Masyarakat jangan pandang serong, beri kerjasama perangi wabak
2010/11/24
2010/11/24
DALAM sebuah kampung yang mana setiap penduduknya mengenali satu sama lain, sebuah keluarga hidup dengan satu rahsia yang sentiasa membayangi kehidupan mereka.
Ibu bapa dalam keluarga itu ada HIV, tetapi mereka tidak berani memberitahu jiran atau rakan mereka. Anak-anak mereka pula belajar untuk tidak berkata apa-apa mengenainya ketika di sekolah. Di sekolah lama tempat mereka tinggal sebelum ini, guru serta rakan tidak melayani mereka dengan baik selepas mengetahui bahawa ibu bapa mereka menghidap HIV.

Mereka yang hidup dengan HIV dan Aids menanggung dua beban kesan fisikal penyakit itu dan keaiban yang dibawa penyakit berkenaan. Inilah yang membuat masyarakat memandang serong terhadap mereka.
Ibu bapa dalam keluarga ini tidak mendapatkan rawatan bagi HIV walaupun ada ubat antiretrovial yang berkesan bagi membantu mereka menangani masalah masing-masing.
Mereka menderita dalam senyap, tidak dapat berkongsi beban ini dengan sesiapa, tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyekat penyakit ini daripada merosakkan tubuh badan mereka dan sentiasa risau apa akan terjadi kepada anak-anak bila keadaan mereka bertambah buruk.
Kenapa mereka yang ada HIV dan Aids harus derita begitu? Kita sudah pun melepasi dua dekad sejak kes HIV pertama dilaporkan di negara kita. Masyarakat kita sudah jauh bertambah maju dengan rawatan yang ada melalui perkhidmatan kesihatan awam dan maklumat yang disebarkan kepada orang ramai yang semakin berpendidikan.
Pun begitu, terdapat ramai yang masih jahil mengenai wabak ini. Tidak kurang pula yang menerima maklumat tidak betul menyebabkan mereka buruk sangka. Selalunya, ia berhubung kait dengan isu moral.

Mereka yang mempunyai HIV dan Aids masih lagi dibezakan dan dipandang serong oleh masyarakat. Oleh kerana itu, mereka malu untuk mendapatkan rawatan. Akibatnya, mereka tidak dapat hidup secara terhormat dan tidak belajar bagaimana hendak mencegah penyakit ini daripada merebak.
Tahun ini, Hari Aids Sedunia akan disambut pada 1 Disember bagi mengingatkan kita bahawa setiap insan yang hidup dengan HIV dan Aids hendaklah mempunyai akses untuk mendapatkan rawatan, penjagaan dan sokongan.
Jauh daripada itu, setiap kita hendaklah mempunyai akses kepada maklumat mengenai HIV, begitu juga perkakasan dan perkhidmatan untuk mencegah penyakit ini, terutama sekali di kalangan orang muda.
Sepatutnya, sekarang kita sudah pun sedar betapa diskriminasi dan stigma terhadap mereka yang terbabit bukan hanya membawa kesan buruk terhadap bilangan yang kecil, tetapi juga kepada kita semua. Kita tidak boleh mengambil sikap tidak peduli dan menutup mata kepada HIV kerana wabak ini boleh meningkat ke tahap lebih meluas jika tidak ada langkah pencegahan yang berkesan.
Empat tahun lalu, liputan terhadap pencegahan, rawatan serta penjagaan penyakit yang berhubung kait dengan HIV di Malaysia adalah terhad. Menyedari betapa kita memerlukan tindak balas yang lebih bersungguh-sungguh terhadap wabak ini, kerajaan sudah menggubal Pelan Strategik Kebangsaan mengenai HIV/Aids 2006-2010.
Kami percaya tindak balas terhadap masalah ini hendaklah dimulakan dengan kepemimpinan dan sokongan yang kuat pada peringkat paling atas, diikuti dengan peningkatan latihan dan kemampuan serta menurunkan kemungkinan mudah kena HIV dalam kalangan mereka yang mengambil dadah melalui suntikan termasuklah wanita, orang muda dan kanak-kanak, serta mereka lain yang terdedah kepada wabak ini.
Pelan Strategik Kebangsaan itu turut memberi tumpuan kepada usaha memperbaiki kemudahan untuk mendapatkan pengenalan penyakit (diagnosis), rawatan serta penjagaan melalui perkhidmatan kesihatan termasuk penjagaan kesihatan asas dalam masyarakat sehinggalah kepada penjagaan di hospital.
Ketika tempoh Pelan Strategik Kebangsaan bakal tiba ke penamatnya, tiba masa untuk meneliti hasil usaha yang sudah kita buat. Malaysia sudah mencapai enam tahun lebih awal sasaran yang ditetapkan oleh Millennium Development Goals, bagi menurunkan bilangan kes baru HIV kepada 11 bagi setiap 100,000 penduduk menjelang 2015. Kita tidak boleh membiarkan usaha kita menjadi tidak bermaya.
Saya merenung muka anak-anak saya dan rakan mereka wajah masa depan negara menaikkan semangat dan harapan saya untuk membantu dalam membina satu generasi yang bebas daripada HIV.
Harapan ini boleh dicapai jika kita bersama dengan orang muda hari ini yang jauh lebih sedar, berpelajaran dan terbabit secara langsung dalam isu yang ada kena mengena dengan mereka. Kita perlu memberikan mereka maklumat, kepakaran serta perkakasan yang betul bagi mencegah HIV daripada memusnahkan hidup mereka.
Kita boleh ikut langkah UNAIDS dari segi menggunakan media sosial menyebarkan maklumat. Kempen yang dijalankan oleh Revolusi Pencegahan UNAIDS (UNAIDS Prevention Revolution) bertujuan menggunakan hashtag #PreventionRevolution sebanyak mungkin menjelang 1 Disember 2010.
Dengan menggunakan Twitter dan Fecebook, kita boleh membicarakan isu ini secara terbuka dan dapat sampai kepada jutaan insan serta membawa sinar ke dalam segala permasalahan yang dibawa oleh wabak ini.
Penulis ialah Menteri Kesihatan. (www.liowtionglai.com/blog), atau Twitter (@liowtionglai).