Sunday, February 13, 2011

CONTOH KES KECUAIAN YANG MENGAKIBATKAN JANGKITAN (2)


Mata yang melihat pasti tersentuh dan simpati melihat tubuh yang tidak bermaya, pucat lesi, cengkung dan menderita. Akibat daripada kecuaian pihak hospital beliau terpaksa berhadapan dengan maut, itulah nasib Puan Bashah Bt. Haji Mustaffa, 55 tahun yang berasal dari Jitra Kedah.
Pada 28 April 2000 Puan Bashah telah di masukkan ke Hospital Jitra Kedah untuk mendapatkan rawatan akibat masalah pendarahan haid. Permindahan darah dilakukan dalam memulihkan masalah yang di hadapi dan selang beberapa hari kemudian Puan Bashah dibenarkan pulang.
Seminggu selepas melalui rawatan, seorang doktor dari hospital berkenaan telah memanggil Pn Bashah ke hospital berkenaan bagi menjalani ujian darah sekali lagi dan pada petang 8 Mei 2000 beliau di beritahu oleh pihak hospital bahawa darah yang telah dipindahkan ke dalam tubuh beliau mengandungi virus HIV, kini Puan Bashah penghidap HIV positif!
Pihak Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Perubatan Kedah Dr. Shafie Ooyub mengesahkan darah yang dipindahkan kebadan wanita itu mengandungi virus HIV. Darah itu diperoleh daripada seorang penderma tetapi proses permindahan dilakukan sebelum keputusan ujian kandunganya diterima daripada Hospital Alor Star.
Pn Bashah dan suami telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu kerana mendakwa pihak Hospital Jitra cuai dan menfailkan saman sebanyak RM100 juta terhadap kerajaan Malaysia dan hospital berkenaan.
Setiap hari Pn Bashah diberi pil anti-HIV sebanyak 15 biji sehari, iaitu 5 biji di ambil pada waktu pagi, 5 biji pada tengahari dan selebihnya pada sebelah petang. Kandungan kimia dalam pil-pil tersebut telah mengakibatkan beliau sering mengeletar, pening, muntah, sukar tidur dan tubuh jadi tidak bermaya.
Aktiviti kehidupan Puan Bashah tidak lagi seperti dahulu, kelas mengaji Al-Quran dirumahnya tidak lagi di adakan, malah beliau juga malu untuk berhadapan dengan masyarakat, orang kampung mula memandang serong terhadap beliau, kehidupan Puan Bashah kini sememangnya penuh penderitaan.

Sumber dan artikel penuh: sini

AHP: Sekadar berkongsi maklumat. Setiap yang berlaku ada sesuatu untuk dipelajari.