Friday, February 18, 2011

RAWATAN DAN KHIDMAT NASIHAT UNTUK PESAKIT HIV


Bagaimana cara merawat?
Tidak, masih tiada lagi ubat untuk merawati HIV/AIDS. Walaubagaimanapun  penggunaan ubat anti-virus HIV dapat melambatkan proses penyakit ini.

(AHP: Bermakna ianya sama sahaja dengan penyakit-penyakit kronik yang lain).

Info Rawatan;
Rawatan untuk HIV melibatkan pemusnahan kuman virus tersebut dan merawat simptom yang dialami oleh pesakit seperti ubat antiretrovirus yang menyerang dan memusnahkan retrovirus, termasuklah HIV.

Beberapa tahun kebelakangan ini, para penyelidik telah mencapai kemajuan besar dalam penghasilan pelbagai rawatan pilihan AIDS/HIV.

Sejak akhir tahun 1980-an, para profesional perubatan di Amerika Syarikat telah menggabungkan ubat antiretroviral ke dalam rejimen rawatan yang dipreskripsikan kepada pesakit yang dijangkiti.

Kombinasi tiga atau lebih ubat antiretroviral yang biasanya dipanggil ‘dadah koktel’ didapati berkesan dalam menurunkan paras jangkitan HIV dalam tubuh individu yang dijangkiti dengan cara memperlahankan perebakan HIV

Lain-lain termasuklah perencat protease, Nucleoside Reverse Transcriptase Inhibitors (NRTI) dan Non-nucleoside Transcriptase Inhibitors (NNRTI) serta gabungan ubat-ubatan di atas.  
(AHP: Aku pun payah nak faham istilah ni secara tepat. Semasa doctor menerangkannya, aku angguk-anggukkan aje. Kononnya macam faham sangatlah)

Untuk keterangan lanjut tentang rawatan secara klinikal, sila klik sini

Di samping terapi ubat-ubatan dan kaunseling, pemakanan yang sihat boleh menyumbang ke arah kehidupan yang lebih panjang dan sihat untuk pesakit AIDS.

Makanan berkhasiat membantu pesakit AIDS mengekalkan kesihatan mereka dengan memberikan perlindungan daripada komplikasi jangkitan berkaitan HIV.

Pengambilan makanan berkalori tinggi bersama protein dan karbohidrat yang cukup, boleh mempertahankan diri dari kekurangan zat makanan, malserapan nutrien, penurunan sistem imun dan susut badan.

Pemakanan yang baik akan membantu mengurangkan kesan buruk dadah dan juga meningkatkan kebolehan tubuh untuk menyerap ubat-ubatan tertentu

Terdapat bukti yang kukuh mengenai senaman yang dapat memperbaiki mood dan kualiti hidup individu positif HIV – menjadikan mereka lebih kuat, meningkatkan daya ketahanan dan melindungi mereka daripada infeksi

Pencegahan AIDS memerlukan disiplin dan kekuatan diri. Keperluan ini kadang-kadang sukar untuk dipenuhi tetapi ia berkesan dan mampu menyelamatkan nyawa.

Di manakah saya boleh dapatkan keterangan lanjut?
Pertubuhan-pertubuhan berikut boleh menjawab kemusykilan dan membantu anda dalam membuat keputusan yang sewajarnya.

Majlis AIDS Malaysia (Unit Maklumat Rawatan)
(03) 4043 9711 / 4045 1033
Isnin - Jumaat 9:00 am – 5:30 pm

Malaysian AIDS Council (Hopis Cahaya)
(03) 4045 0133
Isnin - Jumaat 9:00 am – 4:00 pm

Positive Living
(03) 4044 4611
Isnin – Sabtu 9:00 am – 5:30 pm

Hospital Kuala Lumpur
(03) 2692 1044/5228/5238
Isnin - Jumaat 9:00 am – 4:00 pm

Hospital Universiti
(03) 7956 4422
Isnin - Jumaat 9:00 am – 4:00 pm

Tenaganita
(03) 2691 3681/91
Selasa - Sabtu 10:00 am – 6:00 pm

Community AIDS Service, Penang
(04) 229 9566
Isnin - Jumaat 10:00 am – 5:00 pm

Sumber: sini


AHP: Aku harap pembawa virus HIV bijak menyaring maklumat dan jangan bersikaf negative terhadap diri sendiri. Jika perlukan bantuan, kita cuma memerlukan sedikit masa untuk mendapatkannya. Banyak pihak yang sedia membantu.