Dr. Iskandar Firzada bin Osman
14 Januari 2011 aku ke Klinik Kesihatan (KK) XXX untuk temujanji pertama dengan Dr. Iskandar. Aku meminta kedua-dua isteriku menemani kerana aku mahu mereka mendengar dan bertanya sendiri apa sahaja perkara yang mungkin timbul. Biar segala-galanya jelas kerana tiada apa-apa perkara yang perlu aku sembunyikan.
Ketika itu kedua-dua anakku belum tahu status HIV ku kerana aku mahu menunggu pendapat Dr. Iskandar terlebih dahulu. Insya-Allah aku akan ceritakan bagaimana aku memberitahu anak-anakku tentang hakikat tersebut.
Perjalanan ke KK tersebut dari daerahku mengambil masa hampir 2 jam. Kami berbincang dan mencatatkan apa sahaja perkara yang mahu ditanya. Hatiku gelisah setiap kali ke mana-mana saja pusat perubatan / rawatan kerana ianya bermakna aku terpaksa mendedahkan dan berbincang mengenai status HIV positiveku. Aku betul-betul tidak selesa dan sebenarnya sukar untukku memberi kepercayaan kepada sesiapa pun.
Terus-terang aku katakan bahawa bertemu Dr. Iskandar Firzada banyak mengubah persepsi dan stigma negative aku sendiri terhadap HIV / AIDS serta kakitangan perubatan. Beliau dengan tenang menerangkan tentang HIV/ AIDS, HAART dan menjawab apa sahaja soalan dengan baik. Pesakit seperti aku memang sangat-sangat memerlukan pendapat pakar walaupun kesemua maklumat tersebut boleh dicapai di hujung jari (google).
Pesakit juga bukanlah mengharapkan kesempurnaan jawapan doctor 100% sebaliknya lebih kepada empathy dan bantuan psychology untuk memulakan rawatan klinikal. Paling asas ialah doctor mesti tahu cara membina kepercayaan pesakit. Kesungguhan dan keikhlasan membantu itu aku akui wujud dalam diri Dr. Iskandar Firzada.
Beliau memberi kaunseling kepada kami selama hampir 2 jam, tidak terburu-buru dan mengiringi kami ke makmal untuk ujian darah dan diabetes.
Tips terpenting yang beliau ingatkan ialah, aku mesti positif dan lupakan sahaja perkara yang telah berlaku bahkan terdapat seorang lagi pesakit beliau yang hampir sama situasinya dengan aku. Seorang pesakit diabetes, tak diketahui punca jangkitan dan sedang menghabiskan thesis PHDnya.
Aku juga mesti mengawal diabetesku terlebih dahulu. Kandungan gula yang terkawal membantu aku melawan penyakit. Aku perlu bersungguh-sungguh mengawal diet dan konsisten dengan senaman.
Nak tahu sebahagian daripada soalan yang kami tanya? Soalan-soalan bolehlah aku share tetapi jawapan-jawapan aku akan kongsikan secara beransur-ansur dalam entries seterusnya. Antara soalan-soalannya ialah:
Selepas sesi kaunseling, beliau mencadangkan aku mendapatkan suntikan imunisasi Hepatitis B, Influenza dan Meningitis (Kesemuanya telah aku lakukan). Aku juga perlu menghabiskan Co-Trimoxazole (antibiotic) yang dibekalkan untuk sebulan.
Disebabkan tahap imunisasi yang rendah, aku perlu bijak menjauhkan diri daripada kawasan-kawasan yang berisiko dengan jangkitan dan kalau perlu, mask hendaklah digunakan.
AHP: Banyak lagi perkara akan aku kongsikan. Kepada para pengunjung, sila sebarkan blog kerdil aku ini sebagai renungan insan-insan lain. Jika anda seorang HIV positive, aku jemput anda berkongsi pengalaman anda di sini. Perkara yang lepas usah dikenang, nikmati kesempatan yang ada dengan berkualiti.

1. Adakah aku perlu memaklumkan status HIV positiveku kepada majikan? Maklumlah bila registered sebagai HIV positive, aku beranggapan data automatically online. Selain itu aku perlukan Guaranty Letter (GL) setiap kali mendapatkan rawatan.
2. Bagaimana jika aku mendapatkan rawatan tanpa mengisytiharkan bahawa aku adalah penjawat awam?
3. Adakah anak-anakku perlu menjalani HIV test dan adakah aku perlu berterus terang tentang statusku kepada mereka?
4. Batasan pergaulanku bersama orang ramai. Maklumlah ketika itu inferiority complex aku dah sampai ke tahap serba salah nak bersalaman dengan orang ramai.
Bukan kerana bimbangkan jangkitan penyakit terhadap mereka tetapi aku tak sanggup membayangkan betapa ngerinya mereka rasa bila mendengar aku terlantar sakit atau meninggal dunia kerana AIDS sedangkan aku pernah bergaul dengan mereka. “Eeee... dulu aku selalu bersembang dan bersalam dengan allahyarham, tak berjangkit ke?”
5. Adakah dengan menggunakan condom, aktiviti seks betul-betul selamat, adakah lebih baik aku ‘pencen’ terus?”
6. Apakah jenis-jenis supplement food yang bagus untuk membantu membina immunity dan ketahanan badan?
7. Apakah aku boleh memilih rawatan alternative? Selagi tidak meninggalkan rawatan klinikal, beliau berpendapat ianya boleh dicuba dan dianggap sebagai rawatan complementary. Contohnya menggabungkan rawatan klinikal dan acupuncture untuk rawatan sakit sendi.
8. Setakat mana aku boleh yakin dengan Etika Kerahsiaan pesakit di kalangan kakitangan Kementerian Kesihatan sendiri?