Entry ini khas untuk rujukan mana-mana pegawai perubatan yang berminat untuk membuat kajian kes. Aku salin 100% kerana aku tak berapa faham tentang istilah-istilah perubatan. Maklumat adalah adalah sangat terhad sebagaimana yang aku jelaskan dalam entry sebelum ini.
Maklumat umum
Umur: 43 tahun.
Tinggi: 1.72 meter.
Berat badan: 79-80 kg.
Luaran: Kelihatan sihat sejahtera tanpa apa-apa tanda HIV positif.
Lain-lain:
Bekas perokok tegar, pengidap diabetes. Kebelakangan ini sering rasa pening, mungkin akibat platelet yang rendah. Kelesuan sejak mengidap diabetis. (Pening dan lesu ini dapat diatasi jika aku konsisten mengawal diet dan senaman)
Terdapat bintik atau tompok-tompok kecil kehitaman sekitar kaki, betis dan peha sejak 2,3 tahun kebelakangan ini. Telinga agak berdesing.
Disahkan HIV positif sejak 28 Disember 2010. Telah membuat ujian western blot.
Rawatan lanjut:
Akan menjalani ujian CD4/CD8 and viral load pada 15 Mac 2011 nanti.
Ubat-ubatan yang diambil:
Antibiotic CO-Trimoxazole 2 biji sehari.
Metformin: 250 mg pagi dan 250mg malam.
Telah menjalani suntikan imunisasi Hepatitis B dan Influenza di klinik swasta.
Suplement food (atas pilihan sendiri):
4Life transfer factor advanced formula, 4Life TF plus advanced, 4Life TF glucoach dan 4Life TF riovida sejak 3 bulan yang lalu. (Bioseed dan C3 sprulina produk Gamat Emas – mak yang sponsor sejak sebulan yang lalu. Makan jugalah, nanti mak marah)
Result ujian darah (Sebelum BMA)
(by Gribbles Pathology)
Date: 29.9.2010
Date: 29.9.2010
Haemoglobin 135
RBC 4.27
PCV 0.40
MCV 93
MCH 32
MCHC 340
RDW 15.2
White Cell Count 2.3
Neutrophils 1.2 53%
Lymphocytes 0.9 39%
Monocytes 0.1 5%
Eosinophils 0.0 2%
Basophils 0.0 1%
Platelet 54
ESR 76
Hb 13.5 g/dl – normal. Red cells are normocytic. Moderate thrombocytopenia. Leucopenia, nuetropenia. An occasional atypical lymphocytes with basophilic cytoplasm seen.
IMPRESSION : Thrombocytopenia and nuetropenia may be due to a viral infection or to medication or some marrow pathology.
Any h/o fever?
Suggest follow up FBP incated and if counts remain low, bone marrow and trephine biopsy is indicated.
AHP: Insya-Allah aku akan sambung dalam entry berikutnya. Mungkin ada 4 entry berkaitan maklumat ujian darah ini. Sedih aku membacanya, teringat macam-macam perkara yang aku cuba lupakan. Selain itu, aku penat menaip istilah-istilah perubatan. Terkumat kamit mulut dibuatnya. Patutlah aku tak layak jadi doctor. Nak taip pun dah susah, apatah lagi nak ingat, faham, jawab exam dan praktiskan. Bagi aku, Medical Practitioner adalah insan terpilih.