Bagaimana HIV bertindak ke atas tubuh badan?
HIV merosakkan sel pertahanan tubuh badan yang dipanggil 'CD4 helper lymphocyte' (Sel CD4). Sel CD4 bertindak sebagai utusan kepada sel-sel sistem pertahanan tubuh badan yang lain, memberitahu mereka untuk melawan organisma yang menceroboh. HIV melekat dan menjangkiti sel CD4 dan mejadikan sel CD4 sebagai tempat untuk menggandakan virus HIV. Dalam proses ini, sel CD4 yang dijangkiti hilang keupayaan untuk melawan jangkitan lain. Mereka yang mendapat AIDS, tidak mampu untuk melawan pelbagai jangkitan dan boleh juga mendapat jenis kanser yang tertentu contohnya Karposi sarcoma dan lymphoma. AIDS boleh melibatkan semua sistem dalam tubuh badan.
Kaitan antara paras CD4 dan peringkat penyakit
1. Peringkat Primer
Berlaku 2 - 4 minggu selepas jangkitan berlaku, hanya 50% mempunyai simptom seperti: selsema, kelenjar membengkak, ruam pada badan, demam, hilang selera makan, hilang berat badan, berpeluh diwaktu malam, sakit kepal dan lesu. Berakhir kira-kira 1- 2 minggu. Seroconversion (Window period)

Bila virus memasuki tubuh, sistem daya tahan badan akan membentuk antibodi. Jangkamasa dari virus masuk ke dalam badan hingga mula nya terbentuk antibodi yang dapat dikesan oleh ujian mengambil masa 3 minggu hingga 6 bulan. Dalam waktu ini, pesakit boleh menjangkitkan orang lain jika terus mengamalkan tingkahlaku berisiko.
2. Peringkat Asimptomatik
Pesakit tiada tanda-tanda dan gejala yang ketara. Individu kelihatan seperti biasa dan nampak sihat. Tempoh pengeraman : 5 hingga 8 tahun tetapi replikasi virus HIV adalah berterusan. Risiko infeksi tinggi dan paras sel CD4 menurun berterusan.

3. Peringkat Simptomatik
Pertahanan tubuh menjadi sangat lemah dan hampir lumpuh. Gejala-gejala yang dihidapi adalah seperti :
Pertahanan tubuh menjadi sangat lemah dan hampir lumpuh. Gejala-gejala yang dihidapi adalah seperti :
- Kehilangan berat badan melebihi 10%
- Demam berpanjangan melebihi 3 bulan
- Cirit-birit berpanjangan
- Pembengkakan kelenjar
- Jangkitan kayap (multi-dermatomal)
4. Peringkat AIDS
Ataupun “Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit” merupakan peringkat terakhir jangkitan HIV. Pada tahap ini sistem daya ketahanan badan melawan jangkitan penyakit telah dilumpuhkan oleh virus HIV . Paras CD4 < 200 sel.
Sumber: sini