Oleh: Cawangan AIDS/STD, Jabatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia
PENGURUSAN JENAZAH ORANG ISLAM
Adalah menjadi tanggungjawab serta kewajipan ke atas orang-orang Islam yang hidup ke atas jenazah orang Islam sebagai fardhu kifayah menyelenggarakan empat perkara berikut iaitu:
· Memandikan
· Mengkafankan
· Menyembahyangkan
· Mengkebumikan
Pengurusan jenazah orang Islam yang mengidap penyakit berjangkit termasuk pembawa virus HIV dan AIDS wajib merangkumi empat perkara di atas dan ianya menjadi tanggungjawab bersama keluarga jenazah, Hospital / Pejabat Kesihatan Daerah dan Jabatan Agama Islam Negeri / Daerah.
PEMBERITAHUAN KEMATIAN PEMBAWA HIV DAN PESAKIT AIDS
KEMATIAN DI HOSPITAL
Setiap kematian pembawa HIV dan pesakit AIDS yang berlaku di hospital haruslah diberitahu dengan SEGERA melalui telefon kepada keluarga simati dan - notifikasi kematian kepada Pejabat Kesihatan Daerah. Sekiranya keluarga simati gagal dihubungi melalui telefon, bantuan pihak polis boleh diminta tetapi status HIV simati haruslah DIRAHSIAKAN.
KEMATIAN DI RUMAH
Bagi setiap kematian pembawa HIV dan pesakit AIDS yang berlaku di rumah, adalah menjadi kewajipan ahli keluarga simati untuk memberitahu Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat dengan SEGERA melalui telefon bagi tujuan penyeliaan pengurusan jenazah serta tindakan lain yang perlu diambil oleh Pejabat Kesihatan Daerah berkenaan.
AKTA PENCEGAHAN DAN KAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988
Mengikut seksyen 10 (1) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 – Adalah menjadi kesalahan ke atas setiap penghuni dewasa mana-mana rumah di mana terdapat penyakit berjangkit; atau orang yang menjaga; atau yang ada bersama dan mereka yang bukan pengamal perubatan menyelenggarakan sesiapa yang mengidap yang mati akibat penyakit berjangkit tanpa melaporkan kepada pegawai Kesihatan di kemudahan kesihatan atau balai polis atau ketua kampung yang terdekat dengan segera.
PENYELIAAN JENAZAH
Setelah notifikasi / pemberitahuan kepada Pejabat Kesihatan Daerah tentang kematian pembawa HIV dan pesakit AIDS dijalankan, penyeliaan berhubung pengurusan jenazah seperti memandi, mengkafan, menyembahyang dan mengebumikan serta pemindahan jenazah dipertanggungjawabkan kepada kakitangan kesihatan berikut iaitu (i) Inspektor Kesihatan ke atas jenazah lelaki, (ii) Jururawat Kesihatan ke atas jenazah perempuan
PERINGATAN
Kakitangan Kesihatan yang menyelia jenazah tidak dibenarkan memakai pakaian seragam dan menggunakan kenderaan kerajaan bagi menjaga reputasi simati serta kaum keluarganya.
PEMILIHAN PENGENDALI JENAZAH DI RUMAH
Bagi kematian pembawa HIV dan pesakit AIDS yang berlaku di rumah atau jenazah yang diselenggarakan di rumah setelah kematian berlaku di hospital, pemilihan pengendali jenazah perlu mengambilkira faktor-faktor berikut:
· Pengendali jenazah dihadkan kepada bilangan yang sekecil mungkin, sebaik-baiknya tidak melebihi 4 orang.
· Pengendali jenazah sebaik-baiknya dari kalangan keluarga atau mahramnya simati dan petugas / pegawai masjid yang terlatih dalam mengendalikan jenazah pembawa HIV dan pesakit AIDS.
· Memastikan setiap pengendali jenazah tidak mengalami sebarang luka atau kudis di permukaan tubuh terutama di bahagian tangan.
PENGENDALI PERALATAN PENGENDALIAN JENAZAH DI HOSPITAL ATAU DI RUMAH
PERALATAN
NOTA
· Apron plastik, sarung tangan getah, kasut but getah dan "mask" disediakan berdasarkan jumlah pengendali jenazah yang terlibat.
· Semua pengendali jenazah pembawa HIV dan pesakit AIDS perlu memakai dua lapisan sarung tangan.
· Bancuhan kloroks: 1 botol kloroks dengan ukuran 1 liter dibancuh dengan 9 liter air biasa untuk menjadikan larutan kloroks dengan 1 : 10 (1 bahagian kloroks dibancuh dengan 9 bahagian air)
KEGUNAAN BALDI DAN BESIN
Baldi 3 buah
· 1 buah untuk merendam baju / pakaian simati yang telah dipakai
· 1 buah untuk bancuhan kloroks (1 : 10) bagi memandikan jenazah
· 1 buah untuk merendam perkakas / kapas yang telah digunakan
Besin 1 buah
· Untuk merendam kapas yang belum digunakan ke dalam bancuhan 1 : 10
MANDI JENAZAH PEMBAWA HIV DAN PESAKIT AIDS
Bagi kematian pembawa HIV dan pesakit AIDS yang berlaku di hospital, pengurusan jenazah iaitu memandi dan mengkafankan sebaik-baiknya dilakukan di hospital sebelum dituntut oleh waris simati. Sekiranya waris simati memohon untuk menguruskan jenazah di rumah, pemindahan jenazah dari bilik mayat hospital ke rumah haruslah diawasi oleh kakitangan kesihatan dari pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat. Bagi menguruskan jenazah di rumah perkara-perkara perlu diambil perhatian.
PERSEDIAAN TEMPAT PEMBUANGAN AIR MANDIAN JENAZAH
Bagi menguruskan jenazah di rumah, waris simati perlu menggali parit atau lubang untuk tujuan pembuangan air mandian sekiranya rumah tersebut tidak terdapat longkang atau parit bersimen. Inspektor Kesihatan bertanggungjawab akan menyelia penyediaan tempat pembuangan tersebut.
PERSEDIAAN TEMPAT MANDI JENAZAH
Tempat pemandian jenazah hendaklah dilindungi daripada penglihatan mereka yang tidak berkenaan. Tempat khas (takungan mandian mayat) digunakan untuk memandikan jenazah. Sekiranya tiada terdapat tempat khas (takungan mandian mayat) pelapik plastik tebal boleh digunakan tetapi ianya hendaklah dibentuk supaya air mandian dapat mengalir ke tempat buangan (parit / longkang / lubang).
CARA-CARA MEMANDIKAN JENAZAH
Memandikan jenazah orang Islam perlulah mengikut cara-cara pengurusan jenazah yang biasa dilakukan dan diikhtirafkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri masing atau mengikut buku panduan yang diterbitkan oleh Jabatan Agama Negeri (sekiranya ada). Namun demikian terdapat beberapa perubahan dalam pemandian jenazah pembawa HIV dan pesakit AIDS bagi mencegah pengendali jenazah dari dijangkiti virus AIDS.
Cara-cara pemandian jenazah orang Islam pembawa HIV dan pesakit AIDS adalah seperti berikut:
· Pengendali jenazah perlu melindungi diri dengan memakai
1. Apron plastik / baju hujan
2. 2 lapisan sarung tangan getah
3. Pelindung mulut dan hidung (mask)
4. Kasut but getah
· Bancuhan kloroks dengan larutan 1 : 10 disediakan di dalam 3 buah baldi dan 1 buah besin.
· Kapas yang belum digunakan direndam dalam besin berisi larutan kloroks (1 : 10).
· Pakaian jenazah ditanggal dan direndam dalam baldi bancuhan kloroks (1 : 10) selama sekurang-kurangnya 30 minit.
· Jenazah diletakkan ke dalam tempat khas takungan mayat. Sekiranya tiada terdapat tempat khas, mayat diletakkan ke atas alas plastik tebal yang telah direndam dengan larutan kloroks 1 : 10.
· Rongga mulut, telinga, hidung, serta faraj dibersih dan disumbat dengan kapas yang telah direndam dengan kloroks dengan menggunakan peralatan iaitu forcep yang telah disediakan (langkah ini perlu dilakukan terlebih dahulu sekiranya terdapat darah atau cecair yang sentiasa terkeluar dari rongga-rongga tersebut setiap kali jenazah dialih posisinya untuk dimandikan).
· Jenazah kemudian dicuci dan dimandikan dengan larutan kloroks 1 : 10.
· Semasa memandikan jenazah dengan air larutan kloroks bersihkan dubur dengan kapas yang telah direndam dengan larutan kloroks (1 : 10) dan dubur kemudian disumbat dengan kapas yang telah direndam dengan larutan kloroks.
· Jenazah kemudian dimandikan dengan air biasa / bersih menurut ajaran agama Islam.
· Sekiranya rongga-rongga seperti mulut, telinga, hidung atau faraj ingin dibersihkan semula ianya boleh dilakukan dengan kapas yang telah direndam dengan larutan klorok menggunakan forcep dan rongga-rongga tersebut kemudiannya disumbat dengan kapas yang direndam dengan larutan kloroks.
· Jenazah kemudiannya boleh disiram dengan air daun bidara, air kapur barus atau air kayu cendana.
· Jenazah dibilas dengan air larutan kloroks (1:100 pada bilasan terakhir).
MENGKAFANKAN JENAZAH
Bagi mengkafankan jenazah pembawa HIV dan pesakit AIDS, cara-caranya adalah berpandukan kepada panduan yang diterbitkan:
· Plastik tebal dialaskan ditempatkan mengkafankan jenazah supaya cecair, bendalir atau darah terkumpul tanpa mencemarkan kawasan persekitaran bagi mencegah jangkitan kepada orang lain.
· Kain kafan dibalut sebagai lapisan pertama. Kain kafan tidak perlu direndam dengan larutan kloroks 1:10 sekiranya tidak terdapat cecair, bendalir atau darah yang terkeluar dari jenazah atau tidak terdapat luka kudis di permukaan tubuh jenazah.
· Bagi jenazah yang mengeluarkan cecair, bendalir, darah atau terdapat luka / kudis pada permukaan tubuh, jenazah perlu dimasukkan ke dalam beg plastic (body bag) atau dibalut dengan plastik yang telah digunakan untuk mengalas tempat mengkafankan jenazah. Jenazah tidak perlu dibalut dengan plastik atau dimasukkan ke dalam beg plastik sekiranya tiada tumpahan cecair, bendalir, darah atau tiada luka / kudis di permukaan tubuh jenazah tetapi tiada halangan sekiranya lapisan plastik dibalutkan.
· Seterusnya jenazah dikafankan dengan menggunakan dua lapisan kain kafan sebagai lapisan terakhir. Perhatian lapisan terakhir merupakan kain kafan dan bukannya lapisan plastik.
NOTA
Keluarga terdekat arwah dibolehkan memeluk atau mencium jenazah sekiranya tubuh badan jenazah masih utuh tanpa sebarang kudis / luka atau jenazah tidak mengeluarkan lebihan cecair, bendalir atau darah.
DISINFEKSI PERALATAN DAN AIR MANDIAN JENAZAH
Disinfeksi peralatan dan air mandian jenazah adalah seperti berikut:
· Peralatan yang telah digunakan untuk memandikan jenazah perlu direndam ke dalam air larutan kloroks (1:10) selama sekurang-kurangnya 30 minit sebelum dicuci.
· Air mandian jenazah di lantai tempat pemandian jenazah perlu dimopkan dengan kloroks tanpa dicampur dengan air.
· Air mandian jenazah yang ditakung di dalam lubang perlu ditabur dengan kapur klorida (chloride of lime) dan ditimbus.
SEMBAHYANG MAYAT
Cara jenazah disembahyangkan adalah serupa dengan jenazah orang Islam yang lain.
PENYEDIAAN TANAH PERKUBURAN
Persediaan tanah perkuburan bagi mengebumikan jenazah pembawa HIV dan pesakit AIDS adalah seperti yang terdapat di dalam buku panduan yang diterbitkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri. Kapur Klorida (cloride of lime) tidak perlu ditaburkan ke dalam liang kubur.
PENGKEBUMIAN JENAZAH
Pengkebumian jenazah pembawa HIV dan pesakit AIDS adalah sama seperti pengkebumian jenazah orang Islam lainnya dengan syarat langkah-langkah pencegahan jangkitan HIV telah diambil semasa jenazah dimandi dan dikafankan. Penggunaan sarung tangan getah tidak dimestikan semasa jenazah dikebumikan.
PEMINDAHAN JENAZAH MELALUI KENDERAAN DARAT / LAUT / UDARA
Setiap pemindahan jenazah di dalam atau ke luar negeri perlulah diberitahu terlebih dahulu kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat bagi tujuan penyeliaan dan tindakan yang bersesuaian.
PERINGATAN – LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN JANGKITAN HIV BAGI SEMUA PENGENDALI JENAZAH
Semua pengendali jenazah harus sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mencegah dari dijangkiti penyakit berjangkit seperti HIV semasa mengendalikan setiap kematian. Langkah-langkah pencegahan ini perlu kerana adakalanya status HIV jenazah yang dikendalikan tidak diketahui atau kemungkinan notifikasi kematian pembawa HIV dan AIDS tidak dikemukakan kepada Pejabat Kesihatan Daerah oleh waris simati.
Langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil adalah seperti berikut:
· Pastikan bilangan pengendali jenazah dihadkan kepada bilangan sekecil mungkin.
· Memastikan pengendali-pengendali jenazah tidak mengalami sebarang luka atau kudis pada permukaan tubuh terutama di bahagian tangan.
· Setiap pengendali jenazah memakai dua lapisan sarung tangan plastik semasa mengendalikan jenazah.
· Sekiranya jenazah mengeluarkan darah atau cecair berlebihan yang memungkinkan percikan berlaku ke tubuh pengendali jenazah maka pemakaian apron plastik, mask dan kasut but getah diperlukan.
Sumber: sini


ini SALAH!!! Mandi mayat dengan klorox? siapa yang menentukannya??? Manusia!! HIV tidak boleh berjangkit dengan memandikan mayat si mati!!
ReplyDeleteTu la Dr. n Sains Malaysia... kenapa harus dgn clorox memang salah dan kejam. Sy harap Kerajaan Malaysia dan bdn NGO yg berkaitan bole memperhalusi lagi hal ini. Ia tidak adil bagi si mati diperlakukan sedemikian.
ReplyDelete-Z-
anonymous & z,
ReplyDeletet kasih.
kepada pembaca yang lain, antara rasional KKM kononnya adalah utk mengekang epidemic hingga tahap zero defect. apa2 saja punca kematian akibat wabak akan diambil langkah yg sama. h1n1 lebih ketat peraturannya tetapi tidak pernah dibuktikan bahawa virus boleh hidup diudara. ianya berupa penganiayaan psikologi dan menjatuhkan maruah terhadap keluarga dan mangsa oleh KKM sendiri.
sila tinggalkan komen anda di sini sebagai satu protes kita terhadap prosedur ini.
join, saya pun protes! ubah la peraturan tu
ReplyDeletesaudara muzakkir,
ReplyDeletecantik nama saudara.
jazakallah khier...
Saya pernah menguruskan jenazah hiv/aids.....bukan semua manga hiv ini sempurna, ada diantaranya mengeluarkan cecair seperti darah dan virus hiv ini banyak berada di dalam darah. tujuan semua prosedur ini bukan la untuk memalukan keluarga mangsa tetapi sebagai langkah kawalan untuk mengelakkan virus hiv ini merebak ketika menguruskan jenazah ini.
ReplyDeleteyup, saya juga pernah terlibat menguruskan jenazah hiv, semua ini langkah pencegahan drpd terus merebak.. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik drpd mengubati.. Tapi bukan semua orang tahu, itulah pentingnya pendidikan kesihatan.. salam..
Deletesalam,
ReplyDeleteselama ni sya ingatkan benda klorox ni smua propaganda betujuan menakutkan bahayanya HIV ni, rupanya betul belaka... kejam..dan tak adil untuk keluarga mangsa...linangan air mata x henti setelah membacanya....
anonymous,
ReplyDeletekita terima dan hargai pandangan tersebut.
teruskan perkongsian sebegini.
jazakallah khier...
silap percaturan,
ReplyDeletesuka atau tidak, itulah peraturan hidup.
siapalah kami (pembawa hiv/ aids) utk menentangnya.
tetapi sbg pembawa hiv sy tidak terlalu risau sbb sy berpegang kpd hakikat bahawa hina dan mulianya kita adalah di sisi Allah, bukan pada pandangan manusia.
t kasih, jazakallah khier...
Pengunaan Klorox masih lagi belum dimansuhkan.. tapi penggunaan plastik kepada jenazah yang masih utuh. ada hospital tidak menggunanya lagi.
ReplyDeleteKlorox adalah sejenis asid yang asalnya dari perkataan Klorin. Klorin adalah bahan peluntur. Pernah dijadikan bahan untuk membuat bom atom pada zaman HITLER. Atas lambakan klorin ia telah digunakan untuk menyah kuman dalam air. Kepada jenazah yang mempunyai penyakit berjangkit SOP telah menetapkan penggunaan Klorox dalam mandian jenazah.
Luka Rafieqa,
ReplyDeletet kasih & jzzkhier...
apa2pun pembawa HIV sebenarnya tidak perlu terlalu memikirkannya sehingga menghilangkan fokus utk menjalani kehidupan secara positif & berkualiti.
kita ada takdir masing2 dan itu bukan penentu hina atau mulianya nilai hamba di sisi yang maha Esa.
Saya pernah menguruskan jenazah hiv/aids.....bukan semua manga hiv ini sempurna, ada diantaranya mengeluarkan cecair seperti darah dan virus hiv ini banyak berada di dalam darah. tujuan semua prosedur ini bukan la untuk memalukan keluarga mangsa tetapi sebagai langkah kawalan untuk mengelakkan virus hiv ini merebak ketika menguruskan jenazah ini.
ReplyDeletePengunaan Klorox masih lagi belum dimansuhkan.. tapi penggunaan plastik kepada jenazah yang masih utuh. ada hospital tidak menggunanya lagi.
Klorox adalah sejenis asid yang asalnya dari perkataan Klorin. Klorin adalah bahan peluntur. Pernah dijadikan bahan untuk membuat bom atom pada zaman HITLER. Atas lambakan klorin ia telah digunakan untuk menyah kuman dalam air. Kepada jenazah yang mempunyai penyakit berjangkit SOP telah menetapkan penggunaan Klorox dalam mandian jenazah.
dua dua ni salah.
KEPALA HOTAK KAU ORANGLAH HIV BERJANGKIT DENGAN MEMANDIKAN MAYAT PAKAI KLOROX.
HOI pihak hospital. Belajarlah bagaimana HIV berjangkit.
ReplyDeleteCakap saja tak guna.
anonymous,
ReplyDeletet kasih.
sesekali terasa pendapat saudara sgt vocal tetapi bila difikir2 dgn mendalam, ada betulnya.
kalau dah tahu jenazah tu ada HIV, ambil sajalah langkah pencegahan semasa menguruskannya. tak perlu mandikan pakai klorox. barangkali itulah antara sebab masalah stigma berpanjangan.
akibatnya ada jenazah pembawa HIV yg terbiar selama berhari2 kerana stigma berlaku di kalangan kakitangan KKM sendiri.
kita tunggu kalau2 ada pandangan lain khususnya daripada pihak KKM pula selepas ini.
assalamualaikum....
ReplyDeletesaya ashraff....mohon copy untuk assignment saya ya abang2 sekalian....
terima kasih....
ashraff,
ReplyDeletewaalaikumussalam,
dipersilakan. kalau dapat A nanti, jangan lupa 'belanja' hehehe...
salam AHP..sangat2 sedey..huhuhuhuh
ReplyDeletemael,
ReplyDeletewaalaikumussalam.
tak perlu bersedih. sekalipun jika hina pandangan manusia jangan hina pada pandangan Allah. kita mencari redha Allah, bukan redha manusia. lagipun tatacara ni panduan yg terdahulu. sekarang sudah semakin berubah dan timbul kesedaran baru.
Salam.. Saya sungguh sedih.. saya rasa mmg tidak adil jika memandikan jenazah dgn CLOROX. Ibarat memandikan dengan ASID. Menyeksa mayat tersebut saja. My best friend HIV positive tp saya takkan sekejam itu untuk menggunakan CLOROX. Hakikatnya KKM itu sendiri yg mempunyai STIGMA dan DISKRIMINASI terhadap HIV.
ReplyDeleteAnonymous,
ReplyDeletet kasih
jika keadaan tersebut masih digunapakai sehingga sekarang,
betullah apa yg ada katakan tu.
tapi saya rasa dah ada byk perubahan sekarang ni
salam..saya ada belajar pasal penyakit berjangkit nie..tp sya tak pernah dengar mayat dimandikan menggunakan clorox..
ReplyDeletejika katakan cara pencegahan HIV..kita boleh ikut protokol yang disediakan..maksud saya penggunaan alat-alat perlindungan seperti mask,sarung tangan dan lain2 semasa memandikan mayat...jika pengunnaan alat perlindungan tidak lengkap semasa memandikan mayat keberangkalian jangkitan akan berlaku..
Assalamualaikum ,
ReplyDeleteEntahlah saya pun tak berani nak komen sangat tapi kalau ada fakta atau bukti masakan benda2 macam ni dipertuturkan .
Andaikata saya pernah mandikan mayat org yang ada penyakit berjangkit mengikut lunas2 yang diperuntukkan oleh undang2 Kementerian Kesihatan mungkin saya tahu sebab kalau setakat dengar dan belajar pasal penyakit memang kita tak akan tahu atau sahkan benarnya guna clorox kerana praktikalnya kita tak lihat sendiri atau dari sumber yang boleh dipercayai.
Apapun , seperti yang dikata AHP , itu semua ketententuan dari Allah. Biar kita fikir untuk macamana nak bangunkan tahap kesihatan diri dan berminda positif kerana kita mencari redha Allah bukan redha manusia.
Saya setuju pandangan saudara tentang pemakaian dan penggunaan alat2 perlindungan tertentu sebgai jaminan tidak merebaknya virus.
Senang saja , kita kena ada ilmu dan tahu mcmmana virus atau sesuatu penyakit itu merebak. Orang tu dah mati bukan boleh batuk (contohnya)atau buat sex dgn kita so siapa yang kerjanya tukang mandi mayat must tahu apa nak buat di samping dia juga kena ada ilmu. HIV bukan virus bawaan angin tapi sikap manusia itu sendiri yang takut , penuh stigma dan kurang ilmu yang membuatkannya sampai jadi berserabut , takut dan meracau , tak begitu KKM..?
Maaf ya , ini adalah pandangan saya.
fareez Fauzi
Anonymous,
ReplyDeletewslm.
bukan dimandikan menggunakan clorox tetapi ada mandian yang dicampur larutan kloroks 1:10 dan peralatan yg direndam dlm klorok.
apa2pun betul kata anda, mungkin ini pekeliling lama yang pihak KKM keluarkan.
t kasih
Fareez Fauzi,
ReplyDeletet kasih bkongsi pandangan dan rasa hati sahabat.
mudah cerita kita serahkan sahaja hina atau mulianya akhir kalam kita kepada Allah dan semoga beroleh husnul khatimah.
terpulanglah kepada org hidup nak buat apa2pun.
merekapun akhirnya mati juga.
Alhamdulillah AHP dah semakin bertenaga dan sihat hendaknya.
ReplyDeleteSelamat kembali.
Fareez Fauzi
Memang perlu mengunakan klorok.Ini bertujuan bagi mengelakkan pengurus jenazahdijangkiti virus HIV secara tidak sengaja.Tidak ada unsur penganiayaan disini.Cakapmemang senang,tapi bila dah betu-betul jumpa mayat HIV siapa nak uruskan.Semua diserahkan kepada pihak masjid untuk dimandikan.Awak nak ke dijangkiti HIV sedangkan niat asalnya nak melakukan fardu kifayah.
ReplyDeleteAnonymous,
ReplyDeletet kasih.
terpulanglah kepada anda utk memikirkan yang terbaik.
Tak kisah nak kena bagi mandi dgn apapun. Siapa yang kerja dan tanggung jawab memandikan jenazah perlu tahu apa yang nak buat cuma dia perlu kena ada pengetahuan lebih2 lagi mcmmana penyakit tu berjangkit. Dia juga kena tahu langkah2 yang sepatutnya so kena ada ilmu ,bercakap memang senang gitteww.
ReplyDeleteMengikut undang2 , sesiapa yang ada HIV perlu melapurkan pada KK daerah dgn meyalurkan maklumat dan arahan di beri melalui sessi perbincangan. Di sini akan di salurkan dan diberi penerangan bukannya main serah kat masjid. Betul kata saudara tu tadi, bercakap memang senang mcm saudara kata tu .
saya tak boleh baca :( saya tak sanggup baca.
ReplyDeleteAnonymous one.
sedih ble baca..cm mne agaknye ble sy dimandikn ngan clorox
ReplyDeleteAnonymous said...
ReplyDeletesaya tak boleh baca :( saya tak sanggup baca.
Anonymous one.
October 11, 2011 1:50 AM
ADOIIIIIIIIIIIIII , MENGAPA MCM TU DIKK OIII.
Sangggup tak sanggup kena hadapi kenyataan , be strongg!!!!
Ramai lagi org mcam adik kat luar tu. Adik must berfikiran positif. Kerana tak sanggup sampai jadi malas nak baca.
Jgn marah ya , abg paham perasaan adik tu.....
Fareez fauzi
Fareez Fauzi
sebab itulah ramai pembawa HIV down pas tau result darahnyer.. mereka risau kalo sewaktu mati nanti mayatnya akan di mandikan dengan clorox dan yang menanggung malu selepas kematian beliau pasti ahli keluarganya...
ReplyDeleteAnonymous,
ReplyDelete"sebab itulah ramai pembawa HIV down pas tau result darahnyer.. mereka risau kalo sewaktu mati nanti mayatnya akan di mandikan dengan clorox dan yang menanggung malu selepas kematian beliau pasti ahli keluarganya..."
termasuklah saya pada peringkat awalnya. stigma yg berlebihan akibat kejahilan terhadap isu ini menyebabkan ramai yg down. bukan kerana virus tetapi kerana salah info.
lebih malang, yg tak faham tetapi memandai2 beri pandangan yang menunjukkan betapa ceteknya pengetahuan masing2 dalam isu ini.
ikutkan hati, mahu saja saya cakap "aku dah mati, lantaklah apapun manusia hidup nak buat. kalau kau aniaya aku, kau tanggunglah azabnya di akhirat nanti. itu t/jwb fardhu kifayah engkau, terpulanglah kepada engkau nak fikir. nak kutuk pun suka hatilah, pandangan Allah yg penting, bukan pandangan manusia. kau, anak bini kau, cucu kau pun mati juga nanti..."
apa2pun prosedur pwngurusan jenazah PLHIV sekarang sgt tertib dan semakin ramai yang terlatih. sehabis daya aib dan fitnah cuba dipelihara. PLHIV tak payahlah risau. usah dilayan stigma melulu.
ya allah.. berilah kekuatan kepada kami sekalian..
ReplyDeletesedih la,, kalau betul dimandikan dengan klorox tak patut. Saya baca dan cari sumber untuk dapat info berhubung perkara ini, bagi pihak abang saya yang menghidapi HIV. Alhamdulillah beliau sihat tapi tak tegamak nak bagi tau dia hal macam ni. Semoga Allah ampunkan dosa dia dan keluarga saya.. dan memberi segala limpah rahmaat dan petunjuk yang baik untuk menghadapi ujian yang seterusnya. Amin
ReplyDeleteluqman & anonymous,
ReplyDeletejgn stigma dan paranoid keterlaluan.
ambil masa dulu memahami dan menganalisis situasi.
kena bijak saring maklumat utk bina kekuatan.
jgn terus tuju step last
yg tak boleh kita pastikan keadaan sebenarnya)
byk lagi steps lain.
makcik kuat
ReplyDelete-mandi klorox atau asid bukan penentunya, usah diperbesarkan benda2 mcm tu. yg penting balasan hidup kita disana nanti, banyakkan berbincang dan berfikir mcmmana nak berjumpa dgn allah nanti, nak bersoal jwb dgn mungkar nakir, nak menghabiskan sisa2 hidup yg masih berbaki. hal2 kecil remeh temeh itu kemudiankan dahulu setelah selama ini banyka masa dihabiskan dgn aktiviti yg tak sepatutnya, jgn marah, makcik sekadar kongsi pendapat.
makcik kuat,
ReplyDeletesaya setuju dengan makcik 100%
cuma biasalah, barangkali kerana stigma dan diskriminasi (sama ada dari luar atau dalam diri plhiv), inilah antara perkara yang sangat2 menakutkan mereka sebaik shaja didiagnos. sbb itu kita perjuangkan cara mencegah hiv secara tepat. saya dulu2 pun begitu juga... hehehe
A B C D E F G.......
ReplyDeleteFirst come first serve.... settle perkara atau masalah satu per satu, list down the priority. Jangan main harung semua benda sekali gus, pening kepala nak fikir nanti. Hal hari ini settle hari ini, hal esok settle hari esok, akan ada sahaja benda baru dalam kehidupan. Dunia sekarang semakin advance. Jangan pendahuluan belum selesai nak habiskan yang akhir terus. Fail la kalau buat macam ni dalam exam... betul tak cikgu.?
"Mengikut seksyen 10 (1) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 – Adalah menjadi kesalahan ke atas setiap penghuni dewasa mana-mana rumah di mana terdapat penyakit berjangkit; atau orang yang menjaga; atau yang ada bersama dan mereka yang bukan pengamal perubatan menyelenggarakan sesiapa yang mengidap yang mati akibat penyakit berjangkit tanpa melaporkan kepada pegawai Kesihatan di kemudahan kesihatan atau balai polis atau ketua kampung yang terdekat dengan segera."
ReplyDeleteakta ni pernah disebut oleh kaunselor azm d hosp. azm terkedu. bila d minta alamat, lama azm terdiam. akhirnya azm langsung tak bg alamat kpd kaunselor tu walaupun dia memintanya berulang kali.
saya tak dapat bayangkan bila saya meninggal nanti saya dimandi dengan chloroc...saya mungkin x boleh lihat semua ni, tapi saya rasa tak adil untuk keluarga saya...
ReplyDeleteSalam sejahtera buat semua,
ReplyDeleteSetelah membaca entry ini dan kesemua comment yang diberikan berkaitan dengan entry ini, saya rasa terpanggil untuk memberikan sedikit pandangan berkenaan dengan isu ini.
Saya bukan pengamal/kakitangan perubatan, jadi mungkin terdapat info yang akan saya berikan tidak tepat. Tetapi pembetulan dari kalian semua amat saya hargai kerana bertepatan dengan tujuan blog ini diadakan adalah untuk mendidik dan saling berkongsi pengetahuan kerkenaan HIV.
1. Kita sebagai pembawa virus HIV mungkin sudah sedia maklum dengan perbezaan maksud istilah antara HIV dan AIDS. Sebagai pembawa virus HIV kita mempunyai virus HIV di dalam badan, tetapi bukan semua pembawa virus HIV meninggal dunia disebabkan oleh AIDS.
2. Kebanyakkan (bukan semua) dari kita sebagai pembawa virus HIV, bukan sekadar mempunyai virus HIV sahaja di dalam badan tetapi ada juga unsur mikro yang lain seperti Hep. B, Hep. C, mycobakterium TB, dll.
3. Virus HIV tidak akan bertahan lama setelah terdedah kepada udara, hanya 0.3% peluang untuk mendapat HIV dari jarum suntikkan yang baru di suntik dari pembawa HIV ke individu yang lain. Tetapi Hep. C masih boleh menjangkiti orang lain melalui darah tersebut walaupun ia sudah kering.
4. Sesorang pembawa virus HIV yang tidak pernah menjalankan rawatan untuk mengawal bilangan virus di dalam badan, mempunyai purata hayat selama 10 tahun dan akan meninggal dunia kerana AIDS.
5. Sesorang yang meninggal dunia kerana AIDS disebabkan oleh 1001 macam penyakit yang berjangkit.
6. Terdapat 1001 macam penyakit berjangkit yang boleh pindahkan melalui udara, air dan sentuhan.
Setelah mengambil masa untuk membaca dan meneliti entry berkenaan pengurusan jenazah ini, saya memahami tujuan "kenapa" garis panduan tersebut dibentuk sedemikian rupa dan memang jelas ia bertujuan untuk membendung semua jenis penyakit berjangkit dari jenazah yang meninggal dunia kerana AIDS daripada menjangkiti individu lain. Tetapi ia seolah tidak adil bagi jenazah pembawa virus HIV yang meninggal dunia bukan disebabkan oleh AIDS. Sebagai contoh, adakah pembawa virus HIV yang meninggal dunia disebabkan oleh sakit jantung masih perlu diuruskan sedemikian rupa?
Jelas sekali garis panduan ini harus disemak semula oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, dan pada pendapat saya "usia" garis panduan ini sudah terlalu lama dan tidak pernah di semak semula dari waktu ianya dibentuk pada masa negara kita mula menerima kes kematian dari pembawa virus HIV pertama, iaitu hanya hanya kerana AIDS iaitu pada 20-30 tahun yang lepas.
Nasihat saya kepada pembawa virus HIV yang lain, pastikan tahap kesihatan anda berada pada keadaan yang paling maksima. Sila dapatkan rawatan, kerana negara kita adalah antara yang terbaik dalam menyediakan rawatan (hampir percuma) dalam mengawal penularan virus HIV, baik untuk umum dan juga individu.
Ya, semua manusia pasti akan meninggal dunia..tetapi kita sebagai pembawa virus HIV mempunyai "kuasa" untuk menentukan cara bagaimana kita meninggal dunia. Dengan disiplin mengikuti setiap rawatan, anda mungkin masih berpeluang untuk hidup lebih lama apabila ubatan untuk menyembuhkan penyakit ini telah ditemui. Dan yang paling penting, sentiasa berfikiran positif. Tuhan selau ada untuk mendengar segala tangisan, rayuan dan doa mu.
link berguna: http://chirucola.blogspot.com/2006/08/hiv-aids-myths-and-facts_30.html
terima kasih atas pandangan yang sangat positif, saya bersetuju dengan saudara.. dan paling penting saya paling suka ayat
Delete"Ya, semua manusia pasti akan meninggal dunia..tetapi kita sebagai pembawa virus HIV mempunyai "kuasa" untuk menentukan cara bagaimana kita meninggal dunia."
ok sekali lagi selamat datang. )
Terima kasih & tahniah atas perkongsian yg sgt bagus.
DeleteBukan calang2 orang ni :)
Semua fakta yg anda kongsikan adalah sgt tepat.
Itulah yg saya cuba sampaikan selama ini dan selit dalam macam2 n3. Mungkin saya akan share pandangan anda sebagai sebuah n3 nanti.
Cuma dlm soal tatacara pengurusan jenazah tu saya fikir tak perlulah plhiv fikirkan sgt. Secara asasnya pekeliling tersebut masih diguna pakai utk langkah pencegahan penyakit berjangkit tetapi byk perkara dan pendekatan telah diperbaiki.
Pengurusan jenazah plhiv sekarang sama sahaja dengan jenazah lain. Yang menguruskannya pun terlatih dan diberi pendedahan sebenar tentang virus.Setakat pakai glove tu normal lah. Semua pun begitu.
Harap plhiv fokus kpd rawatan dan budaya hidup sihat, bukan memikirkan perkara yang remeh temeh.
Kami sentiasa mengalu2kan dan memerlukan pandangan begini.
T kasih
Sangat menarik , teruskan memberi pandangan semoga minda kami khasnya PLHIV sendiri terbuka , bertindak dan berfikiran rasional.
DeleteYa betul tu , kita mempunyai kuasa menentukan cara mati dan hidup kita hasil dari tindakan bijak dan awal sedar sebagai pembawa Virus.
Bagi yang takut2 untuk megetahui status diri ubahlah cara pemikiran anda kalau mahu menghargai nikmat nyawa dan hidup yang Allah beri ini.
Terima kasih saudara 'RVD Positive' dan pihak kami sangat menghargai.
nk komen gak...
ReplyDeletebagi pesakit HIV (yang patut kene) seperti penagih @ penzina bebas,mereka la yang mmg patut dipersalahkn.mase wat perangai x elok tuh bukan nk pikir mase dpn...x pikir langsung kesan pada orang lain...dan anggaplah mandi klorok tu azab dari dosa mereka di dunia ini...
*kepada yang x patot dijangkiti,saya mohop jutaan keampunan kerana komen saya langsung tidak ditujukan kepada anda. T_T
1 lg,kepada tuan blog ni saya mohon amek data kat sini,nk buat research. ^_^v
Semah rasa mcm nak nangis....
Deletesedih saya baca komen ini. siapa kita sebagai manusia nak menghukum org lain. kesilapan lalu bukan menjadi ukuran kepada kehidupan masa depan seseorang. Allah menerima taubat seseorang. semoga saudara/saudari perlu menjaga hati dan perasaan bila memberi komen. maaf.
Deletejgn sedih2 , nasnti tak kena kat dia akan kena juga kat anak pinak dia
Delete"Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang telah dilakukannya, maka dia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut"
ReplyDeleteHadis
Riwayat Tarmizi
Perkongsian daripada bro luka
Manusia, kerja dia hanyalah untuk menyampaikan.
Bukan untuk menghukum.
Mereka yang terdampar di jalanan lemas dan sesat, semua tu salah kita yang tidak menyampaikan kebenaran, menarik mereka daripada lorong gelita.
WA. perkongsian daripada AS.
so bro lu pikir lah sendiri apa yang lu cakap tu ok?
Selaku ADMIN saya tidak benarkan satu ayat atau satu patah perkataan di ambil dari blog ini terutamanya artikel tulisan saya sendiri - Anonymous one, kerana pihak saudara/i telah menghina blog ini sediri, against stigma, judgmental, negative thinking, discrimination and malpractice!
so untuk orang yang banyak menghukum dan menilai orang lain tidak perlu datang ke blog kami.
Ya Allah,sesungguhnya aku tidak menyedari perbuatan aku di sini adalah satu dosa,ampuni ku ya Allah.....................
ReplyDeletesaudara Admin,maafkan saya jika telah mencemari blog anda,saya juga insan yang masih lagi buta ilmu...saya berhak dan redha segala teguran keras saudara.niat saya cuma ingin mengingati penzina dan penagih yang masih diberi nikmat hidup,tapi saya meluahkan dengan cara yang salah.
sekali lagi maafkan saya.
secara medik, betul ke clorox tu akan deactivate virus hiv 100%?
ReplyDeletediskriminasi ni hal dunia..
ReplyDeletebila kita meninggal .masih ada lg kah diskriminasi ??
mf lah abg2 seme.. sy rasa xperlu pikir sgt apa kata ORG pikirkan apa kata ALLAH dgn kita.,, tabah ye.
semua yg berlaku ada hikmah :)
sbb sy tahu ALLAH itu adiL utk hamba nya :)
masa di beri nyawa lgi.. buat lah amal kebaikan , xperlu peduli masyrt yg hanya tahu mgkritik, mcaci sbb ianya xdapat mmbantu kita. btw,,nk masuk dlm folio sikit ey...mohon shared .kikiki
ReplyDeleteAssalam,just nak bekongsi pengalaman,abang saya telah meninggal dunia tahun lepas akibat HIV. Sepanjang beliau tidak sihat kerana HIV, kami sekeluarga tidak pernah membezakan @ dengan kata yang lain, kami menjaga beliau dengan baik. Bagi kami, kesilapan lalu adalah perkara yang yang mungkin takdir yang telah ditulis untuk beliau.Tiada siapa didunia ini dilahirkan untuk melakukan dosa.Semasa beliau meninggal dunia di rumah, beliau telah dimandikan dan dikafankan di hospital,memang banyak prosedur yang terpaksa diikut dan sebagai ahli keluarga, kami memang sedih terutama sekali ibu saya..setelah setahun berlalu,kehilangan beliau masih dirasai kerana bagi saya, abang saya adalah abang yang terbaik (walaupun drug addict yang tegar, namun masih boleh mengawal perasaan ketagihan dihadapan kami sekeluarga).cuma beliau selalu menyesali kesilapan beliau di waktu remaja..pesanan saya kepada semua..janganlah dihina atau dipandang rendah kepada pesakit HIV, bantu dan sokonglah mereka..dan hormatilah prosedur-prosedur yang telah ditetapkan untuk jenazah-jenazah hiv..dan kita sebagai waris..sentiasalah berdoa agar roh mereka sentiasa dicucuri dan dirahmati Allah..
ReplyDeleteAmin...
DeleteSemoga arwah abang saudara/i dicucuri rahmat Allah
Soalan
ReplyDeletebagaimanakah cara untuk menguruskan jenazah bagi pesakit aids islam
Jawapan
Cara untuk menguruskan jenazah bagi pesakit AIDS beragama Islam:
(a) Memandikan jenazah:
i) Pemandi jenazah mesti memakai sarung tangan (dua pasang) yang
tebal dan kalis air.
ii) Pemandi juga mesti memakai apron.
iii) Pemandi juga memakai kasut but paras lutut.
iv) Pemandi memakai topeng (mask) yang menutup mulut dan hidup.
v) Pemandi mesti memakai eyeshield.
vi) Bekas mandi jenazah mestilah mempunyai saluran air keluar terus
ke dalam tanah.
vii) Bahan mandian menggunakan klorok (1 liter klorok = 9 liter air)
viii) Bahan klorin ditaburkan dalam takungan bekas buangan air
mandian jenazah
ix) Segala peralatan yang digunakan hendaklah ditanam selepas
mandian jenazah selesai.
x) Sekiranya peralatan tersebut hendak digunakan semula maka ia
hendaklah direndam dalam larutan klorok selama 3 jam sebelum digunakan.
xi) Hanya air siraman pertama menggunakan air klorok manakala
siraman seterusnya adalah air biasa.
(b) mengafankan jenazah:
i) Lapisan pertama menggunakan plastik yang sama panjang dengan
ukuran jenazah.
ii) Setiap rongga hendaklah disumbat dengan kapas yang telah
dilembabkan dengan klorok.
iii) Kain kafan seperti mana jenazah biasa.
(c ) Menyembahyang dan mengebumikan jenazah pesakit AIDS adalah sama
seperti mana jenazah manusia biasa.
Untuk mendapat maklumat lanjut, sila rujuk buku Panduan Menguruskan
Jenazah AIDS terbitan Kementerian Kesihatan Malaysia.
(rujukan islamgrid.gov.my---http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/237)
Kaedah Pengendalian Mayat Pesakit AIDS di Malaysia
ReplyDeleteKeputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-29 yang bersidang pada 19 Feb 1992 telah membincangkan Kaedah Pengendalian Mayat Pesakit AIDS di Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Mayat pesakit AIDS tidak termasuk dalam kategori yang diberi pengecualian dari dimandikan dan dikapankan. Tidak termasuk dalam kategori boleh diberi kelonggaran (rukhsah) dengan tayamum. Oleh itu mayat pesakit AIDS wajib dimandi, dikapan, disembahyang dan dikebumikan seperti mayat orang Islam yang lain.
Pengurusan mayat (jenazah) pesakit AIDS hendaklah mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan seperti memakai sarung tangan, muka dan mencuci tangan dengan clorox.
Keputusan (English):
The Methods of Handling the Corpse of AIDS Patients in Malaysia
Decision:
The 29th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 19th February 1992 has discussed the Methods of Handling the Corpse of AIDS Patients in Malaysia. The Conference decided that:
1. The corpse of an AIDS patient is not given the excuse from being bathed and wrapped in sheets. It is also not eligible for dispensation (rukhsah) in the form of tayammum. As such, the corpse of AIDS patients must be bathed, wrap in sheets, prayed on and buried like the bodies of other dead Muslims.
2. The corpse management of AIDS patients must follow the regulations prescribed by the Ministry of Health such as the wearing of gloves, facial masks and washing one’s hands with clorox.
Keterangan/Hujah:
AIDS adalah sejenis virus (kuman) yang melemahkan sistem pertahanan badan manusia dan boleh membawa maut. Umumnya AIDS boleh berjangkit melalui hubungan seks dengan pasangan yang terkena jangkitan virus AIDS atau berkongsi menggunakan jarum suntikan terutama penagih-penagih dadah. Virus AIDS tidak boleh hidup dalam badan atau anggota manusia yang telah mati tidak lebih 6 atau 7 jam dan tidak boleh hidup dalam daging atau sel binatang umpamanya dalam darah nyamuk. Virus AIDS boleh hidup dan berjangkit dalam bendalir badan manusia, peratus paling tinggi ialah dalam darah dan air mani, sementara air liur, hingus dan susu badan, peratus jangkitan melaluinya terlalu rendah. Virus AIDS tidak boleh merebak melalui perhubungan biasa seperti duduk bersebelahan, berjabat tangan atau bekerja dengan pengidap AIDS dan ia juga tidak merebak melalui udara.
Setiap mayat orang Islam wajib di mandi, dikapan, disembahyang dan ditanam. Walaubagaimanapun terdapat penyecualian dan kelonggaran (ruksah) kepada hukum ini seperti berikut:
Dikecualikan daripada mandi dan sembahyang kepada orang Islam yang terbunuh dalam peperangan melawan orang kafir kerana menegakkan agama Allah, ini berdasarkan hadith yang bermaksud “Dari Jabar sesungguhnya Nabi memerintahkan kepada sahabat-sahabat baginda, berhubung dengan orangorang yang terbunuh dalam peperangan Uhud supaya mereka dikuburkan bersama darah mereka tidak dimandikan dan tidak pula disembahyangkan”. (Riwayatkan Al-Bukhari)
Diberi kelonggaran (ruksah) dengan tayamum bagi menggantikan mandi sekiranya mayat sudah hancur akibat kebakaran, apabila ketiadaan air atau pada ketika tidak ada perempuan atau mahram untuk memandikan mayat perempuan begitu juga sebaliknya.
Kementerian Kesihatan telah memberikan garis panduan sebagai langkah berjaga-jaga kepada orang-orang yang terlibat dalam pengurusan mayat pesakit AIDS seperti memakai sarung tangan sekiranya tangan atau jari luka, memakai sarung muka, kasut panjang dan dinasihatkan mencuci tangan dengan clorox. Sementara untuk mengelap cecair yang keluar daripada rongga seperti hidung, mulut dan sebagainya hendaklah menggunakan penyepit.
(rujukan JAKIM http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/kaedah-pengendalian-mayat-pesakit-aids-di-malaysia)
salam, pakcik sy br meninggal dunia..dan dia ada hep b, hep c, dan hiv positif..dlm pengendalian jenazahnya mmg ada digunakan clorox..
ReplyDeletewalaupun dia drug addict tegar, dia xpernah mencuri duit mak ayah atau adik beradik..syukur dia pergi dgn tenang kerana dia bkn pesakit yg terlentang di katil menunggu hari..dia sihat, cuma akhir2 ni sering demam dan luka di kaki kesan eksiden thn lepas x sembuh2..
awalnya mak sy sedih bila tau clorox digunakan utk mandikan jenazah adik dia..ayat dia 'smp kena guna klorox ye..kotor sgt ke'
syukur sy jumpa blog ni dan sy terangkan pd mak saya, itu prosedur pengurusan jenazah hiv..mmg sebegitu..lagipun masa arwah hidup, kami mmg tidak tahu menahu yg arwah ada hiv, tp arwah mmg menjaga kebersihan..malah dia melarang org lain menyentuh luka dikakinya dan smua dia lakukan sendiri seperti mandi, berak, kencing dll..
alhamdulillah mak saya dpt menerima info di sini dgn baik..semoga semua mendapat manfaat..insyaallah
Hiba... tapi terima penuh redho.. Boleh diperhalusi lagi.. Bila banyak research telah di buat..
ReplyDeleteYa ALLAH sampai macam tu sekali ke ? :( ... sedihnye baca..semoga AHP tabah yea :')
ReplyDeleteSedihnya diperlakukan mcm tu..
ReplyDeleteBagi aku, itu dah nasib aku yg ade hiv,
aku terpaksa redha kalau dimandikan klorok.
Tp tak adil buat family, dorg terpaksa tanggung malu selamanya atas dosa2 aku..
Urusan kat dunia aku dah habis, tp kesannya family yg masih hidup terpaksa tanggung.. Sedih kan.
Salam semua...
ReplyDeleteSetelah baca komen-komen yg ada tentang klorox ni, rasanya tak perlulah :
(i) diperbesar-besarkan isu ini
(ii) berkecil hati tentangnya penggunaannya
(iii) dipertikai penggunaannya
Ini hanyalah bertujuan untuk langkah :
(i) keselamatan pemandi
(ii) kebersihan jenazah
(iii) membunuh kuman
Nisbah klorok yang digunakan pula hanyalah 1 : 10, yang mana ianya boleh dikatakan sangat 'cair', tidak sehingga mencederakan/menyakiti jenazah sebagaimana yang syariatkan oleh Islam.
Selain daripada itu perlu diingat, tugas memandikan jenazah ini adalah tugas ahli keluarganya sendiri dan bukannya oleh orang lain.
Hanya boleh diserahkan kepada orang lain yang berkemampuan dan berkelayakkan sahaja sekiranya ahli keluarganya tidak berkemampuan untuk melaksanakannya.
Bukan sahaja penyakit HIV yang perlu diambil perhatian semasa pemandian jenazah, malahan terdapat penyakit yang lebih berbahaya daripada HIV yang perlu diberi perhatian semasa pemandian jenazah. Ianya hanyalah diketahui oleh orang-orang yang biasa memandikan jenazah.
Bagi saya, tugas pemandi jenazah ni bukannya mudah. Ianya perlu memenuhi semua keperluan di bawah, pada masa perlaksanaan pengurusan jenazah, kerana pemandi jenazah sedar bahawa tugasnya mempersiapkan jenazah untuk dipulangkan kepada ALLAH yang menciptakannya.
(i) syariat
(ii) keselamatan
(iii) kehormatan
(iv) hukum dan undang-undang
(v) amanah
Banyak lagi masalah besar yang perlu dilihat di dalam proses pengendalian jenazah yang tidak diambil berat oleh masyarakat kita.
Penggunaan klorox ini hanyalah satu perkara yg kecil sahaja, yang saya rasakan ianya bukanlah satu masalah.
Tapi percayalah, setiap pemandi jenazah itu akan melakukan yang terbaik bagi melaksanakan tugas yang diamanahkan kepadanya.
Susah, senang, baik dan buruk melaksanakan pengurusan seseorang jenazah, hanya disimpan di dalam hatinya.
Bagi saya, renungkanlah diri kita.
Bagaimana keadaan saat akhir kita nanti, itulah saat yang paling penting di dalam hidup kita.
Bila-bila masa dan dimana sahaja kita akan dipanggil.
Itulah sahaja yang dapat saya luahkan pendapat berdasarkan pengalaman yang amat-amat sedikit ini.
Sekian. Terima kasih.
Wasallam
Alhamdulillah
DeleteSatu keterangan yang padat , baik dan berasas.
Cuma tak tahu dari siapa yang menggunakan nama termasuk saya juga yang menyamar seperti tuan puan
tak boleh ker request pihak hospital mandikan kat hospital secara tertutup?
ReplyDeleteHello, its pleasant piece of writing regarding media
ReplyDeleteprint, we all know media is a great source of facts.
Also visit my webpage adele surgery
Awesome article.
ReplyDeleteAlso see my page :: a fire inside sing the sorrow secret site
Very nice article, just what I needed.
ReplyDeleteAlso visit my web page :: abc wooden blocks