(Terdapat sedikit editing berbanding catatan peristiwa sebenar untuk mengelakkan entry ini terlalu panjang tetapi masih kekal mengikut fakta asal)
Mulai 22 Disember 2010 hidupku penuh dilemma. Seboleh-bolehnya aku tidak mahu ke hospital Negeri untuk menjalani repeat test mengesan HIV. Aku tidak sanggup berdepan dengan kakitangan perubatan apabila teringatkan cara doctor cina tersebut melayanku.
Aku dimaklumkan juga bahawa pihak hospital Negeri menetapkan hari-hari tertentu untuk merawat pesakit HIV. Bermakna statusku sebagai HIV positive berisiko terdedah kepada orang ramai. Kadang-kadang kita tidak mengenali seseorang tetapi mereka mengenali kita.
Selain itu, mungkin ianya mengambil tempoh yang agak lama untuk aku mendapatkan temu janji bagi menjalani beberapa siri ujian darah, menunggu keputusan dan memulakan rawatan. Sudah tentu aku tidak mampu menunggu selama itu. Tekanan perasaanku perlu diambil kira.
28 Disember 2010 (Tarikh hari lahir anak keduaku), aku ke sebuah private medical centre untuk menjalani repeat test HIV dan hepatitis C. Aku ditemani isteri-isteriku untuk menjalani ujian yang sama.
Bayangkan betapa janggalnya apabila lelaki setua aku dan ditemani dua orang isteri menjalani ujian HIV dan hepatitis C. Sampai ke satu tahap, aku terkencing dalam seluar kerana gugup dan malu sebelum memasuki pusat rawatan berkenaan. Terpaksalah aku beli kain pelikat untuk aku bersolat dalam perjalanan.
Setelah menjalani ujian darah, kami berjumpa consultant physician di pusat rawatan tersebut bagi sesi review dan kaunseling. Keputusannya memang menunjukkan aku HIV positive tetapi berita gembiranya pula ialah keputusan ujian Hepatitis C aku bertukar daripada positive kepada negative. Saringan HIV isteri-isteriku pula adalah negative.
Berita itu bagaikan satu kemenangan besar bagi aku sekalipun mereka masih berisiko dijangkiti atau mungkin sedang berada di tahap window period.
Doctor sendiri agak terkejut dengan keputusan tersebut. Beliau pada mulanya menyarankan aku supaya menjalani ujian western blot untuk confirmation. Beliau berpendapat jika mahu menjimatkan kos, keputusan ujian HIV isteri-isteriku cukup sebagai confirmation. Rasional tersebut berdasarkan fakta bahawa aku telah berkahwin hampir 21 tahun. Logicnya virus sudah menjangkiti mereka jika ianya sudah lama berada dalam tubuhku.
Dari situlah timbulnya kemungkinan aku baru mendapat virus tersebut. Fizikalku tidak menunjukkan sebarang symptoms dan isteri-isteriku bebas HIV. Terdapat kecenderungan para pesakit diabetes mudah terdedah kepada virus HIV tanpa sebab-sebab yang jelas akibat immunity badan yang sedia lemah.
Walaupun begitu, aku teruskan juga menjalani ujian western blot dan 2 minggu selepas itu keputusannya tetap menunjukkan aku HIV positive. Tak mengapalah, apa nak dikata jika begitu takdirku. Melayang RM590 sebagai kos ujian HIV, hepatitis dan western blot tersebut.
Aku mendapat sedikit kekuatan melalui keputusan terbaru dan kaunseling yang telah diberikan. Begitulah besarnya peranan doctor dalam membantu psikologi seseorang pesakit.
Aku juga sempat meminta pandangan beliau jika aku enggan meneruskan rawatan di hospital Negeri. Beliau mencadangkan aku untuk mendapatkan rawatan dari rakan beliau iaitu seorang Doctor Pakar Keluarga yang berpengalaman di bidang HIV/ AIDS di sebuah KK berhampiran ibu negeri.
Apabila aku menyatakan persetujuan, beliau bersusah payah menelefon dan mengatur temu janji. Sekurang-kurangnya KK tersebut agak ‘tersorok’ sekalipun bagi mereka yang tahu, ianya sebuah KK khas untuk pengidap HIV positive.
AHP:
- Apabila mendapat keputusan western blot, seluruh harapanku supaya berlaku human error atau machine error terhadap keputusan HIV berkecai. Sempena hari lahir anakku, itulah harinya aku terpaksa terima kenyataan bahawa aku HIV positive!
- Betulkah darah di hospital bebas HIV?
Teringat aku 2 peristiwa sebelum menjalani bone marrow biopsy tempohari:
1. Aku perlu menanda tangani Surat Kebenaran dan Perakuan bahawa aku maklum pemindahan darah berisiko dijangkiti virus HIV. Aku tanya, “Berapa persent kemungkinan?”, doctor tersebut mengandaikan jaminan selamat sekitar 97% ke atas.
Bermakna, sukar untuk dinafikan bahawa jangkitan boleh berlaku di mana-mana sahaja tetapi ini tidak bermakna aku membuat tuduhan kepada mana-mana pihak.
2. Aku pernah dengar ceramah seorang doctor pakar yang mengingatkan supaya orang ramai seboleh-bolehnya mengelakkan pemindahan darah kerana human error dan machine error sentiasa berlaku. Apatah lagi jika darah-darah tersebut diambil melalui kempen-kempen derma darah di tempat-tempat awam.
Kemungkinan untuk terdedah kepada pelbagai virus termasuk HIV adalah lebih tinggi. Wallahu a’lam. Aku tidak layak memberikan pandangan.