Thursday, January 27, 2011

PESAN UNTUK TEMAN-TEMAN HIV POSITIF


Kebanyakan orang yang menerima berita bahawa mereka dijangkiti HIV/AIDS akan menafikan bahawa keputusan ujian darah itu betul.

Anda mungkin berpendapat bahawa keputusan ujian itu salah atau makmal cuai dan telah mencampur-adukkan keputusan ujian. Reaksi seperti ini adalah biasa dan normal.

Pada permulaannya, penafian ini mungkin membantu, ia boleh memberi masa dan peluang untuk anda membiasakan diri dengan jangkitan HIV/AIDS.

Bagaimanapun, sekiranya penafian ini tidak diatasi, ia merbahaya kerana anda mungkin tidak mengambil langkah mencegah atau meminta bantuan sokongan dan rawatan.

Adalah penting agar anda meluahkan perasaan anda kepada doktor atau rakan yang boleh dipercayai agar anda mendapat rawatan dan sokongan yang diperlukan.

Perasaan keliru/ marah adalah normal dan biasa ketika menerima berita HIV/AIDS. Kebanyakan pesakit bingung/marah kerana mereka ragu-ragu dari mana mereka mendapat jangkitan virus HIV dan tidak mengetahui bahawa mereka pembawa virus itu.

Cara mengendalikan perasaan keliru dan marah ialah: 

1. Bercakap tentang perasaan anda kepada doctor, rakan              yang  jujur, kaunselor atau kumpulan sokongan professional.

2. Elakkan daripada bergaul dengan orang-orang yang mungkin meningkatkan perasaan marah anda dan berhati-hati supaya tidak mendedahkan diri kepada stigma.

3. Tingkatkan aktiviti-aktiviti supaya tidak terlampau memikirkan perasaan marah itu. 

4. Paling penting ialah memohon pertolongan Allah. Jika anda masih terlibat dengan gejala kurang sihat, berhentilah. Inilah masanya untuk berubah dan bertaubat.



AHP: Memang menuntut kesabaran lebih 1000% dan cubalah berfikir secara positif. Ramai lagi insan lain yang lebih menderita dengan pelbagai ujian Allah. Lihatlah betapa mereka tetap tabah dan berjuang. Come on bro…!


Sumber: sini