Thursday, March 31, 2011

AKTIVITI SEKS AKU SEBAGAI SEORANG PEMBAWA HIV




Entry ini aku dedikasikan khas kepada seorang rakan yang bernama ‘Z’ dan tunangannya.

Sebenarnya sebelum ini, secara berkias aku telah kongsikan cabaran dan ranjau aktiviti seks sebagai seorang pembawa HIV untuk renungan bersama. Almaklum blog ini turut dibaca oleh anak-anakku dan generasi muda, jadi aku rasa segan juga. Walau bagaimanapun anak-anakku telah dididik bahawa hubungan intim yang halal antara suami isteri adalah satu nature dan ibadah.

Barangkali pendekatan berlapikku itu kurang jelas bagi sesetengah pembaca. Jadi atas prinsip ilmu dan atas kewajipan ingat mengingatkan, kali ini aku publish dengan cara yang lebih terbuka. Maaf jika ada bahasanya dianggap agak lucah. Ini bahasa dewasa, bahasa pendidikan. Ini bukan kisah suka-suka, ada sesuatu yang mahu aku sampaikan khususnya kepada yang mahu berkahwin dengan pembawa HIV.

Sebelum itu apa kata jika pembaca klik di sini dan sini untuk lebih memahami maksudku ini.

Pendapatku ini pendapat peribadi. Mungkin betul, mungkin tidak. Kalau nak terima, terimalah. Kalau tak, abaikan. Lain orang, lain persepsinya.

Secara jujurnya sebagai seorang lelaki, kenikmatan hubungan intim sejak aku didiagnos HIV positive merosot kira-kira 50%. Bukan itu saja, aku sebenarnya trauma untuk menikmatinya.

Kenapa?

Bayangkan aku berkahwin hampir 21 tahun dan tidak pernah memakai ‘baju hujan’ (condom) ketika melakukan hubungan intim. Kaedah pencegahan hamil yang aku amalkan hanyalah melalui cara anzal / pancut luar. Tiba-tiba hubungan tersebut dilapisi satu lapisan getah yang membataskan nikmat sentuhan antara dua kemaluan. Terasa bagaikan tiada haba kerana hakikatnya antara kulit ke kulit tidak bersentuhan. Terpenjara... 

Kadang-kadang tension punya pasal, aku melawak pada isteriku, “kalau macam ni baik abang salut je dengan plastic sampah hitam kat dapur tu…”

Itu masih ok…  

Kemudian bayangkan segala aktiviti pemanasan dan rangsangan seperti kucupan, sentuhan, belaian, sedutan, jilatan erotic dan sebagainya tidak berani aku lakukan kerana sentiasa bimbang menjangkitkan virus kepada pasangan. Kalau ada pun sekadar sentuhan yang paling minima. Lebih teruk daripada amatur!

Aku tidak mampu ‘enjoy’ dalam keadaan serba takut. Betul… ada yang berpendapat hubungan tersebut selamat kerana begitu begini tetapi aku tidak mampu mengambil risiko walau 0.1% percent sekalipun terhadap isteri-isteri yang tercinta. Ibu kepada anak-anakku.

Aku bimbang jika tanpa sedar ada ulcer atau luka di mulut atau gusiku, aku bimbang jika ada luka di jari atau di celah kuku dan aku bimbang ‘terkasar’ sehingga menyebabkan berlaku pendarahan di badan tanpa sengaja dan sebagainya. (Alah.., engkau orang-orang buat-buat tak faham maksud aku. Kadang-kadang semasa  berhubungan, tercakar, tercubit dan tergigit tidak mustahil boleh berlaku)

Aku juga bimbang jika berlaku kebocoran pada ‘baju hujan’ dan aku takut jika ada virus yang ‘terlepas’ tanpa disedari. Virus bukan boleh dilihat dengan mata kasar. Kesihatan pasangan bukan taruhan untuk nikmat yang cuma seketika. Syukur, aku redha dan rela diuji dengan virus ini asalkan keluarga aku selamat. Sekurang-kurangnya anak-anakku ada ibu dan umi untuk bermanja.

Perlahan-perlahan kekangan-kekangan tersebut membuatkan aku tertekan untuk melakukan hubungan intim. Bukan tiada tuntutan naluri tetapi kerisauan aku lebih tinggi. Akhirnya aku lebih rela memendam perasaan kecuali apabila ‘diminta’ untuk menjalankan tanggungjawab. Perasaan sendiri sudah tidak penting lagi.

Jadi cuba bayangkan jika perkara ini berlaku kepada pasangan muda dan baru belajar meneroka aktiviti seks. Nampak macam ganas tapi skill masih kurang. Lebih lajak daripada laju. Nak cuba itu nak cuba ini tapi belum apa-apa dah termuntah. Teroka sana, teroka sini dan akibatnya terbabas melanggar peraturan pencegahan kehamilan atau keselamatan.

Aku pun pernah muda. Orang muda ni kalau bulan puasa pun bukan boleh percaya sangat bila duduk berdua-duaan. Isteri masih belum habis pantang, dia dah merengek. Nampak anak menyusu, dia pun sibuk nak menyusu.

Sebab itu aku pernah bagitahu, kalau nak kahwin dengan pembawa HIV, kahwinlah tetapi kenalah betul-betul memahami dan sanggup mematuhi langkah-langkah keselamatan. Jangan lupa bahawa pasangan seks pembawa HIV merupakan golongan yang berisiko tinggi. Jangan mula-mula sahaja sanggup begitu begini kemudian perang besar.

Bayangkan jika mula-mula masalahnya cuma seorang, kemudian berjangkit kepada pasangan dan akhirnya anak-anak. Betul anak adalah anugerah Allah tapi janganlah menyesal pula menghadapi segala ujian yang berlipat kali ganda jika kita sendiri yang cuai. Mesti tetap pendirian.


AHP:  Kepada Z, anda bebas HIV dan bebas hepatitis. So, apa masalahnya Z? Selagi halal dan dibenarkan syarak, belasah je.... haha!. Jangan dilayan sangat perasaan was-was tu. Bimbang ianya bisikan syaitan yang ingin merosakkan iman. Jika betul-betul sayangkan tunang, Z mesti jadi leader, tough dan positive!   

INDIKATOR KEPADA HIV

JANGKITAN bakteria tahap kronik yang telah tersebar hingga ke gigi.


BANYAK yang diperkatakan mengenai simptom dan gejala pandemik virus HIV positif.
Demam, penurunan berat badan, keradangan kulit yang luar biasa dan sakit berpanjangan merupakan diagnosis lazim bagi pesakit kurang daya tahan penyakit manusia.
Namun, tidak ramai yang mengetahui bahawa kesihatan mulut terutama gusi mampu menjadi petanda awal kepada penyakit yang belum ada ubat itu.
Menurut Pakar Klinikal Periodontologi, Fakulti Pergigian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Masfuah Razali, salah satu penyakit berkaitan gusi yang mampu menjadi indikator HIV ialah ulser nekropsi akut periodontitis (ANUP).
Secara umum, ANUP tergolong dalam kategori penyakit nekropsi periodontal (NPD). Dalam kategori tersebut, terdapat dua jenis penyakit gusi yang semakin jarang ditemui iaitu penyakit gingivitis ulser nekropsi akut (ANUG) dan NUP.
Kedua-duanya sering terjadi akibat tekanan perasaan, tahap kebersihan mulut yang tidak baik dan tabiat merokok.
“Simptom utama ialah kesakitan di bahagian gusi tertentu, mulut berbau (halitosis) dan kewujudan ulser yang berbentuk kawah.

Komplikasi sistemiknya ialah demam, sakit kepala dan lemah tubuh,” jelas Masfuah yang ditemui Jurnal di Kuala Lumpur baru-baru ini.
ANUG adalah radang gusi akut yang sangat menyakitkan dan ia berkembang secara progresif jika tidak dirawat pada peringkat awal.
Tambah Masfuah, ANUG hanya menyerang pada bahagian gusi manakala NUP lebih serius kerana ia melibatkan kehilangan tulang dan gusi yang merupakan sokongan penting kepada gigi.
Berbanding ANUG, ANUP banyak ditemui pada individu yang dijangkiti HIV.
RISIKO
“Paling utama, gusi akan bertukar menjadi warna putih akibat jaringan nekrosis yang disebabkan oleh bakteria. Ini akan menyebabkan kematian tisu daripada gusi,” katanya.
Kebiasaannya jangkitan menyerang kawasan gusi dan jangkitan turut melibatkan tulang yang menyokong gigi.
Tambah Masfuah, ANUG merupakan penyakit oral yang jarang ditemui pada individu sihat serta tinggal di negara maju.
Bagaimanapun ia mudah ditemui di negara tidak membangun atau kurang membangun.
“Di benua Asia, sehingga 28 peratus kes ANUG-HIV positif ditemui di Kemboja dan 23 peratus kes ditemui di India.
“Di Malaysia, hampir 18 peratus kes dijumpai membabitkan individu positif HIV yang kebanyakannya penagih dadah melalui perkongsian jarum suntikan,” tegas Masfuah.
Meskipun begitu, jangkitan pada gusi sering ditemui pada pesakit HIV dan penagih dadah tegar. Malah kajian di Amerika Syarikat (AS) mendapati antara lima hingga 11 peratus pengidap ANUP adalah pesakit HIV positif.
Ini jelasnya, mungkin berpunca daripada kegagalan sistem pertahan badan untuk melawan bakteria daripada menjangkiti gusi.
Ujar Masfuah, mulut yang normal mengandungi pelbagai mikroorganisma yang seimbang. Namun bagi pesakit ANUG, mikroorganisma jenis anaerobik, termasuk Bacteroides dan Fusobacterium serta Spirochetes membiak secara tidak terkawal.

ANTIBIOTIK
Apabila keadaan ini berlaku, pesakit akan mengalami kesakitan dan seterusnya mengalami kesukaran untuk membersih serta menggosok gigi.
“Lazimnya, rawatan membersihkan gigi akan dilakukan dengan segera bagi membuang kawasan yang dijangkiti bakteria di samping pesakit akan diberikan ubat kumur khas,” katanya.
Bagi memastikan jangkitan tersebut benar-benar hilang, pesakit akan dibekalkan antibiotik khas. Menurut Masfuah, pengambilan antibiotik adalah kaedah rawatan terbaik untuk penyakit ini.
“Jika lambat dirawat, kemungkinan besar pesakit akan menderita kesakitan serta kehilangan gigi akibat kerosakan pada tulang gigi,” tegas Masfuah.
Kadangkala, keradangan pada gusi yang wujud akibat pembiakan bakteria jenis patogen turut disebabkan oleh kekurangan nutrisi.
Lebih teruk, bukan saja menyebabkan kesakitan, bau nafas juga akan menjadi busuk, tubuh lemah serta limpa nodus membengkak.
“Keradangan jenis ini akan mengakibatkan gusi menjadi kemerah-merahan dan bengkak. Bukan berwarna putih dan terjadi di perantaraan gusi dan gigi,” ungkap Masfuah.

 

Sumber: sini

BEZA ANTARA DERITA KITA DAN DERITA MEREKA. (JAUHI DISKRIMINASI DAN STIGMA BERGANDA TERHADAP PEMBAWA HIV)


KUALA LUMPUR, 2 Jun 2007 – Pengguna-pengguna dadah yang menyuntik merupakan penyumbang yang tertinggi kepada penyebaran HIV dan AIDS di Malaysia. Dan di negara ini, seperti lain-lain masyarakat di seluruh dunia, mereka juga terpaksa menghadapi stigma berganda.

Disisihkan oleh masyarakat sebagai penagih atau penjenayah, pengguna-pengguna dadah dan anak-anak mereka sekali lagi dipinggirkan disebabkan oleh HIV, seringkali oleh keluarga mereka sendiri. Dengan hanya beberapa pilihan yang terhad, mereka ditinggalkan untuk menghadapi penyakit mereka seorang diri.

Shah, seorang bekas penagih dadah kini menerajui usaha-usaha untuk mencapai  penagih-penagih dadah, percaya bahawa ini merupakan masa untuk mengubahnya. Shah kini bekerja di IKHLAS, iaitu sebuah pusat persinggahan komuniti yang melaksanakan program temuseru untuk pengguna-pengguna dadah yang tidak mempunyai tempat tinggal di Kuala Lumpur.

Shah bimbang sekiranya masyarakat menyisihkan penagih-penagih yang telah dijangkiti HIV, lebih berat kesannya kepada kanak-kanak.

“Saya rasa kanak-kanak yang akan lebih menderita di dalam kedua-dua persamaan di antara HIV dan dadah,” katanya. “Mereka lihat ibu dan bapa mereka menderita dan kemudiannya meninggal dunia. Adalah penting bagi kita untuk memberi sokongan kepada kanak-kanak dengan memberi sokongan kepada ibu dan bapa mereka, agar kanak-kanak tersebut boleh membesar dengan kehadiran ibu dan bapa mereka dan juga agar mereka mendapat kehidupan yang normal.”

SEBUAH KELUARGA YANG MENGHADAPI HIV

Pengalaman yang dilalui oleh Suhaimi – seorang bapa tunggal di Malaysia yang kini hidup dengan HIV – membuktikan kata-kata Shah.

Baru-baru ini, Suhaimi telah mengepam tayar basikal manakala Rosyam, 12, anak lelakinya mengetatkan tayar basikal tersebut dengan menggunakan sepana. Selepas memicit tayar tersebut untuk memastikan tekanan udara yang mencukupi, Suhaimi menganggukkan kepalanya kepada Rosyam untuk mencuba menunggangnya. Rosyam mengangkat basikal tersebut, kemudian duduk di atas tempat duduk dan mula mengayuhnya di dalam bulatan, diperhatikan oleh adik tiri perempuannya dan dua orang adik tiri lelakinya.

Mereka semua merupakan ahli-ahli keluarga yang telah bersatu disebabkan oleh HIV dan sedang menghadapi tragedi yang baru sahaja melanda. Isteri Suhaimi yang HIV positif, Ina, telah meninggal dunia disebabkan oleh kanser awal tahun ini, meninggalkan Suhaimi sebagai satu-satunya penjaga kepada anak lelakinya dan tiga orang anak Ina, termasuklah seorang yang kini hidup dengan HIV.

“Saya bapa kepada mereka. Saya juga ibu kepada mereka,” kata Suhaimi. “Bukan senang untuk melakukan kerja ini. Pada waktu pagi, saya perlu sediakan sarapan mereka, kemudian saya perlu pergi kerja. Saya amat risau terutama sekali terhadap anak perempuan saya.”

TABIAT PENAGIHAN DADAH YANG MEMUSNAHKAN

Ina merupakan isteri kedua kepada Suhaimi; mereka bertemu pada tahun 2004. Dia mendapat tahu tentang status HIV positifnya hanya setelah kematian isteri pertamanya pada tahun 2002.

Pada masa yang sama, Suhaimi juga telah mula menagih heroin. Dia berkemungkinan besar telah dijangkiti virus AIDS melalui perkongsian jarum suntikan. Lama sebelum isteri pertamanya meninggal dunia, tabiat penagihan dadahnya telah memusnahkan keluarganya.

“Ketika saya mengambil dadah, kami memang sebuah keluarga tetapi ia tidak lengkap,” dia kembali mengingati. “Kasih sayang itu tidak ada. Saya tidak melaksanakan tanggungjawab saya untuk memenuhi keperluan-keperluan asas anak saya. Boleh tak anda bayangkan, anak lelaki saya sedang duduk di hadapan saya dan di hadapan anak saya, saya sedang menyuntik dadah?”

PERSEKITARAN YANG POSITIF UNTUK KANAK-KANAK

Suhaimi berharap agar pengalamannya yang menghadapi kesusahan dan kepayahan ini dapat membantu orang-orang lain yang berada di dalam situasi yang sama. Dia kini bekerja untuk “Positive Living”, satu jaringan untuk mereka yang hidup dengan HIV dan AIDS di Malaysia.

Di situlah dia bertemu dengan Ina, seorang ibu tunggal yang sedang menghadapi penyakitnya. Ina telah dibuang oleh saudara-maranya dan dia tidak mempunyai tempat untuk tinggal.

Suhaimi berkata bahawa Ina sangat berharap agar anak-anaknya dapat membesar di dalam persekitaran keluarga yang positif. Namun tanpa kehadirannya, keinginan Ina akan dipenuhi oleh Suhaimi.

“Saya sendiri tidak mengharapkan perkara-perkara yang besar untuk anak-anak saya,” katanya. “Keinginan saya adalah agar mereka dapat menjadi orang yang berguna. Jangan jadi macam saya. Saya mahu berikan mereka pendidikan yang bagus, agar mereka tidak mensia-siakan kehidupan mereka seperti saya. Tidak semestinya anda mesti kaya. Perkara yang paling penting adalah mempunyai keluarga yang bahagia.”

Nama-nama di atas telah diubah untuk melindungi identiti-identiti mereka yang telah dipaparkan di dalam artikel ini.


Sumber: sini

TINGKATKAN PERTAHANAN BADAN


Sistem pertahanan badan, merupakan barisan pertahanan badan anda yang pertama, dan terdiri daripada berbilion sel darah putih (makrofages, neutrofils, sel pembunuh semulajadi dan lain-lain) yang sentiasa meronda dan mengawasi badan untuk mengenalpasti, kemudian menyelubungi dan memusnahkan sebarang organisma yang boleh menyebabkan penyakit seperti bakteria, virus, fungus dan juga sel kanser.

Setiap hari apabila anda menarik nafas, anda juga menarik masuk berjuta-juta kuman (bakteria dan virus-virus) yang wujud berkeliaran dan terapung di udara. Di samping itu, terdapat berjuta-juta lagi yang sudah pun berada dalam badan anda. Sekiranya sistem pertahanan anda kuat, ia dapat menanganinya tanpa sebarang masalah.

Namun demikian, kadangkala ada kuman atau virus yang dapat mengatasi benteng pertahanan anda, menyebabkan anda dijangkiti selesema. Selesema merupakan tanda yang dapat dilihat bahawa sistem pertahanan anda adalah lemah dan bermasalah.

Semua bakteria dan virus ingin melihat sistem anda menjadi lemah, kerana jika ia lemah dalam beberapa hari sahaja, ini sudah mencukupi untuk memberi peluang kepada mereka memasuki badan anda dan mula membiak.

Terpulanglah kepada sistem pertahanan badan kita untuk membantu melindungi badan daripada kuman yang luar biasa yang tercipta melalui 'penentangan antibiotik.' Beberapa jenis bakteria yang dahulunya mudah sahaja dirawat dengan menggunakan antibiotik biasa, tidak lagi memberi tindak balas seperti dahulu.

Jangkitan bakteria lain seperti tuberkulosis - yang pada suatu ketika dahulu dianggap sebagai sudah terkawal, baru-baru ini muncul semula dengan lebih mencabar untuk merawatnya. Persoalan mengenai penentangan bakteria ini merupakan hanya salah satu daripada beberapa masalah kesihatan serius yang mesti ditangani oleh sistem pertahanan badan kita.

SISTEM PERTAHANAN BADAN DAN BETA GLUCAN

Pada tahun 70-an, beta glucan telah ditemui sebagai sejenis karbohidrat gantian yang diperoleh daripada tumbuhan tertentu seperti ragi dan cendawan dan mempunyai keupayaan untuk merangsang fungsi pertahanan badan apabila ia ditulenkan dan disuntik ke dalam badan. Para penyelidik memperluaskan kajian awal yang dilakukan ke atas haiwan dan mereka dapat membuktikan beta glucan yang disuntik mampu mempertingkatkan tindakbalas pertahanan badan.

Hasil kajian ini adalah amat penting, terutama sekali apabila terdapat bukti yang begitu menonjol tentang kecekapan dan keupayaan beta glucan. Tetapi kerana karbohidrat beta glucan adalah rentan terhadap penghadaman di bahagian atas saluran gastrousus, ia mesti dimasukkan ke dalam badan melalui suntikan dan tidak secara oral.
Tetapi apabila satu penemuan tercapai pada tahun 90-an mengenai satu proses baru yang dipatenkan, kita sekarang boleh mendapati beta glucan dalam bentuk ragi disahkan tidak mudah hadam dan boleh berhenti buat sementara waktu dalam usus kecil dengan itu memberi peluang seterusnya untuk diserapi oleh tisu limfa. Penyelidikan telah mendokumenkan tentang keselamatan dan kecekapan cara pengambilan beta glucan secara oral.

WHOLE GLUCAN PARTICLE - BETA GLUCAN (WGP-BG) YANG DIPATENKAN

Whole Glucan Particle (WGP) atau zarah glukan lengkap merupakan satu bentuk khas beta glucan yang diperolehi daripada jenis ragi yang dipatenkan. Ia merupakan sejenis suplemen semulajadi yang membantu memperkuatkan sistem pertahanan kita. WGP-BG, yang mempunyai lebih 40 paten / paten dalam pertimbangan, merupakan bentuk beta glucan yang paling tulen kini boleh didapati.

Ketulenan yang tinggi ini membuatkan WGP-BG amat berkesan untuk memperkuatkan sistem pertahanan demi mencegah atau mengurangkan risiko jangkitan dan kanser.

BAGAIMANA WGP-BG BERFUNGSI?

Banyak kajian menunjukkan pengambilan WGP-BG secara oral akan diserapi oleh reseptor dalam usus kecil bergastrik yang berhubungkait dengan tisu limfa dan kemudian ia disalurkan kepada makrofages.

Makrofages selepas itu menjadi aktif. Keadaan keaktifan yang meningkat ini akan dipancarkan ke seluruh badan dengan itu mendorong makrofages agar sentiasa lebih giat dan berwaspada, demikian juga neutrophils dan sel-sel -T pembunuh.

WGP-BG telah pun didokumentasikan sebagai dapat meningkatkan dengan ketaranya prestasi sel sistem pertahanan untuk mengenalpasti dan memusnahkan patogen-patogen atau sel kanser.

WGP-BG DAN KANSER

Semua orang sedikit sebanyak mempunyai sel kanser yang terpendam dalam badan. Sel kanser ini dalam diam sentiasa menyelinap di seluruh badan kita sambil menyerang anggota kita serta selalu mencari jalan sama ada untuk menumpaskan sistem pertahanan kita atau melepaskan diri daripada dikenalpasti dan seterusnya dimusnahkan oleh mekanisme pertahanan semula jadi kita.

Pelbagai jenis sel pertahanan sentiasa memerhati dan berwaspada terhadap sel kanser dan menandanya untuk dimusnahkan. Jika sistem pertahanan kita dikompromi dengan apa jua cara, maka risiko sel kanser itu berkembang menjadi tumor akan meningkat.

WGP-BG membantu merangsangkan kekuatan sistem pertahanan anda sehingga ia menjadi cukup kuat untuk mencegah penyakit kanser.

WGP-BG KHUSUSNYA BERMANFAAT UNTUK KEADAAN KESIHATAN DAN SITUASI YANG BERIKUT:

1. Untuk mereka yang berumur melebihi 50 tahun - Apabila kita semakin tua, sistem pertahanan kita menjadi kurang cekap, dengan itu meningkatkan risiko terhadap berbagai jenis penyakit.
2. Mereka yang memerlukan perlindungan sistem pertahanan yang lebih kuat semasa musim wabak demam selesema.
3. Mereka yang bekerja di hospital dan klinik.
4. Mereka yang mempunyai sejarah kanser dalam keluarga mereka.
5. Mereka yang mempunyai sejarah menghidapi virus hepatitis A, B, C, Herpes, virus Epstein - Barr (EBV), Papillomavirus (HPV) Manusia dan lain-lain.
6. Mereka yang mengambil antibiotik dan ubat anti virus, anti fungus. [WGP-BG akan meningkatkan keberkesanan ubat-ubat ini]
7. Mereka yang menghidapi penyakit kandidiasis faraj.
8. Mereka yang menderita ketegangan - tekanan fizikal atau emosi tekanan tinggi oleh sebab gaya hidup dan kerjaya yang mereka pilih boleh memberi kesan negatif kepada sistem pertahanan badan.


Sumber: sini

Wednesday, March 30, 2011

BEBERAPA PENDAPAT PAKAR TENTANG HIV


Sejak ditemui buat pertama kalinya pada 1981, dunia mula maklum dan menyedari tentang virus HIV dan AIDS. Kita juga tahu yang penyakit ini telah meragut banyak nyawa, namun tidak dinafikan masih ramai yang terkeliru atau pun kurang memahami tentang penyakit AIDS.

Oleh itu, maklumat orang ramai mengenai HIV/AIDS perlu dipertingkatkan lagi. HIV adalah singkatan daripada human immunodeficiency virus iaitu sejenis virus yang memusnahkan sistem ketahanan tubuh melawan penyakit.

AIDS pula adalah singkatan bagi acquired immune deficiency syndrome atau sindrom kurang daya tahan melawan penyakit. AIDS adalah peringkat terakhir jangkitan HIV. Pada peringkat ini, sistem daya tahan tubuh melawan penyakit telah lumpuh. Pesakit akan menunjukkan gejala jangkitan opportunist. Di antara penyakit-penyakit ini termasuklah radang paru-paru, tibi, oral crush atau selaput putih pada lidah dan dalam mulut, beberapa jenis barah dan beberapa penyakit kulit seperti kayap dan lain-lain lagi.

Dr. Abdul Rashid Kasri (Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit, Bahagian Kawalan Penyakit): “Ramai orang kurang pasti beza antara HIV dan juga AIDS. Bila seseorang telah dijangkiti virus HIV, maka HIV ada di dalam badan seseorang dan berkembang biak maka dia dikatakan sebagai telah dijangkiti HIV. Oleh sebab HIV berkembang biak dalam badan dan merosakkan sistem pertahanan seseorang, sistem pertahanan akan menjadi lumpuh.

Pesakit ini akan mudah dijangkiti oleh penyakit lain. Pada masa peringkat inilah yang kita panggil ia peringkat AIDS. Secara amnya, HIV/AIDS di negara kita ni adalah di peringkat apa yang dipanggil concentrated epidemic maknanya satu keadaan wabak yang tertumpu kepada golongan-golongan tertentu sebagai contoh penagih dadah begitu juga di kalangan mereka-mereka yang terlibat di dalam pelacuran dan sebagainya.

Di kalangan ibu mengandung, kurang daripada 0.3 peratus atau lebih kurang dalam 0.3 peratus. Apa yang kerajaan telah buat selama ini sekurang-kurangnya berjaya dalam membantutkan perkembangan wabak HIV ini di negara kita.”

HIV tidak boleh hidup di luar badan manusia. Oleh itu, HIV tidak berjangkit melalui aktiviti harian seperti bekerja bersama, berkongsi kemudahan awam atau melalui sentuhan dengan pembawa HIV atau pesakit AIDS.

Dr. Abdul Rashid Kasri (Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit, Bahagian Kawalan Penyakit):
“Jangkitan HIV ini bukanlah mudah sangat kita nak mendapatnya kerana virus ini seperti kita maklum amat mudah mati. Ia perlukan tubuh badan kita untuk ia berkembang biak.

Maknanya, kita tidak akan mendapat jangkitan HIV ini dengan perhubungan secara umum seperti berjabat tangan, bercakap, berpeluk atau pun mandi di tempat awam dan sebagainya.”

Bagaimana HIV berjangkit? jangkitan boleh berlaku melalui perkongsian jarum suntikan dengan mereka yang telah dijangkiti HIV. Perhubungan seks dengan mereka yang telah dijangkiti HIV. Ibu yang telah dijangkiti HIV kepada bayi semasa kehamilan, semasa kelahiran, dan melalui penyusuan susu ibunya. Namun begitu, kita tidak tahu siapa yang telah dijangkiti HIV. Tiada siapa yang boleh mengetahuinya melainkan melalui ujian.

Apa terjadi apabila seseorang itu telah dijangkiti HIV?

Dr. Christopher Lee (Pakar Perunding Penyakit Berjangkit HKL): “Bila seseorang telah dijangkiti kuman atau virus HIV, virus ini akan mula merosakkan daya tahan penyakit si pesakit itu dan ia merosakkannya melalui mengurangkan atau membunuh sel yang tertentu (sel CD4) sel yang penting untuk menjamin daya tahan penyakit.

Bila CD4 ini dirosakkan oleh HIV, ia akan mula menurun dalam jangka masa beberapa tahun. Bila CD4 ini turun ke satu tahap yang agak rendah, pesakit ini akan mula sakit dengan gejala-gejala HIV dan dikatakan mereka telah masuk tahap AIDS atau acquired immune deficiency syndrome sebab daya tahan penyakit mereka sudah rosak sama sekali.

Penyakit HIV ini luar biasa sikit. Bila seseorang mula dijangkiti kuman atau virus, biasanya tidak ada gejala-gejala yang khas. Mereka akan rasa sihat macam biasa dan hanya 50 peratus daripada pesakit ini akan dapat macam flu iaitu penyakit virus yang biasa yang akan berlaku dalam dua atau tiga minggu selepas terdedah kepada virus ini.

Tapi ia tidak serius, dalam satu atau dua minggu gejala flu ini akan hilang dan pesakit ini akan macam biasa dan akan normal atau sihat untuk beberapa tahun. Kadang-kadang sampai enam hingga lapan, kadang-kadang sampai 10 tahun dengan tanpa gejala langsung. Selepas jangka masa lebih kurang lapan hingga 10 tahun, baru mereka ada gejala-gejala yang ringan misalnya kurang berselera, bertambah kurus sedikit, kadang-kadang cirit-birit, kadang-kadang demam sedikit tetapi itu pun tidak serius sampai mungkin 10 atau 12 tahun bila daya tahan penyakit mereka betul-betul rendah baru mereka ada gejala-gejala yang serius. Itu tahap AIDS.”

Sekiranya anda telah terdedah kepada risiko jangkitan HIV, jalanilah ujian HIV untuk mendapatkan kepastian. Dr. Mangalam Sinniah (Ketua Unit Virologi HKL):
“Bentuk-bentuk ujian. Ada beberapa jenis ujian yang terdapat untuk mengesan jangkitan HIV. Dalam gambar ini, terdapat protein-protein atas sampul virus HIV dan protein-protein yang ada dalam tisu virus HIV. Bentuk ujian ini adalah ujian antibodi, ujian antigen dengan ujian nucleic acid.

Ujian antigen ini adalah ujian untuk mengesan protein-protein atau antigen yang ada ke atas dan dalam kuman HIV ini. Ujian antibodi adalah ujian untuk mengesan protein atau antibodi yang dihasilkan atau dikeluarkan oleh badan pesakit HIV untuk menentang virus HIV. Ujian nucleic acid atau PCR adalah ujian untuk mengesan nucleic acid yang berada dalam virus HIV.

Ujian PCR ini dijalankan ke atas bayi untuk pendiagnosan HIV dan juga ujian ini akan dijalankan sebagai ujian pemantauan atau prognostic marker ke atas pesakit-pesakit HIV yang dirawat oleh pakar perubatan. Di kebanyakan makmal kerajaan, ujian Rapid Test atau ujian ELISA dijalankan sebagai ujian pertama saringan.

Di sini kita boleh nampak ujian ELISA adalah sejenis ujian untuk mengesan antibodi HIV dan dijalankan secara automatik dengan menggunakan alat-alat khas. Keputusan ElLISA akan dikesan atau dipastikan dengan ujian lain. Ini kita namakan Particle Agglutination Essay atau PA. 

Ujian Rapid Test boleh didapati di pusat-pusat kesihatan dan klinik ibu dan bayi di peringkat daerah. Ujian Rapid Test dengan definisi ujian ini boleh menghasilkan keputusan dalam 24 jam. Simple Rapid Test adalah ujian yang boleh menghasilkan keputusan kurang satu jam (dalam beberapa minit sahaja). Walaubagaimana pun, anda harus ingat yang penting ialah kualiti dan ketepatan ujian tersebut bukannya kecepatan masa ujian.

Ujian Western Blot dikatakan sebagai goal standard untuk menentukan semua ujian pengesahan. Ujian ini hanya dijalankan untuk kes-kes khas atau kes-kes medical legal kerana kemahiran tinggi dikehendaki untuk intepretasi keputusan Western Blot ini.

”Sehingga kini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan, tiada sebarang penawar yang mampu menyembuhkan AIDS.

Di Malaysia, apakah bentuk rawatan yang disediakan?

Dr. Christopher Lee (Pakar Perunding Penyakit Berjangkit HKL):
“Bila memberi rawatan kepada seseorang pesakit HIV, rawatan ini ada dua aspek. Satu ialah anti retro viral theraphy iaitu ubat untuk membunuh virus tersebut. Satu lagi ialah rawatan prophylactic. Ubat prophylactic ini adalah ubat-ubat yang khas, biasanya anti biotik yang diberi kepada pesakit supaya mereka tidak terkena kuman-kuman opportunistic misalnya ada sejenis penyakit yang menyebabkan radang paru-paru iaitu pneumonia.

Kalau mereka diberikan ubat prophylactic bacterine ia boleh menyebabkan mereka tidak terkena penyakit ini. Ubat-ubat prophylactic ada di Malaysia sekarang dan diberi percuma dari hospital-hospital kerajaan. Kedua-dua jenis rawatan ini ada di Malaysia.

Kesan sampingan pengambilan ubat ini ada tetapi tidak serius tetapi dengan pemantauan yang teliti, ia bukan satu masalah besar. Kaunseling adalah satu aspek yang penting dalam rawatan HIV kerana intepretasi-intepretasi yang luas dan boleh didapati di hospital-hospital kerajaan dan klinik-klinik keluarga di Kementerian Kesihatan.

Kaunseling biasanya diberikan oleh doktor-doktor dan jururawat-jururawat yang mendapat latihan khas dalam bidang kaunseling. Kaunseling penting supaya pesakit dapat meneruskan hidup secara normal.”

Harapan kepada pembawa HIV.

Pembawa HIV hendaklah meneruskan kehidupannya, berfikiran secara positif dan mengekalkan tahap kesihatan yang optimum. Tahap kesihatan optimum boleh dicapai dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti tidur yang mencukupi, tidak merokok, bersenam, makan untuk kesihatan, serta menjaga kesihatan diri.

Segera dapatkan rawatan awal sekiranya menghadapi masalah kesihatan. Patuhi jadual rawatan yang diberikan dan mendapatkan rawatan susulan yang telah ditetapkan. Berfikiran positif bagi mengelakkan tekanan fizikal, emosi, dan mental untuk meneruskan kehidupan. Sentiasa patuh kepada ajaran agama.

Dr. Abdul Rashid Kasri (Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit, Bahagian Kawalan Penyakit):
“Bagi mereka-mereka yang telah dijangkiti HIV, jangan berputus asa. Pada masa ini, terdapat banyak bentuk rawatan yang boleh diperolehi. Kebanyakan mereka ini boleh menjalani kehidupan yang hampir-hampir seperti orang normal dengan syarat dia menjaga kesihatannya, mengamalkan cara hidup yang sihat, dan mendapatkan rawatan.”

Pengetahuan berkenaan AIDS adalah sangat penting dalam usaha melawan wabak ini. Oleh itu, pengetahuan orang ramai perlu terus dipertingkat. Usaha menangani masalah HIV/AIDS memerlukan komitmen pelbagai pihak dan menjadi tanggungjawab bersama.

Sumber: sini

AHP: Terdapat beberapa video menarik tentang HIV dan AIDS di laman web sumber. Sila klik untuk menontonnya.

STIGMA ATAU VIRUS YANG LEBIH MENYAKITKAN PEMBAWA HIV?


Ok, sebagaimana yang dijanjikan aku akan respon beberapa komen terpilih yang ditinggalkan di ruangan komen entries blog sebagai jawapan, sokongan, renungan dan perkongsian bersama. Kalau ada kesalahan fakta atau tambahan info, sila perbetulkan dan kongsi bersama.

Seperti biasa perlu diingatkan bahawa aku bukan pakar terutama di bidang perubatan. Segala pendapat adalah berdasarkan pandangan peribadi semata-mata. Sila rujuk pakar untuk maklumat yang lebih tepat.

Jika mahukan privacy, sila emel terus secara peribadi. Alamat emel aku terdapat pada ‘side bar’ blog di sebelah kanan. Insya-Allah aku cuba respon secepat mungkin.


Semoga saudara terus bertahan dan terus menulis dlm laman blog ni. Sy masih bimbang dgn result Viraload sy next week semoga Allah melindungi sy. Doakn terbaik buat sy. Hebat sgt AHP masih bole teruskn hidup dgn isteri2 dan anak2 berkerja seperti biasa memang anda org yg hebat. Sy hanya mampu terbaring di rumah hanya mengenangkn nasib, mkn, minum dan bangun solat itu je sy mampu buat hari2. Moga Allah beri penjelasan buat sy ampunkn aku atas dosa2 ku yg lepas, yg sekarang, masa hadapan, yg nampak dan tidak nampak. Sesungguhny aku manusia biasa yg tidak terlepas dari dosa dan kesilapan.

RESPON

Terima kasih. Saya pun mendoakan sahabat begitu juga. Semoga result Viral Load sahabat menunjukkan kawalan yang memuaskan. Tetapi walau apapun resultnya, kita mesti terus berikhtiar.

Sahabat, saya sama sahaja seperti pembawa HIV yang lain. Kerisauan dan ketakutan kita sama. Bezanya saya rasa terpanggil untuk membantu rakan-rakan lain yang senasib. Kita mesti fight virus, stigma dan diskriminasi melalui apa saja medium yang ada selagi terdaya dan berkesempatan.

Jika Allah makbulkan, saya mahu tinggalkan kenangan manis dan rasa bangga kepada family selepas ketiadaan saya nanti. Insya-Allah saya akan terus menulis, berkongsi pengalaman dan cuba membantu. Berkongsi suka duka bersama pembawa HIV lain adalah pengalaman yang menakjubkan. Banyak yang boleh dipelajari.

Saya berharap sahabat lupakan sahaja perkara yang lalu, perbaiki diri, focus dan mari warnai kesempatan yang ada dengan penuh harapan. Jangan bimbang, Allah Maha Pengampun dan tak pernah zalim pada kita.   
Assalamualaikum,
Sy ade baca beberapa info pasal Westernblot dan Viraload di
http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/003538.htm

Considerations

People who are at high risk (men who have sex with men, injection drug users and their sexual partners, commercial sex workers) should be regularly tested for HIV.

If the health care provider suspects early (acute or primary) HIV infection, other tests (such as HIV viral load) will be needed to confirm this diagnosis, because the HIV ELISA/Western blot test will often be negative during this window period.

byk perkara buat sy keliru dgn HIV test yg betul2 tepat... Elisa mesti di ikuti dgn westernblot dan Viraload digunakn utk kesan virus lebih awal sebab mase tu virus masih byk dlm bdn. tapi berguna ke buat viraload setelah bertahun2 bagi org yg masih negatif antibody test??? ape ujian HIV yg paling tepat dlm dunia ni takan dah 30 tahun masih takde ujian yg tepat dan yg dpt pendekan window period dia. Sungguh kejam dan senyap Virus ni. Semoga Allah beri jalan keluar buat ku lagi2 bagi melindungi org yg aku syg.

RESPON

Waalaikumussalam.
Terima kasih sudi berkongsi pandangan. Memang banyak perkara yang mengelirukan. Bahkan setiap doctor mempunyai pandangan yang berbeza. Pendapat dan pandangan sahabat ini elok dijadikan renungan. Begitulah penderitaan dan kekeliruan kita pembawa HIV.

Walau bagaimanapun cubalah berfikiran postif. Jangan mudah berputus asa dan teruskan rawatan. Insya-Allah dengan usaha, doa dan tawakal Allah berikan shifa’.

Usah terlalu risaukan tentang insan-insan tersayang. Kita sayang, Allah Maha Penyayang. Kita menjaga, Allah Maha penjaga dan Pemelihara. Kemampuan kita sebagai makhluk-Nya amat terhad dan terbatas.


Terima Kasih buat AHP sudi balas komen sy... sy byk baca info dr TheBody.com sy juga kerap jalani rapid test di PTA smpi mereka dah kenal sy. Semua suruh stop buat ujian dan teruskn hidup move on katenye. Tapi 3 tahun sy sakit2 camne sy nk move on sy confius - atau + . Utk buat westernblood rasenye kena + ujian antibody jadi bila pegi klinik kerajaan kadang2 bila cerita masalah sy rapid test pun dia org tak nak buat. kalau pergi lab sy hanya ade elisa sahaja. Jadi kat mane sy bole dptkn tempat utk buat westernblood test ni?? sy sblm ni pernah buat viralload test di awal exposure alhamdllh negatif. Last week sy ke thesave klinik sy cerita pasal sytomp sy dan dr. kat situ minta sy berhenti buat test dia kate sy low risk dan 3 tahun dah terlalu lame.. sebab sy takut sgt dia suruh buat antibody dan ujiannye alhamdllh negatif, splis negatif. sebab dia tgk sy masih takut dan sy ckp nak kawin sy disuruh buat ujian viraload test sekali lagi dan next week reslutnye akan keluar. Sy confius sebab viraload utk org yg dah disahkn + bukan utk dignosis tapi sebab sy takut sgtg sy buat je pape pun. Sy rase da byk kali sy ambil darah n da naik lemah bdn sy. Sblm ni sy buat fullblood test kat Pathlab heptaitis n lain2 negatif. cuma protein, kolestrol sy tinggi. Sy nak tanye pengalaman AHP mase mula2 pernah ke demam teruk sblm di sahkn +? sytomp lain pernahkah saudara alami seperti perut bergas, cirit-birit, mulut kering, kurang air liur, mata berselaput, nafas pendek, sakit pingang yg amat sgt sy ade semua ni adakah AHP alami perkara same?? Sy takut sgt sy syg sgt tunang sy dan sy x nak dia dpt sakit yg same bila kami kawin nanti jika sy masih ragu2 pasti perkahwinan sy x kan bahagia :( sy selalu doa pd Allah agar ianya bukan HIV tapi Allah lebih mengetahui 3 tahun sy hidup dlm ke tidak pastian.. ya Allah beri la penjelasan yg jelas buat ku adakah aku 100% bebas HIV atau sakit ni hanye dr mu utk aku lebih dekatkn diri pd mu ya Allah? Sy teringin jumpa AHP dan berkongsi masalah sy sebab sy x pernah kenal siap2 yg + sekurangny sy dpt bersedia lagi2 utk menghadapi ujian Allah yg begitu besar di hadapan sy nanti. Ilmu agama sy juga cetek sy takut sy x mampu je nak hadapi semua ujian ni nanti. semoga Allah sentiasa bersama AHP dan memberi kekuatan buat AHP utk teruskn hari2 mendatang yg penuh cabaran. Doakn yg terbaik buat sy AHP.

RESPON

Secara jujurnya saya tak layak untuk respon berkaitan klinikal dan teknikal. Walau bagaimanapun ujian Viral Load secara umumnya adalah untuk mengesan jumlah virus dalam darah.

Jika sahabat tidak berpuas hati dengan result ELISA dan Western Blot, ujian Viral Load boleh dilakukan kerana ianya lebih terperinci. Memang hospital atau klinik kerajaan tidak akan menjalankan semua ujian tersebut selagi result ELISA adalah negative. Ujian-ujian tersebut dianggap tidak perlu. Mereka bertindak mengikut priority.

Jika sahabat mahu melakukannya sendiri, sahabat perlu menjalaninya di mana-mana sahaja Private Medical Centre. Berbincanglah dengan doctor tetapi sudah tentu memerlukan kos. Semoga result Viral Load nanti menggembirakan sahabat dan tunang. 

Saya juga tidak mempunyai apa-apa symptoms awal. (Sila baca entries lama saya tentang kemungkinan punca jangkitan saya). Perlu diingatkan sekali lagi bahawa symptoms untuk penyakit HIV berkongsi dengan bermacam-macam symptom penyakit lain. Tidak tepat untuk bergantung kepada symptoms tertentu sahaja kecuali melakukan ujian darah.

Sekali lagi saya cadangkan sahabat terus membuat ujian lanjut tentang kemungkinan penyakit lain. Jangan stick dengan HIV test sahaja. Saya faham kerisauan sahabat dan kasihan membaca segala keluhan tetapi kita tidak perlu panic. Kerisauan tersebut kelihatan telah ‘memerangkap’ sahabat. Panic tidak membantu apa-apa dan betulkan mind setting supaya bersedia dengan apa juga ujian Allah. (Maaf, saya cuma berkata jujur)

Nak jumpa saya? Sila emel untuk urusan lanjut. Jika masing-masing berkesempatan, tak jadi masalah. Saya doakan sahabat bebas HIV dan mendapat penawar segala penyakit. Elok juga sekiranya sahabat mencuba rawatan Islam. 2nd opinon boleh membantu kita mengambil tindakan.

Wallahu a’lam.


KEPADA SESIAPA yg sudi@ boleh tlog bg alamat@no tfon pengasih hiv ni x,,SAYA slah 1org pmbawa HIV,,msalah nya pnca bkn dr saya@ kuaga,,,mnkin dr pemindahan darah semasa isteri hndak bersalin 7 thn yg lalu,,saya 1org pekerja KERAjaan,masalh skrg pihak majikn ingin tamat kn perkhidmatan saya bgitu shaja,perkhidmatan saya sudh hala ke 11thn lebh,ats alasan urine test saya mngndugi MORPHIN,walhal pihak2 bos ni tau saya ada menerima rawatan d hspital kerajaan n HAT T,MIZAN,bekalan ubat ni pn d perolehi dr pihak hspital n doktor pakar,,saya begitu tertekan n serabut pikir kn nasib saya n kuaga,tiada 1 pihak pn dr jabatan saya yg sudi dgr luahan saya,,pihak hspital usulkn saya mngadu masalah ini pd pihak PENGASIH,,mnta bntuan pd sesiapa yg sudi membntu yek,,,msg@call no 0145338835@edi army,,

RESPON

Inilah antara berita yang sangat menyedihkan saya. Saya andaikan bahawa sahabat telah berterus terang tentang status HIV kepada majikan dan inilah kebanyakan hasilnya.

Sekalipun tidak pernah ada akta yang mengatakan bahawa pembawa HIV patut diberhentikan kerja tetapi terdapat banyak kes pembawa HIV akhirnya menjadi mangsa stigma, judgemental dan diskriminasi. Maklumlah menggelek atau digelek kita cuma mentimun. Dalam dunia sekarang, orang yang betul boleh kelihatan salah, yang salah menjadi wira.

Selain itu kebocoran maklumat memang boleh berlaku di mana-mana sahaja dengan pelbagai cara termasuk di pihak kakitangan KKM sendiri, Insya-Allah saya akan kongsikan pengalaman-pengalaman ini di masa-masa yang lain.

Segala nombor dan alamat yang sahabat perlukan terpampang di side bar kanan blog ini termasuk kaunseling melalui telefon. Saya rasa lebih sesuai mereka yang lebih pakar dan berpengalaman membantu sahabat kerana kes sahabat sangat berat dan menyakitkan.

Harap ianya dapat membantu. Semoga sahabat sekeluarga tabah dan sabar selalu. Teruskan berhubung dengan saya. Jika sahabat memerlukan komunikasi yang lebih privacy, sila emel saya.