Thursday, January 27, 2011

MEREKA YANG PEKA


Blog ini masih terlalu baru tetapi Alhamdulillah ada juga yang sudi membacanya.

Salah seorangnya adalah bakal doctor muda yang aku percaya dan doakan akan menjadi seorang doctor yang sentiasa dihormati, dikenang dan disanjung kerana kepakaran serta keikhlasan membantu pesakit.

Aku copy dan paste kan kembali entry khas beliau tentang blog ini sebagai dokumentasi dan salah satu pendapat yang boleh direnungi.

Dalam mencari kesempurnaan, kepelbagaian variasi pemikiran boleh membantu kita mencapai kesimpulan yang sempurna.


Sokongan dan keprihatinan seseorang doctor besar maknanya kepada pesakit.


To Blog "aku HIV positif"

Assalamualaikum..

Sebenarnye secara kebetulan saja sy terbaca blog "aku HIV positive" ketika meng'googgle' info tntg HIV..Maafkan sy sebab tak membaca blog tu secara keseluruhan *kini sy sudah* (^_^)

Boleh sy panggil pakcik?

Sy terpanggil untuk membuat entry ini krn sy kagum dengan ketabahan dan sikap positif yg ada pada pakcik dalam menghadapi hari-hari mendatang...semoga sy juga dapat mencontohinya..Insyallah..sy menyokong sepenuhnya apa yg pakcik tulis dlm entry "TERIMA KASIH DOKTOR"...sy yakin akan jnji ALLAH.. "Sesungguhnya ALLAH takkan menzalimi hambanya dan ujian-ujian yang diberikan adalah bersesuaian dengan kemampuan hambanya"...

Emosi


Bila sy baca entry"Peristiwa sebelum disahkan HIV posistif (1 & 2)" perasaan sy bercampur-campur..sedih..simpati..tapi lebih kpd marah sebenarnye bila mengetahui tntg kisah fail hilang, kemungkinan human error, bone marrow biopsy yg dilakukan berkali-kali, MO yg tak memberitahu keadaan pakcik dgn jelas..pada sy hal-hal sebegini tak dapat diterima...pakcik mempunyai hak sbg pesakit..sy ingin pesakit bijak...tidak hanya menyerahkan diri secara membuta-tuli untuk dirawat tanpa dijelaskan apa-apa yg ingin dilakukan keatas mereka.

terus terang sy banyak menunding jari...tapi lepas membaca tulisan-tulisan pakcik...sy insaf...mengapa perlu menunding jari..maaf atas kelemahan diri..mungkin sy terbiasa dgn system etika perubatan di India dan masih tak matang dlm bidang ini..dan sy masih ada 1thn lagi untuk diteruskan(-_-)


History

Berdasarkan rentetan peristiwa dari pakcik mengalami pendarahan pada gusi & bibir dan mengetahui keadaan pakcik yg disahkan pesakit diabetis...emm..dari pengalaman sy yg masih belajar melihat doctor pakar mengendalikan pesakit..sy berpendapat kes pakcik tak dikendalikan dgn baik dari peringkat awal menyebabkan boleh sampai pada peringkat dijangkiti HIV..

perkara sebegini membimbangkan...klu pun tak terjadi pada pakcik..mungkin pada sy dan org lain..pada ketika itu alasan human error saja adalah xboleh diterima...ia adalah kecuaian yg boleh dielakkan dengan usaha suma pihak..


Bagi seseorang yang mempunyai penyakit diabetis, diketahui adalah pesakit yg mempunyai tahap immunity badan yg rendah, yg mana sgt mudah mendapat jangkitan, termasuklah virus HIV ni...jadi cara pengendalian pesakit seperti ini perlu berhati-hati dan perlu mendapat perhatian yg lebih..blood transfusion pula adalah merupakan pilihan terakhir dlm ape2 pun kes yg pesakit alami...

*boleh sy tahu paras platlet pakcik sebelum diberi blood tranfusion?*

emm..bagi mereka yg normal, jika ada virus HIV dlm darah yg diterima, tetap xkan dijangkiti virus ini krn tahap imunity badan yg tggi mampu menyekat virus ni dari membiak dlm badan..namun begitu, sy tak tahu tahap mana keadaan diabetis pakcik..mungkin pakcik boleh bagitahu nnt..


Progression

Bagi kebanyakkan pesakit yang disahkan HIV posistif...progression penyakit mengikut secara teorinya adalah 10 tahun..mugkin kurang..tapi mugkin juga lebih..bergantung dengan pesakit tersebut...mereka perlu lebih peka tntg kebersihan diri dan mengawal diri dari sebarang jangkitan..progression penyakit Aids boleh dilambatkan jika rawatan diberikan dgn baik dan sempurna..

Belajar

Boleh sy tahu juga apakah rawatan yg pakcik jalani kini?

Sy ingin meminta keizinan pakcik...jika diizinkan,sy ingin belajar dari kes pakcik dan dikongsikan dengan rakan-rakan sekelas sy...oleh itu, bnyk perkara yg ingin sy ketahui..tapi jika tak dizinkan..tak mengapa..itu hak pakcik..hmm..di India ni, kes2 seperti ini sgt diberi perhatian dan dikendalikan dgn baik..semoga kmi mampu mengendalikan kes2 seperti pakcik dimasa hadapan dgn lebih baik dan membantu rakyat Malaysia..itu harapan sy...Amin



Nota hati: andai ada tersalah bicara...ayat-ayat sy yang tak dapat difahami..tersalah fakta...harap dimaafi..sy budak baru belajar & mahu belajar.