan tentang hukuman yang akan dikenakan kepada pelaku seks sejenis ini.
Didalam kitab Qanun Jinayah Syar’iyyah, karangan Allayarham Tuan guru Dato’ Haji Sa’id Haji Ibrahim, hukuman mereka yang melakukan amalan liwat adalah sama seperti hukuman mereka yang berzina. Iaitu, sekiranya pelakunya itu adalah orang yang muhsan (telah merasai jimak yang sah), maka hukuman kepadanya adalah rejam sampai mati dan di sebat sebanyak seratus kali dan dibuang negeri selama setahun, jika pelaku tersebut itu ghair al-muhsan (tidak pernah merasai jimak yang sah). (Qanun Jinayah Syar’iyyah : m/s 37)
Kenyataan ini berdalilkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Musa Al-Asy’ari RA, sabda Nabi SAW;
“Apabila mendatangi oleh lelaki terhadap lelaki (liwat), maka kedua-duanya adalah berzina” (Sunan Al-Baihaqi Al-Kubra : 8/233 : hadis No : 16810)
Begitu juga hadis daripada Ibni Abbas RA, bersabda Nabi SAW ;
“Barangsiapa yang mendapatinya melakukan amalan kaum lut, maka bunuhlah pembuat dan yang kena buat” (Al-Mustadrak ‘ Ala Sahihain : 4/395 : hadis no : 8049)
Adapun mereka yang melakukan amalan musahaqah (lesbian), hukuman yang dikenakan kepada pelakunya adalah dengan dijatuhkan hukuman takzir. (Qanun Jinayah Syar’iyyah : m/s 38)
AMALAN SEKS SEJENIS BOLEH MEMBINASAKAN NEGARA
Jika diperhatikan kepada kandungan kisah yang tersebut didalam Al-Quran, Allah ada menyatakan tentang bagaimana kehancuran yang diberikan Allah terhadap Kaum Nabi Lut yang mengamalkan seks sejenis ini.
Firman Allah yang bermaksud;
“(Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh RasulNya).*. Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut Yang menghujani mereka dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam, * sebagai limpah kurnia dari kami. Demikianlah Kami membalas orang-orang Yang bersyukur. * dan Demi sesungguhnya! Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa kami; Dalam pada itu, mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu.” (Surah Al-Qamar : 33-36)
Dengan amalan seks sejenis yang dilakukan oleh kaum Lut itu menyebabkan Allah SWT telah menghancurkan mereka dengan membalikkan Negara mereka, lalu dihujankannya sehinggakan negara itu bertukar menjadi laut.
Firman Allah yang bermaksud;
“Maka apabila datang (Masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka bumi-Nya) dan Kami menghujaninya Dengan batu-batu dari tanahYYang dibakar, menimpanya bertalu-talu” (Surah Hud : 82)
Sumber: sini
AHP: Secara umumnya aku berpendapat terdapat 3 faktor utama yang menyebabkan individu tertentu menjadi homoseksual.
1. Naluri semulajadi dan pengaruh persekitaran zaman kanak-kanak terutamanya keluarga.
2. Mangsa pencabulan atau manipulasi pemangsa sehingga terpengaruh.
3. Kerana terlalu melayan nafsu dan ingin mencuba sehingga menjadi habit atau sekurang-kurangnya biseksual.
Golongan pertama dan kedua adalah mangsa. Ujian Allah terhadap kita dengan cara yang berbeza, we are not in the same shoes, so jangan cakap besar sangat.
Yang pasti Allah tak pernah zalim dan setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.
Dekati dan bimbinglah mereka dengan penuh hikmah. Zalim menghukum tanpa mengadili. Mungkin tanpa sedar, kita sendiri turut menjadi faktor pendorong mereka jadi begitu atau melarikan diri.
Aku bukan memandai-mandai dalam isu ini. Jangan lupa aku asalnya anak jalanan. ‘Kawloon’ yang popular suatu ketika dulu pernah menjadi ‘tempat tidurku’ kerana aku homeless. Kaki lima bangunan-bangunan berdekatan antara tempat aku tumpang tidur tanpa rasa takut kerana sentiasa ramai orang hingga ke pagi.
Beberapa orang professional terkenal dan selebriti senior (gay) tanah air adalah bekas kenalan atau jiran sebelah apartmentku ketika masing-masing masih belajar di IPT sekitar Lembah Pantai. Aku masak dengan karenah dan suka duka mereka. Di Kawloon jugalah tempat mereka buat part time job setiap hujung minggu.
Ramai di kalangan mereka telah pun berubah dan mempunyai anak isteri atau sekurang-kurangnya tidak lagi meneruskan dosa-dosa lama. Yang tak berubah, hipokrit dan asyik keluar statement kontroversi kat media pun ada...