... sehari selepas menjalani bone marrow biopsy, aku ditempatkan di isolation room kerana ditakuti mendapat jangkitan kuman. Selain itu aku demam. Mahu tak demam, kena tebuk tulang punggung sampai 3 lubang sekaligus. Meraung aku dibuatnya. ‘Terkurunglah’ aku di situ selama seminggu dan dimasukkan dengan gentamycine dan taxocin antibiotic, (katanya antara antibiotic yang paling kuat)
(Ada beberapa perkara yang menyebabkan aku keliru ketika berada di isolation room ini apabila doctor gagal menjelaskan kenapa dan mengapa aku perlu menjalani rawatan begitu begini ketika itu. Doctor kelihatan seperti mengelak untuk berterus-terang dan kebanyakan masa aku hanya berkomunikasi dengan doctor pelatih wanita berbangsa india yang sentiasa ragu-ragu membuat keputusan kerana perlu merujuk kepada M.O. Aku tidak salahkan beliau bahkan kami menjadi akrab kerana sentiasa berhubung sepanjang masa)
Alhamdulillah ketika di situ juga bleeding bibir dan gusi aku mula pulih. Doctor menjalankan ujian x-ray yang lebih terperinci termasuk ujian hepatitis dan HIV. Resultnya, buah pinggang, hati, paru-paru dan jantung aku katanya normal. Ketika itu keputusan ujian HIV aku masih negative. Sampel darah aku diambil untuk dihantar ke makmal Hospital Negeri untuk ujian yang lebih detail.
Selepas seminggu, aku dibenarkan balik dan diberikan temujanji supaya datang sebulan kemudian. Aku dinasihatkan supaya tidak melakukan aktiviti lasak, menjauhi tempat-tempat awam dan memakai mask (jika perlu). Doctor bimbang berlaku pendarahan dalaman dan aku mudah terkena infection. Sejak itu aku perasan badanku menjadi semakin lemah.
Sebulan kemudian aku kembali ke hospital untuk mengetahui keputusan ujian darah terakhir yang telah dilakukan.
Alhamdulillah keputusan ujian hepatitis dan HIV aku tetap negative. (Bermakna aku telah menjalani ujian HIV sebanyak 2 kali dan kedua-duanya adalah negative dalam tempoh sebulan). Di fasa window period kah aku? Wallahu a’lam!
Berdasarkan keputusan tersebut, bulan berikutnya aku diminta ke Hospital Ampang dengan andaian mempunyai masalah multiple myeloma. (syukurlah keputusan HIV aku negative ketika itu kerana di wad harian tersebut ramai nurses yang mengenali aku)
Di hospital Ampang, doctor bertanyakan beberapa soalan tentang latar belakang penyakit aku. Sekali lagi aku terpaksa menjalani ujian darah termasuk ujian mengesan hepatitis C dan HIV. Beliau berjanji akan cuba mendapatkan keputusan bone marrow biopsy yang ‘hilang’ daripada pihak Hospital Negeri.
(+/- sebulan) 22 Disember 2010 aku hadir lagi ke Hospital Ampang. Ketika itulah aku menerima keputusan yang sungguh mengejutkan. Aku terasa seolah-olah tubuhku disambar petir apabila mengetahui keputusan ujian darah tempoh hari.
Sejak hari itu bermulalah riwayatku sebagai HIV positif!
Bersambung...
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Keadaan orang Mukmin itu sangat menakjubkan kerana segala urusan yang menimpanya dianggap baik. Tetapi keadaan ini hanya berlaku kepada orang yang beriman, iaitu apabila mendapat kesenangan dia bersyukur kerana itu lebih baik untuknya. Dan apabila dilanda kesusahan dia bersabar kerana itu lebih baik untuknya.”
(Riwayat Muslim daripada Abu Yahya Syuhaib bin Sinan r.a.)
APH:
Ketika di isolation ward aku menghadapi situasi yang sungguh tidak selesa kerana terdapat sebuah besen aluminium yang penuh dengan tisu dan kapas berdarah yang ditinggalkan oleh pesakit sebelumnya di dalam tandas. Aku bagitau cleaner, dia kata itu tugas nurses, aku bagi tahu nurses, dia kata cleaner. Aku mengadu pada doctor sampai 2, 3 kali pun, tak jalan juga.
Dia orang kata aku mudah kena jangkitan tetapi kenapa biarkan bekas kotor tersebut di dalam tandas dan di tepi katil aku? Tension punya pasal, selepas 3, 4 hari aku campak bekas tersebut dalam tong sampah!